Tarikh Hari Wesak (Vesak Day) tahun ini ialah pada 22 Mei 2024 (Rabu).
Ia merupakan salah satu daripada hari kelepasan am bagi Kerajaan Persekutuan untuk tahun 2024.
Pada tarikh ini juga, seluruh negeri di Malaysia akan bercuti bersempena perayaan ini. Ia merupakan salah satu sambutan bagi penganut agama Buddha di Malaysia.
Oleh yang demikian, anda boleh merancang aktiviti percutian anda bersempena Hari Kelepasan Am ini.
Cuti Bersempena Hari Wesak 2024
Hari Wesak diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Persekutuan sebagaimana hari kelepasan am yang lain seperti Hari Deepavali, Hari Krismas dan lain-lain.
Seluruh negara akan bercuti pada 22 Mei 2024 iaitu pada hari Rabu pertengahan minggu tersebut
Bagi mereka yang ingin bercuti agak panjang pada minggu tersebut, boleh mengambil cuti tahunan pada 2 hari sebelumnya atau 2 hari selepasnya.
Jika anda ingin bercuti 5 hari pada minggu tersebut;
Cara Pertama
Sabtu (18 Mei 2024) | Cuti Mingguan |
Ahad (19 Mei 2024) | Cuti Mingguan |
Isnin (20 Mei 2024) | Ambil cuti tahunan |
Selasa (21 Mei 2024) | Ambil cuti tahunan |
Rabu (22 Mei 2024) | Cuti Hari Wesak (Hari Kelepasan Am Persekutuan) |
Cara Kedua
Rabu (22 Mei 2024) | Cuti Hari Wesak (Hari Kelepasan Am Persekutuan) |
Khamis (23 Mei 2024) | Ambil cuti tahunan |
Jumaat (24 Mei 2024) | Ambil cuti tahunan |
Sabtu (25 Mei 2024) | Cuti Mingguan |
Ahad (26 Mei 2024) | Cuti Mingguan |
Cuti Penggal 1 Persekolahan Sesi 2024/2025
Untuk makluman, cuti penggal 1 persekolahan KPM bagi sesi 2024/2025 adalah pada penghujung bulan Mei hingga awal bulan Jun 2024.
Anda bolehlah merancang aktiviti anak-anak untuk cuti penggal ini;
Kumpulan A
Kumpulan A terdiri daripada negeri Johor, Kelantan, Terengganu, Kedah. Tempoh cuti adalah selama 10 hari;
- 24 Mei 2024 (Jumaat) – 2 Jun 2024 (Ahad)
Kumpulan B
Kumpulan B terdiri daripada Negeri Selangor, Sabah, Sarawak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, W.P Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Tempoh cuti adalah 9 hari;
- 25 Mei 2024 (Sabtu) – 2 Jun 2024 (Ahad)
Antara aktiviti yang boleh dicadangkan adalah mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2024) yang berlangung pada 24 Mei hingga 2 Jun 2024 di PWTC.
Bagi yang berada di sekitar Putrajaya, anda merasai pengalaman menarik dengan menaiki Transit Aliran Automatik (ART).
Untuk makluman, ART atau trem ini sedang dalam sesi pengujian selama 3 bulan mulai 13 Mei hingga 31 Julai 2024. Sepanjang tempoh ini tiada bayaran akan dikenakan kepada penumpang yang ingin mencubanya.
Hari Wesak & Hari Hol Pahang Sama, Ada Tambahan Cuti?
Pada tahun ini cuti Hari Wesak dan Hari Hol Pahang jatuh pada hari yang sama iaitu pada 22 Mei 2024 (Rabu). Persoalannya adakah ada tambahan cuti bagi mereka yang bekerja di negeri Pahang?
Dalam satu kenyataan media YB Setiausaha Negeri Pahang memaklumkan tiada cuti tambahan bagi Negeri Pahang Darul Makmur pada 23 Mei 2024 bagi menggantikan cuti Hari Hol dan Hari Wesak yang jatuh pada 22 Mei 2024.
Lihat Juga:
Sejarah Perayaan Hari Wesak di Malaysia
Hari Wesak (Vaisakha Puja) adalah hari yang paling penting bagi penganut agama Buddha di seluruh dunia. Ia jatuh pada hari kelima belas bulan naik atau bulan keenam mengikut kalendar lunar Thai atau pada bulan Mei mengikut kalendar Masihi setiap tahun.
Perayaan ini disambut bagi mengingati tiga peristiwa penting tentang Buddha iaitu saat kelahiran; saat mendapat pencerahan dan saat mencapai nibbana.
Di Malaysia, Hari Wesak di rayakan secara tahunan sejak tahun 1962 apabila pemimpin agama Buddha pada masa itu berjaya meyakinkan kerajaan Malaysia tentang kepentingan ditambah dengan bilangan mereka yang ramai (satu pertiga daripada jumlah rakyat Malaysia).
Kerjasama di antara semua jenis mazhab agama Buddha dalam merayakan Hari Wesak adalah jelas terutamanya di bandar-bandar besar. Selain daripada mengorganisasikan sambutan secara bersama, setiap Wat juga mempunyai program dan aturcara tertentu bagi meraikan perayaan ini.
Ketika perayaan tersebut, semua Wat akan dibuka pintu kepada orang ramai untuk memberi sumbangan.
Antara amalan yang popular dilakukan ialah ialah menghidupkan lampu minyak kerana percaya bahawa lampu tersebut akan menerangi hidup mereka ke arah yang lebih aman dan gembira serta boleh mengurangkan masalah dan penyakit.
Mereka juga berharap agar Buddha kembali untuk mendoakan kebahagiaan dan menjauhkan mereka dari segala penyakit.
Berdasarkan kepada konsep Kamma, penganut Buddha percaya bahawa perbuatan baik mereka pada Hari Wesak ini mendatangkan keberkatan yang besar serta lebih tinggi nilainya berbanding hari-hari yang lain dan akan menambahkan lagi rekod amalan baik mereka.
Jadi, mereka menghabiskan masa di Wat-wat untuk meneliti Rukun Lapan, mengamalkan meditasi, mendengar ceramah Dhamma di samping melakukan kerja-kerja kebajikan seperti membersihkan wat, memberi sedekah dalam bentuk wang dan barangan, mengadakan jamuan dan lain-lain.
Sambutan di Malaysia
Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, sambutan perayaan ini di raikan di seluruh negara oleh penganut Budha dengan mengunjungi kuil-kuil di kawasan tempat tinggal masing-masing dengan aman dan tenang.
Di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri akan menganjurkan sambutan Hari Wesak peringkat negeri selama lima hari di bangunan Persatuan Buddha Malaysia (MBA) di sini bermula 18 Mei 2024.
​​Sambutan ini bertujuan untuk menggalakkan pemahaman dan interaksi antara kaum dan agama di samping upacara keagamaan.
Perayaan Hari Wesak di Malaysia membuktikan prinsip dan amalan beragama sentiasa dihormati dan dihayati seluruh rakyat Malaysia.
Soalan Lazim
Hari Wesak merupakan hari perayaan di dalam agama Buddha. Tidak kira dari mana alirannya samada Mahayana atau Theravada, mereka akan merayakan perayaan hari Wesak. Perayaan ini salah satu perayaan penting bagi memperingati Siddharta Gautama Buddha yang lahir di Lumbini, Nepal, sekitar 563-483 SM. Siddharta Gautama Buddha merupakan tokoh penting di dalam agama Buddha. Selain Siddharta Gautama Buddha, mereka juga mengimani adanya Buddha-Buddha lain. Akan tetapi, hari wesak ini hanya khusus memperingati Siddharta Gautama sahaja.
Hari Wesak pada tahun 2024 akan disambut pada 22 Mei (Selasa). Tarikh ini ditentukan berdasarkan kalendar lunar dan berubah setiap tahun.
Perayaan Hari Wesak disambut oleh penganut agama Buddha, yang terdiri daripada pelbagai kaum di Malaysia termasuk Cina, Siam, dan komuniti-komuniti Buddha lain. Perayaan ini turut menarik minat masyarakat berbilang kaum yang berminat untuk memahami dan menghargai budaya serta tradisi Buddhisme.
Ya, Hari Wesak adalah Hari Kelepasan Am Persekutuan. Ini bermaksud semua negeri di Malaysia adalah cuti termasuk negeri Kelantan.
Ya, Hari Wesak adalah cuti umum di negeri Johor. Sebagai hari Kelepasan Am Persekutuan, Hari Wesak adalah hari cuti di seluruh Malaysia termasuk Johor.