HomeZakat FitrahZakat Fitrah Selangor 2025: Kadar dan Cara Bayaran Online

Zakat Fitrah Selangor 2025: Kadar dan Cara Bayaran Online

Lembaga Zakat Selangor telah mengumumkan kadar zakat fitrah Selangor bagi tahun 2025 / 1446H.

Bayaran zakat fitrah ini boleh dibuat mulai 1 Ramadhan pada tahun ini sehingga sebelum menunaikan solat Aidilfitri pada 1 Syawal.

Pembayaran zakat fitrah di Selangor boleh dibuat secara dalam talian melalui EZakatPay, perbankan internet, MyEG, Pos Online, dan aplikasi e-dompet seperti GoPayz dan Boost.

Selain itu, bayaran juga boleh dilakukan secara tunai kepada Penolong Amil Fitrah (PAF) bertauliah yang dilantik oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) atau di 19 cawangan LZS yang beroperasi setiap hari, termasuk cuti umum sepanjang Ramadan. Untuk kemudahan masyarakat, cawangan LZS ini akan dibuka tujuh hari seminggu bagi memudahkan pembayaran zakat.

Di Selangor, terdapat tiga kadar zakat (sama seperti tahun lalu) yang telah diumumkan di mana LZS menggalakkan pembayaran zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan oleh penduduk negeri ini.

Penetapan kadar ini berdasarkan harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan oleh kebanyakan umat Islam di Selangor, dengan timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram beras.

Lihat Juga: Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Negeri Selangor 2025

Kadar Zakat Fitrah Selangor Tahun 2025 / 1446H

Kadar Zakat Fitrah 1446 : 2025M di Selangor

Kadar bayaran bagi negeri Selangor adalah kekal sebagaimana tahun sebelum ini dengan bayaran adalah mengikut harga beras yang dimakan iaitu RM7, RM14 dan RM22 seorang.

Penentuan kadar zakat ini berdasarkan harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan pada kadar satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram beras.

KadarJenis Beras
RM 7.00Beras Putih Import, Beras Putih Tempatan
RM 15.00Beras Merah, Beras Perang, Beras Pulut, Beras Wangi
RM 22.00Beras Herba Ponni, Beras Jepun, Beras Basmathi

Lembaga Zakat Selangor (LZS) menggalakkan rakyat bagi negeri ini membayar atau menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan oleh individu/keluarga masing-masing.

Pelaksanaan kaedah ini telah digunakan sejak tahun 2018 lagi.

Cara Bayaran Zakat Fitrah Selangor Tahun 2025 Secara Online

Pembayaran zakat fitrah di Selangor bagi tahun 2025 boleh dilakukan melalui pelbagai kaedah dalam talian yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS). 

Berikut adalah platform pembayaran yang tersedia:

  1. Portal eZakatPay: Pembayaran boleh dilakukan melalui portal rasmi LZS di https://fpx.zakatselangor.com.my/.
  2. Perbankan Internet: LZS bekerjasama dengan beberapa bank untuk memudahkan pembayaran zakat fitrah melalui perbankan internet. Antara bank yang terlibat termasuk:
    • Public Bank
    • Hong Leong Bank
    • Maybank
    • CIMB
    • Ambank
    • Bank Rakyat
    • HSBC
    • RHB
    • Bank Islam
    • Alliance Bank
  3. Portal MyEG: Pembayaran juga boleh dilakukan melalui portal MyEG di https://www.myeg.com.my/.
  4. Pos Online: Perkhidmatan Pos Malaysia menyediakan kemudahan pembayaran zakat fitrah melalui laman web mereka di https://www.posonline.com.my/.
  5. Aplikasi e-Dompet: LZS menerima pembayaran melalui aplikasi e-dompet seperti:
    • MAE
    • Touch ‘n Go
    • Selangkah
    • GoPayz
    • Boost

Bayaran Zakat Fitrah Melalui Amil Yang Di Lantik

Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah melantik seramai 2,836 Penolong Amil Fitrah (PAF) di seluruh negeri Selangor sepanjang bulan Ramadan ini bagi memudahkan umat Islam menunaikan zakat fitrah.

Orang ramai diingatkan untuk menunaikan zakat fitrah kepada PAF bertauliah yang boleh dikenali melalui kad tauliah dan sijil lantikan rasmi daripada LZS.

Selain itu, pembayaran zakat fitrah juga boleh dibuat melalui 18 Penolong Amil Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan 97 Maahad Tahfiz serta Sekolah Agama Swasta di negeri Selangor.

Untuk kemudahan, tiga jenis kupon fitrah berwarna digunakan bagi memudahkan pembayaran mengikut kadar yang ditetapkan:

  • Kupon Hijau – RM7
  • Kupon Merah – RM15
  • Kupon Oren – RM22

Penggunaan kupon ini bertujuan memudahkan proses pembayaran zakat fitrah mengikut jenis beras yang dimakan oleh pembayar zakat.

Bayaran Melalui Cawangan LZS

Lembaga Zakat Selangor (LZS) turut menyediakan kemudahan pembayaran zakat fitrah secara tunai di 19 cawangan di seluruh Selangor. 

Semua cawangan ini akan beroperasi tujuh hari seminggu, termasuk cuti umum sepanjang Ramadan, bagi memastikan umat Islam dapat menunaikan kewajipan zakat dengan mudah.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) meneruskan perkhidmatan Zakat On Wheels (ZOW) bagi tahun 2025. ZOW merupakan kaunter zakat bergerak yang ditempatkan di lokasi-lokasi strategik seperti masjid, bazar Ramadan, pasar tani, dan pasar raya di seluruh Selangor sepanjang bulan Ramadan. Inisiatif ini bertujuan memudahkan umat Islam menunaikan zakat fitrah tanpa perlu ke cawangan tetap LZS.

Info dan maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan tentang perkara ini, boleh merujuk laman rasmi Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui Facebook;

https://www.facebook.com/zakatselangor

Anda juga boleh merujuk laman web melalui pautan berikut;

https://www.zakatselangor.com.my/

Soalan Lazim (FAQ)

1. Berapakah kadar zakat fitrah di Selangor bagi tahun 2025?

Kadar zakat fitrah di Selangor ditentukan berdasarkan jenis beras yang dimakan:
RM7 – Beras Putih Import, Beras Putih Tempatan
RM15 – Beras Merah, Beras Perang, Beras Pulut, Beras Wangi
RM22 – Beras Herba Ponni, Beras Jepun, Beras Basmathi

2. Bagaimana cara bayaran?

Zakat fitrah boleh dibayar melalui:
Penolong Amil Fitrah (PAF) bertauliah yang dilantik oleh LZS
19 cawangan LZS yang dibuka setiap hari termasuk cuti umum
Platform dalam talian seperti:
eZakatPay: https://fpx.zakatselangor.com.my
Perbankan Internet (Maybank2u, CIMB Clicks, Public Bank, dan lain-lain)
MyEG, Pos Online
Aplikasi e-dompet (GoPayz, Boost, MAE, Touch ‘n Go, Selangkah)

3. Apakah Maksud “Bayaran Zakat Fitrah Mengikut Harga Beras Yang di Makan?

Bermaksud bayaran zakat fitrah adalah mengikut harga beras yang dimakan oleh individu dan keluarga.

4. Kenapa Kita Digalakkan Membayar Zakat Fitrah Mengikut Harga Beras Yang Dimakan?

Kita digalakkan membayar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan kerana ia merupakan kebajikan bagi golongan yang berkemampuan dan lebihan daripada zakat fitrah tersebut akan disalurkan kepada golongan fakir dan miskin.

5. Bilakah Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah?

Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments