Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak pada 27 Februari 2025 telah menetapkan harga bagi zakat fitrah untuk tahun 1446H/2025M dengan tiga pilihan harga.
Bayaran zakat fitrah ini boleh dibuat mulai 1 Ramadhan pada tahun ini sehingga sebelum menunaikan solat Aidilfitri pada 1 Syawal.
Pembayaran bagi zakat fitrah ini boleh dibuat melalui beberapa kaedah samaada secara digital, secara online, melalui kaunter rasmi MAIPk atau pembayaran tunai melalui amil yang dilantik oleh MAIPk.
Terdapat tiga kadar zakat yang telah diumumkan di mana MAIPk menggalakkan pembayaran zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan oleh rakyat negeri ini.
Lihat Juga: Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Perak 2025 / 1446
Kadar Zakat Fitrah Negeri Perak Bagi Tahun 2025 / 1446H
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, melalui perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menetapkan tiga kadar zakat fitrah iaitu RM10, RM16 dan RM27 seorang tahun ini.
Perincian Kadar Zakat Fitrah 1446H/2025M di Perak
Berikut adalah 3 kadar Zakat Fitrah Negeri Perak tahun ini;
- RM10 – Bagi pembayar yang menggunakan beras MADANI, Super Special Tempatan 5%, dan beras Putih Super Import.
- RM16 – Bagi mereka yang menggunakan beras wangi, beras perang, dan beras rebusan.
- RM27 – Ditentukan untuk pengguna beras basmathi dan beras pulut.

Menurut Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim, kadar minimum perlu dibayar oleh setiap individu berkewajipan mengeluarkan zakat fitrah adalah RM10 iaitu bagi beras MADANI, Super Special Tempatan 5 peratus, dan beras Putih Super Import.
Kategori kedua pada kadar RM16 ditetapkan bagi beras wangi, beras perang, dan dan beras rebusan; manakala beras basmathi dan beras pulut ditetapkan pada kadar RM27.
Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah di Perak 2025 (1446H)
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menyediakan pelbagai kaedah untuk memudahkan umat Islam menunaikan kewajipan zakat fitrah. Berikut adalah kaedah pembayaran yang boleh digunakan:
1. Pembayaran Secara Digital (Tanpa Tunai) melalui Aplikasi MAIPk Bestari
- Imbasan QR – Pembayar hanya perlu mengimbas kod QR yang disediakan.
- Kaedah Pembayaran dalam Aplikasi:
- SenangPay
- QR Bank
- Tunai Aplikasi
2. Pembayaran Melalui Amil yang Ditauliahkan
- Sebanyak 1,938 amil dilantik di seluruh Perak.
- Amil akan menggunakan aplikasi MAIPk Bestari untuk merekod bayaran.
- Resit bayaran akan dihantar terus ke e-mel pembayar untuk rekod rasmi.
3. Pembayaran Secara Tunai
- Pembayaran boleh dibuat secara langsung kepada amil yang dilantik di masjid, surau, dan lokasi yang ditetapkan.
4. Pembayaran Melalui Portal Rasmi MAIPk
- Pembayar boleh mengakses laman web MAIPk melalui pautan berikut https://ezakat.maiamp.gov.my/
5. Pembayaran di Kaunter MAIPk
- Pembayaran boleh dibuat di kaunter rasmi MAIPk di seluruh negeri Perak.
Kaedah ini membolehkan pembayaran zakat fitrah dilakukan dengan lebih mudah, telus, dan selamat, selaras dengan inisiatif digitalisasi sistem zakat di Malaysia.
Apa itu Zakat Fitrah?
Zakat Fitrah ialah zakat diri (badan) yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Syarat Wajib Mengeluarkan Fitrah:
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
4. Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Bilakah Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah
Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri?
Info dan maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan tentang zakat fitrah ini, boleh merujuk laman rasmi Zakat Perak melalui Facebook;
https://www.facebook.com/ZakatPerakMAIPk
Anda juga boleh merujuk laman web melalui pautan berikut;
Sebarang pertanyaan berkenaan zakat boleh hubungi talian: 05 208 4000
Sumber: MAIPk
Lihat juga kadar Zakat Fitrah negeri-negeri lain
- Johor
- Kedah
- Kelantan
- Melaka
- Negeri Sembilan
- Pahang
- Perlis
- Pulau Pinang
- Sabah
- Sarawak
- Selangor
- Terengganu
- Wilayah Persekutuan
Soalan Lazim FAQ
– RM10.00 – Beras MADANI, Super Special Tempatan 5%, dan beras Putih Super Import.
– RM16.00 – Beras wangi, beras perang, dan beras rebusan.
–RM27.00 – Beras basmathi dan beras pulut.
1. Pembayaran Secara Digital (Tanpa Tunai) melalui Aplikasi MAIPk Bestari
2. Pembayaran Melalui Amil yang Ditauliahkan
3. Pembayaran Secara Tunai
4. Pembayaran Melalui Portal Rasmi MAIPk
5. Pembayaran di Kaunter MAIPk
Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri?
Zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan.