Jadual waktu berbuka puasa dan imsak yang dilampirkan ini adalah untuk bulan Ramadhan tahun 2025 / 1446 Hijrah bagi seluruh negeri di Malaysia.
Jadual waktu yang digunakan adalah berdasarkan Portal Rasmi JAKIM bagi bulan Ramadhan 1446 Hijrah.
Waktu berbuka puasa dan imsak adalah berbeza mengikut negeri dan zon-zon disebabkan lokasi geografinya. Namun, secara umumnya, waktu berbuka puasa dihitung ketika matahari terbenam dan waktu imsak adalah 10 minit sebelum masuknya waktu Subuh.
Oleh yang demikian, takwim atau jadual waktu berbuka dan imsak ini disusun bagi memudahkan anda untuk untuk melihat atau menyemak waktu berbuka dan imsak mengikut negeri masing-masing.
Semoga jadual waktu berbuka puasa dan Imsak ini memudahkan urusan anda seharian di bulan puasa ini.
Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Mengikut Negeri-negeri di Malaysia
Bagi memudahkan anda menyemak waktu berbuka dan imsak mengikut negeri-negeri, sila klik mengikut negeri atau zon pilihan anda. Ia akan memaparkan jadual lengkap mengikut zon masing-masing.
1. Johor
- Pulau Aur dan Pulau Pemanggil – Zon 1
- Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing – Zon 2
- Kluang, Pontian – Zon 3
- Batu Pahat, Muar, Tangkak, Segamat, Gemas Johor – Zon 4
2. Kedah
- Kota Setar (Alor Setar), Kubang Pasu, Pokok Sena (Daerah Kecil) – Zon 1
- Kuala Muda (Sungai Petani), Yan, Pendang – Zon 2
- Padang Terap, Sik – Zon 3
- Baling – Zon 4
- Kulim, Bandar Baharu – Zon 5
- Langkawi – Zon 6
- Puncak Gunung Jerai – Zon 7
3. Kelantan
- Bachok, Kota Bharu, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah, Tumpat, Kuala Krai, Mukim Chiku – Zon 1
- Gua Musang (Daerah Galas Dan Bertam), Jeli, Jajahan Kecil Lojing – Zon 2
4. Kuala Lumpur
5. Labuan
6. Melaka
7. Negeri Sembilan
8. Pahang
- Pulau Tioman – Zon 1
- Kuantan, Pekan, Rompin, Muadzam Shah – Zon 2
- Jerantut, Temerloh, Maran, Bera, Chenor, Jengka – Zon 3
- Bentong, Lipis, Raub – Zon 4
- Genting Sempah, Janda Baik, Bukit Tinggi – Zon 5
- Cameron Highlands, Genting Higlands, Bukit Fraser – Zon 6
9. Perak
- Tapah, Slim River, Tanjung Malim – Zon 1
- Kuala Kangsar, Sg. Siput, Ipoh, Batu Gajah, Kampar – Zon 2
- Lenggong, Pengkalan Hulu, Grik – Zon 3
- Temengor, Belum – Zon 4
- Kg Gajah, Teluk Intan, Bagan Datuk, Seri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Sitiawan, Pulau Pangkor – Zon 5
- Selama, Taiping, Bagan Serai, Parit Buntar – Zon 6
- Bukit Larut – Zon 7
10. Perlis
11. Pulau Pinang
12. Putrajaya
13. Sabah
- Bahagian Sandakan (Timur), Bukit Garam, Semawang, Temanggong, Tambisan, Bandar Sandakan, Sukau – Zon 1
- Beluran, Telupid, Pinangah, Terusan, Kuamut, Bahagian Sandakan (Barat) – Zon 2
- Lahad Datu, Silabukan, Kunak, Sahabat, Semporna, Tungku, Bahagian Tawau (Timur) – Zon 3
- Bandar Tawau, Balong, Merotai, Kalabakan, Bahagian Tawau (Barat) – Zon 4
- Kudat, Kota Marudu, Pitas, Pulau Banggi, Bahagian Kudat – Zon 5
- Gunung Kinabalu – Zon 6
- Kota Kinabalu, Ranau, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Papar, Putatan, Bahagian Pantai Barat – Zon 7
- Pensiangan, Keningau, Tambunan, Nabawan, Bahagian Pedalaman (Atas) – Zon 8
- Beaufort, Kuala Penyu, Sipitang, Tenom, Long Pa Sia, Membakut, Weston, Bahagian Pedalaman – Zon 9
14. Sarawak
- Limbang, Lawas, Sundar, Trusan – Zon 1
- Miri, Niah, Bekenu, Sibuti, Marudi – Zon 2
- Pandan, Belaga, Suai, Tatau, Sebauh, Bintulu – Zon 3
- Sibu, Mukah, Dalat, Song, Igan, Oya, Balingian, Kanowit, Kapit – Zon 4
- Sarikei, Matu, Julau, Rajang, Daro, Bintangor, Belawai – Zon 5
- Lubok Antu, Sri Aman, Roban, Debak, Kabong, Lingga, Engkelili, Betong, Spaoh, Pusa, Saratok – Zon 6
- Serian, Simunjan, Samarahan, Sebuyau, Meludam – Zon 7
- Kuching, Bau, Lundu, Sematan – Zon 8
- Zon Khas (Kampung Patarikan) – Zon 9
15. Selangor
- Gombak, Petaling, Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor, Shah Alam – Zon 1
- Kuala Selangor, Sabak Bernam – Zon 2
- Klang, Kuala Langat – Zon 3
16. Terengganu
- Kuala Terengganu, Marang, Kuala Nerus – Zon 1
- Besut, Setiu – Zon 2
- Hulu Terengganu – Zon 3
- Dungun, Kemaman – Zon 4
Perkara-perkara Yang Disunatkan Ketika Bersahur
Bersahur merupakan amalan sunat berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Anas RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud;
“Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sahur adalah berkat kerana ia membantu menguatkan orang yang berpuasa.
Waktu bersahur ialah bermula pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu sahur.
Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit RA bahawa beliau berkata;
“Kami telah bersahur bersama Rasulullah s.a.w, kemudian bangkit untuk solat (Subuh) dan kadar antara azan (Subuh) dan sahur itu sekadar bacaan lima puluh ayat”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Seseorang itu dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud;
“Sahur itu berkat, maka janganlah kamu tinggalkannya walau seseorang antara kamu (hanya) meneguk seteguk air”.
Apakah hukum seseorang yang berbuka puasa sekitar 5 minit sebelum azan disebabkan DJ radio tersalah mengumandangkan azan Maghrib lebih awal?

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan sekiranya adalah berbuka puasa awal disebabkan azan yang salah di Radio;
“Tidak sah dan batal puasa individu yang menyangka telah tenggelam matahari tetapi ia belum lagi tenggelam. Wajib diqadha’ semula menurut jumhur ulama”.
Bagaimana Jika Tersalah Bersahur Dengan Makan dan Minum Selepas Azan Subuh?
Tidak batal puasa dan harus hukumnya bagi seseorang yang meneruskan makan dan minum dalam keadaan dia ragu-ragu bahawa telah tamat waktu sahur.
Namun jika sekiranya jelas kepadanya bahawa dia tersalah dengan makan selepas habis waktu sahur, maka batal puasanya dan hendaklah dia menggantikannya pada hari yang lain.
Selain jadual yang dilampirkan ini, anda juga boleh merujuk beberapa sumber lain untuk mengetahui waktu berbuka puasa dan imsak seperti;
- https://www.e-solat.gov.my/
- Aplikasi di telefon seperti TheNoor, Waktu Solat Malaysia, Muslim Pro dan sebagainya.
- Jadual yang disiarkan di televisyen atau radio
Senarai keseluruhan waktu iftar dan imsak seluruh Malaysia mengikut negeri:
- Johor
- Kedah
- Kelantan
- Kuala Lumpur
- Labuan
- Melaka
- Negeri Sembilan
- Pahang
- Perak
- Perlis
- Pulau Pinang
- Putrajaya
- Sabah
- Sarawak
- Selangor
- Terengganu
Niat tiap-tiap hari – “Sahaja aku berpuasa esok hari di bulan Ramadan pada tahun ini kerana Allah Ta’aala”
Niat sebulan – dilakukan pada malam pertama puasa (1 Mac 2025 – Sabtu Malam) – “Sahaja aku berpuasa di bulan Ramadan secara keseluruhannya pada tahun ini kerana Allah Ta’aala”
Waktu imsak bukanlah waktu bermulanya puasa. Maka pada tempoh tersebut dibolehkan lagi untuk makan dan minum. Namun, sekiranya telah kedengaran azan subuh, maka hendaklah berhenti serta merta dan kemudian sempurnakan puasa.
“Batal puasanya dan wajib bagi mereka tersalah berbuka awal sedangkan matahari belum tenggelam, hendaklah diqadha (ganti)”
1) Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari.
2) Disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka dengan air.
3) Membaca doa sebelum berbuka puasa.
4) Tidak membazir makanan ketika berbuka puasa