HomeInfoKadar Zakat Fitrah 2025 Mengikut Negeri & Cara Bayaran Online

Kadar Zakat Fitrah 2025 Mengikut Negeri & Cara Bayaran Online

KADAR ZAKAT FITRAH NEGERI 2025 SELURUH MALAYSIA

Kadar zakat fitrah di negeri-negeri seluruh negara bagi tahun 1446H bersamaan tahun 2025M adalah berbeza harga setiap negeri.

Bermula dengan RM7 yang paling rendah, bayaran adalah mengikut jenis beras yang dimakan. Pembayaran boleh dibuat mengikut kadar yang telah pun ditetapkan.

Penetapan kadar zakat fitrah ini dibuat oleh Majlis Agama Islam Negeri-negeri di Malaysia.

Bagi mereka yang berkemampuan, digalakkan untuk membayar lebih sebagai tanda kesyukuran dalam mencari keberkatan bulan Ramadan.

Semoga zakat fitrah yang dikeluarkan di bulan yang mulia ini dapat membantu agihan kepada mereka yang memerlukan. Bayaran zakat kini lebih mudah melalui kaedah online, secara digital  atau kepada amil yang sah dan bertauliah.

Lihat Juga: Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Seluruh Malaysia

Kadar Zakat Fitrah Negeri-Negeri di Malaysia Bagi Tahun 2025/1446H

Kadar bayaran zakat fitrah setiap negeri 2025 (infografik Harian Metro)

Berikut adalah maklumat mengenai Kadar Bayaran Zakat Fitrah Setiap Negeri 2025 

NegeriKadar Minimum/
Wajib
Kadar Lain
PerlisRM9Tiada
KedahRM7RM14
Pulau PinangRM7/RM10RM15/RM25
PerakRM10RM16/RM27
SelangorRM7RM15/RM22
Negeri SembilanRM7.50RM12/RM22
MelakaRM7RM15/RM22
JohorRM7RM12/RM20
PahangRM7RM14/RM21
TerengganuRM10RM21
KelantanRM8RM14/RM21
SabahRM7.50Tiada
SarawakRM7.50Tiada
Wilayah PersekutuanRM7RM15/RM22

Nota Penting:

  • Kadar minimum/wajib: Merangkumi Beras Super Spesial Tempatan.
  • Kadar lain: Merangkumi Beras Super Import/Perang/Pulut/Herbal Ponni/Wangi/Calrose/Poney/Beras Basmathi/Jepun/Merah.

Kadar zakat fitrah bagi negeri-negeri di Malaysia adalah tidak sama dan terdapat kadar yang berbeza berdasarkan jenis beras yang digunakan. Kadar yang berbeza ini memberi peluang kepada pembayar zakat untuk menunaikan kewajipan berzakat berdasarkan kemampuan masing-masing.

Sebagai contoh, negeri seperti Kedah, Selangor, dan Melaka menetapkan kadar minimum serendah RM7, manakala negeri seperti Perlis dan Terengganu menetapkan kadar lebih tinggi, iaitu RM9 dan RM10. Selain itu, kadar lain yang lebih tinggi dikenakan bagi mereka yang menggunakan beras premium seperti Beras Basmathi, Jepun, atau Pulut, dengan nilai mencecah sehingga RM27 di Perak dan RM25 di Pulau Pinang.

Perbezaan kadar ini mencerminkan keadilan dalam pembayaran zakat, di mana individu yang berkemampuan lebih boleh memilih untuk membayar kadar yang lebih tinggi, manakala mereka yang kurang berkemampuan masih dapat menunaikan zakat dengan kadar minimum yang ditetapkan. Hal ini memastikan bahawa zakat fitrah dapat dijalankan dengan adil dan membantu golongan yang memerlukan, selaras dengan prinsip Islam dalam membina masyarakat yang sejahtera dan saling membantu.

Lihat: Peristiwa Nuzul al-Quran (17 Ramadhan): Sejarah dan Hikmah

Kaedah dan Cara Pembayaran Zakat Fitrah Online Mengikut Negeri-negeri

Kaedah pembayaran zakat fitrah online adalah berbeza mengikut negeri masing-masing. 

Terdapat juga Majlis Agama Islam Negeri yang melantik agen bank seperti Maybank, Cimb, Bank Islam dan lain-lain bagi memudahkan urusan membayar zakat secara melalui perkhidmatan perbankan internet.

Bagi memudahkan urusan pembayaran zakat fitrah, setiap negeri telah menyediakan flatform dan kaedah pembayaran sebagaimana berikut:

Jadual Saluran Pembayaran Zakat Fitrah Secara Online 2025 (1446H)

NoNegeriKaedah Bayaran Online/Digital
1Johor1. Fast Pay – https://fitrah.maij.gov.my/
2. E-Payment – https://epayment.maij.gov.my/
3. Aplikasi TULUS – https://www.bayarzakatjohor.com/
2Kedah1. Portal Jom Zakat Kedah – https://jom.zakatkedah.com.my
2. Portal Zakat Fitrah Kedah – https://zakatfitrah.com.my
3Kelantan1. Portal MAIK – https://www.e-maik.my
2. e-Fitrah – https://efitrah.e-maik.my/
4Melaka1. Portal Zakat Melaka – https://pay2.izakat.com/online_payment/fitrah
5Negeri Sembilan1. Portal Zakat Negeri Sembilan – https://www.zakatns2u.biz
2. MAINS Pay
3. JomPAY (Kod Pembayaran MAINS)
4. Boost (e-Wallet)
5. Tulus (SnapNPay)
6Pahang1. Portal e-Zakat Pahang – https://ezakat.muip.gov.my/appZv1
2. Kod QR Bank Muamalat – Imbas menggunakan perbankan internet atau e-wallet
7Perak1. Portal e-Zakat Perak (MAIPk) – https://ezakat.maiamp.gov.my/
2. Aplikasi MAIPk Bestari – Bayaran melalui SenangPay, QR Bank, dan Tunai Aplikasi
8Perlis1. Platform e-Zakat MAIPs – https://bayaran.maips.gov.my/
9Pulau Pinang1. Portal Zakat Pulau Pinang – https://zakatpenang2u.com
2. JomPay – Menggunakan kod bil Zakat Pulau Pinang
3. Perbankan Internet – Maybank2u, CIMB Clicks, RHB Now, Bank Islam, dll.
4. E-Wallet – Tulus, IKHLAS, ShopeePay, Touch ‘n Go eWallet
10Sabah1. Portal Zakat Sabah (MUIS) – https://appszakat.sabah.gov.my/
2. Kod QR i-Muamalat & BIMB BIZ – Imbas menggunakan perbankan internet
3. JomPAY – Melalui akaun bank peribadi dengan kod bil MUIS
11Sarawak1. Portal Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) – https://pelanggan.tbs.org.my/
2. FPX (Online Banking Payments) – Maybank2u dan perbankan internet lain
3. E-Wallet – Boost, Tulus, MyEG – Snap & Pay
4. Kod QR Bank Islam (BIMB) – Imbas menggunakan perbankan internet
12Selangor1. Portal eZakatPay Selangor – https://fpx.zakatselangor.com.my/
2. Perbankan Internet – Maybank2u, CIMB Clicks, Public Bank, Bank Islam, dll.
3. Portal MyEG – https://www.myeg.com.my/
4. Portal Pos Online – https://www.posonline.com.my/
5. E-Dompet – GoPayz, Boost, MAE, Touch ‘n Go, Selangkah
13Terengganu1. Portal e-Zakat Terengganu (MAIDAM) – https://ezakat.maidam.gov.my/online/payfpx.php
14Wilayah Per. (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan)1. Portal PPZ-MAIWP – https://fitrah.zakat.com.my/ 
2. Perbankan Internet – Maybank2u, CIMB Clicks, Bank Islam, Bank Rakyat, dll.
3. E-Wallet – Aplikasi e-wallet terpilih (ShopeePay, Boost, Touch ‘n Go)

Makan Beras Import, Zakat Beras Tempatan – Sahkah Zakat?

Dari Facebook dan Laman Portal Mufti Wilayah

Soalan: Assalamualaikum Datuk Mufti, saya ingin bertanya, saya dan keluarga sering makan beras import namun soalan saya, bolehkah saya mengeluarkan zakat mengikut kadar beras tempatan?

Jawapan: Hukum seseorang yang makan beras import dan ingin mengeluarkan zakat mengikut kadar beras tempatan adalah harus. 

Meskipun begitu, sekiranya seseorang itu berkemampuan untuk mengeluarkan zakat melebihi kadar yang diwajibkan atau menunaikan mengikut kadar jenis beras yang dimakan sebagaimana diamalkan kini, maka ia amatlah digalakkan dan sunat hukumnya.

Huraian RIngkas:

  • Zakat fitrah diwajibkan berdasarkan makanan ruji sesebuah tempat, seperti beras di Malaysia.
  • Mazhab Syafie menyatakan zakat perlu dikeluarkan mengikut makanan asasi, namun pembayaran dalam bentuk wang juga dibolehkan mengikut pandangan mazhab Hanafi bagi memudahkan penerima zakat.
  • Kebanyakan negeri menetapkan kadar zakat berdasarkan harga beras Super Tempatan Gred A (sekitar RM7).
  • Walaupun pembayaran zakat mengikut jenis beras yang dimakan bukan wajib, beberapa negeri menyediakan kadar tambahan bagi mereka yang ingin membayar lebih tinggi mengikut harga beras import.
  • Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 184 menyebut bahawa memberi lebih daripada kadar minimum adalah suatu kebaikan.

Maklumat Terkini berhubung Zakat Fitrah 2025/1446H di Media Sosial Majlis Agama Islam Negeri Masing-masing

No.NegeriLaman Rasmi Facebok
1.JohorMajlis Agama Islam Johor
2.KedahLembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman
3.KelantanMajlis Agama Islam & Adat Istiadat Negeri Kelantan
4MelakaZakat Melaka
5N. SembilanMajlis Agama Islam Negeri Sembilan
6PahangMajlis Ugama Islam & Adat Resam Negeri Pahang
7PerakZakat Perak -MAIPk
8PerlisMajlis Agama Islam dan Adat Istiada Melayu Perlis (MAIPs)
9P. PinangZakat Mainpp 
10SabahBahagian Zakat & Fitrah MUIS
11SarawakTabung Baitulmal Sarawak
12SelangorLembaga Zakat Selangor
13TerengganuMajlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu- Official
14W. PersekutuanPusat Pungutan Zakat

Semoga artikel ini dapat membantu anda membayar zakat fitrah pada tahun ini.

Lihat artikel terperinci zakat fitrah mengikut negeri-negeri;

FAQ Ringkas Kadar Zakat Fitrah 2025

1. Apakah Zakat Fitrah?

Zakat fitrah ialah zakat yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim pada bulan Ramadan sebelum solat sunat Aidilfitri.

Berapa Kadar Zakat Bagi Negeri-negeri di Malaysia Tahun 2025 / 1446H?

PERLIS – RM9.00
KEDAH – RM7.00 / RM14.00
PULAU PINANG – RM7.00 / RM10.00 / RM15.00 / RM25.00
PERAK – RM10.00 / RM16.00 / RM27.00
SELANGOR – RM7.00 / RM15.00 / RM22.00
NEGERI SEMBILAN – RM7.50 / RM12.00 / RM22.00
MELAKA – RM7.00 / RM15.00 / RM22.00
JOHOR – RM7.00 / RM12.00 / RM20.00
PAHANG – RM7.00 / RM14.00 / RM21.00
TERENGGANU – RM10.00 / RM21.00
KELANTAN – RM8.00 / RM14.00 / RM21.00
SABAH – RM7.50
SARAWAK – RM7.50
WILAYAH PERSEKUTUAN (Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan) – RM7.00 / RM15.00 / RM22.00

3. Siapa yang Wajib Membayar Zakat Fitrah?

Setiap Muslim yang mempunyai lebihan makanan atau harta pada malam dan pagi Aidilfitri wajib membayar zakat fitrah untuk diri sendiri serta tanggungannya.

4. Bagaimana Cara Membayar Zakat Fitrah?

1) Secara online melalui portal zakat negeri masing-masing.
2) Melalui perbankan internet & e-wallet (Maybank2u, CIMB Clicks, Boost, TnG eWallet, dll).
3) Bayaran kepada amil bertauliah di masjid atau pusat kutipan zakat.
4) Di kaunter zakat negeri yang beroperasi sepanjang Ramadan.

5. Bilakah Waktu Bayaran Zakat Fitrah?

Harus: Sepanjang bulan Ramadan.
Wajib: Selepas terbenam matahari akhir Ramadan hingga sebelum solat Aidilfitri.
Makruh: Selepas solat sunat Aidilfitri.
Haram: Selepas 1 Syawal tanpa sebab, dan wajib diqada’

6. Bolehkah Bayar Zakat Fitrah Secara Online?

Ya, pembayaran online dibolehkan dan sah mengikut fatwa negeri serta pandangan ulama.

7. Adakah Saya Perlu Bayar Mengikut Harga Beras yang Dimakan?

Disunatkan membayar mengikut harga beras yang dimakan, tetapi boleh membayar kadar minimum yang ditetapkan negeri.

8. Apa Hukum Tidak Membayar Zakat Fitrah?

Tidak membayar zakat fitrah adalah berdosa dan wajib menggantikan segera selepas Aidilfitri.

Anda mungkin berminat artikel ini;

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments