Ranking MRSM Berdasarkan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.
Keputusan SPM 2025 telah diumumkan dan sekali lagi, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) membuktikan keunggulan mereka dalam bidang akademik.
5 MRSM mencatatkan keputusan yang amat cemerlang dengan 80 pelajar mendapat semua A+..
Lihat Juga: Contoh Ucapan, Doa dan Poster Tahniah Keputusan SPM 2025
Apa Maksud Gred Purata Sekolah (GPS) dan Gred Purata Maktab (GPM)?
Gred Purata Sekolah (GPS) ialah satu ukuran rasmi yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menilai prestasi akademik sekolah berdasarkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagi MRSM (Maktab Rendah Sains MARA), ukuran yang setara digunakan ialah Gred Purata Maktab (GPM), namun prinsip pengiraannya adalah sama.
GPS atau GPM dikira dengan mengambil purata gred semua mata pelajaran yang diambil oleh pelajar dalam sesebuah sekolah atau maktab. Semakin rendah nilai GPS atau GPM, semakin baik prestasi sekolah atau maktab tersebut.
Dalam sistem ini, setiap gred diberikan nilai berangka tertentu. Sebagai contoh:
- A+ diberi nilai 0.00
- A diberi nilai 1.00
- Nilai akan bertambah mengikut gred yang lebih rendah.
Semakin ramai pelajar memperoleh gred cemerlang seperti A+ dan A, semakin rendahlah nilai GPS/GPM, yang menandakan kecemerlangan akademik.
Contohnya, jika sebuah MRSM mencatatkan GPM 1.261, ini bermakna majoriti pelajarnya memperoleh keputusan gred A dan ke atas. Prestasi sebegini dianggap luar biasa dan mencerminkan keberkesanan sistem pembelajaran yang diterapkan โ termasuk kualiti guru, disiplin pelajar, dan komitmen pentadbiran.
Pencapaian Cemerlang MRSM Dalam Keputusan SPM 2025
Dalam satu perkongsian rasmi oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, beliau meluahkan rasa syukur dan bangga atas pencapaian cemerlang Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dalam keputusan SPM 2025.
Beliau menyatakan bahawa pencapaian tahun ini menunjukkan peningkatan ketara dan membuktikan keberkesanan sistem pendidikan MRSM dalam melahirkan pelajar berprestasi tinggi.

19 MRSM Catat GPM Bawah 2.0
Menurut Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, seramai 19 MRSM berjaya mencatatkan Gred Purata MRSM (GPM) bawah 2.0.
Pencapaian ini menggambarkan konsistensi prestasi akademik yang tinggi dalam kalangan MRSM di seluruh negara.
5 MRSM Terbaik Malaysia ( Mengikut GPM)
Pencapaian MRSM menunjukkan peningkatan ketara apabila 5 MRSM berjaya mencatatkan GP di bawah 1.500.
Susunan mengikut Gred Purata MRSM (GPM) adalah seperti berikut:
- MRSM Tun Ghafar Baba (1.139)
- MRSM Gemencheh (1.195)
- MRSM Taiping (1.224)
- MRSM Pengkalan Chepa (1.254)
- MRSM Kuala Kubu Bharu (1.284)
Kelima-lima MRSM ini membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang tinggi dan konsisten dalam sistem pendidikan MARA.
80 Pelajar Peroleh Semua A+
Seramai 80 pelajar MRSM berjaya memperoleh semua A+ dalam semua subjek SPM 2025.
Jumlah ini meningkat berbanding tahun sebelumnya, sekali gus membuktikan peningkatan kualiti pembelajaran dan kecemerlangan pelajar MRSM.
Lihat Juga: MRSM 2025: Senarai Mengikut Program dan Negeri di Malaysia
Keyataan Rasmi

MARA amat berbangga dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang amat memberangsangkan ditunjukkan oleh semua Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Paling membanggakan apabila seramai 80 pelajar telah mencatatkan keputusan semua A+ bagi semua subjek berbanding 69 pelajar pada tahun lalu. Sebanyak 11 MRSM telah melakarkan peningkatan pencapaian dengan MRSM ATM Bera mencatatkan lonjakan Gred Purata (GP) MRSM tertinggi.
MARA turut berbangga dengan pencapaian mengikut subjek terutamanya melibatkan subjek Matematik di mana 10 MRSM telah mencatatkan 100% A manakala 21 MRSM mencatatkan 100% A bagi subjek Pendidikan Islam. Subjek Pendidikan Moral, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Elektrikal & Elektronik, Bahasa Arab, Seni Visual dan Reka Cipta turut mencatatkan peningkatan GP subjek.
Pencapaian MRSM dalam subjek Sains pula menunjukkan keputusan yang cemerlang dengan 42.5% mendapat gred A dalam subjek Fizik, manakala 40.5% dan 37.7% masing-masing dalam subjek Biologi dan Kimia.
Pencapaian mengikut MRSM turut mencatatkan peningkatan ketara dengan 5 MRSM telah mencatatkan GP MRSM di bawah 1.500 iaitu MRSM Tun Ghafar Baba (1.139), MRSM Gemencheh (1.195), MRSM Taiping (1.224), MRSM Pengkalan Chepa (1.254) dan MRSM Kuala Kubu Bharu (1.284).
Tahniah diucapkan kepada kesemua 7636 calon SPM 2025 dari 57 MRSM yang telah mencatatkan Gred Purata Keseluruhan sebanyak 2.067 terutamanya MRSM Ranau, Sabah dan MRSM Bintulu, Sarawak yang baharu kali pertama mengambil peperiksaan SPM ini.
Bahagian Pendidikan Menengah
MARA
31 Mac 2026
Sorotan Tahun Lalu Ranking MRSM 2025 Berdasarkan Keputusan SPM 2024
Pencapaian MRSM dalam SPM 2024 mencatat sejarah tersendiri dengan peningkatan prestasi ketara berbanding tahun sebelumnya.
Sorotan Utama
- Gred Purata (GP) Keseluruhan MRSM meningkat kepada 1.892, berbanding 2.392 pada tahun 2023
- 10 MRSM mencatat GP bawah 1.50 (2023: hanya 1 MRSM)
- 31 MRSM mencatat GP bawah 2.00 (2023: hanya 9 MRSM)
- 1670 pelajar MRSM (21.83%) memperoleh semua A
- 69 pelajar memperoleh semua A+ (8 pelajar dapat 10A+; 61 pelajar 9A+)
Top 10 Ranking MRSM SPM 2024
Berdasarkan perkongsian Dato Asyraf Wajdi, 10 MRSM terbaik 2025 berdasarkan keputusan MRSM 2024;

| Kedudukan | MRSM | Gred Purata |
|---|---|---|
| 1 | MRSM Kuala Kubu Bharu | 1.261 |
| 2 | MRSM Ulul-Albab Kepala Batas | 1.312 |
| 3 | MRSM Johor Bahru | 1.350 |
| 4 | MRSM Tun Ghafar Baba | 1.391 |
| 5 | MRSM Gemencheh | 1.414 |
| 6 | MRSM Taiping | 1.419 |
| 7 | MRSM Pengkalan Chepa | 1.439 |
| 8 | MRSM Kota Putra | 1.439 |
| 9 | MRSM Sungai Besar | 1.470 |
| 10 | MRSM Balik Pulau | 1.510 |
Peningkatan Cemerlang
- MRSM Beseri: Lonjakan GP sebanyak 1.408
- MRSM Balik Pulau: Lonjakan GP sebanyak 1.171
Subjek MRSM:
Semua subjek teras & elektif menunjukkan peningkatan Gred Purata Subjek (GPS), kecuali:
- Kejuruteraan Mekanikal
- Kejuruteraan Elektrikal
Ranking Penuh MRSM SPM 2024 Berdasarkan GPM (Tak Rasmi)
Berdasarkan maklumat yang dikongsikan oleh komuniti pendidikan dalam group Facebook Sekolah Berasrama Penuh & MRSM Malaysia, berikut adalah senarai tidak rasmi Gred Purata Maktab (GPM) bagi semua 55 MRSM seluruh Malaysia untuk keputusan SPM 2024.
Berikut adalah senarai penuh:
| Bil | MRSM | GPM |
|---|---|---|
| 1 | Kuala Kubu Bharu | 1.261 |
| 2 | Kepala Batas | 1.312 |
| 3 | Johor Bahru | 1.350 |
| 4 | Tun Ghafar Baba | 1.391 |
| 5 | Gemencheh | 1.414 |
| 6 | Taiping | 1.419 |
| 7 | Pengkalan Chepa | 1.439 |
| 8 | Kota Putra | 1.439 |
| 9 | Sungai Besar | 1.470 |
| 10 | Balik Pulau | 1.510 |
| 11 | Batu Pahat | 1.518 |
| 12 | Pasir Salak | 1.545 |
| 13 | Langkawi | 1.566 |
| 14 | Pasir Tumboh | 1.568 |
| 15 | Baling | 1.597 |
| 16 | Kuala Berang | 1.690 |
| 17 | Tun Abdul Razak | 1.704 |
| 18 | Kubang Pasu | 1.711 |
| 19 | Sultan Azlan Shah | 1.711 |
| 20 | Kuantan | 1.713 |
| 21 | Alor Gajah | 1.817 |
| 22 | Tumpat | 1.875 |
| 23 | Parit | 1.896 |
| 24 | Serting | 1.901 |
| 25 | Beseri | 1.904 |
| 26 | PDRM Kulim | 1.920 |
| 27 | Mersing | 1.935 |
| 28 | Transkrian | 1.934 |
| 29 | Kuala Klawang | 1.974 |
| 30 | Merbok | 1.979 |
| 31 | Lenggong | 1.983 |
| 32 | Pengkalan Hulu | 1.993 |
| 33 | Felda Trolak | 2.007 |
| 34 | Tun Mohammad Fuad Stephens | 2.010 |
| 35 | Muadzam Shah | 2.013 |
| 36 | Pendang | 2.016 |
| 37 | Tun Dr. Ismail | 2.104 |
| 38 | Kuala Krai | 2.133 |
| 39 | Bentong | 2.135 |
| 40 | Muar | 2.145 |
| 41 | Bagan Datuk | 2.195 |
| 42 | Kota Kinabalu | 2.214 |
| 43 | Betong | 2.214 |
| 44 | Gerik | 2.229 |
| 45 | Jeli | 2.250 |
| 46 | Arau | 2.284 |
| 47 | Terendak | 2.299 |
| 48 | Tun Ghazali Shafie | 2.344 |
| 49 | Tun Mustapha | 2.392 |
| 50 | Mukah | 2.442 |
| 51 | ATM Bera | 2.482 |
| 52 | Kuching | 2.510 |
| 53 | Kuala Terengganu | 2.512 |
| 54 | Besut | 2.678 |
| 55 | Semporna | 2.711 |
GPM Keseluruhan (55 MRSM): 1.892

Perbandingan Keputusan MRSM dalam SPM 2024 Berbanding Sebelumnya
Jika dibandingkan dengan keputusan SPM tahun 2023, prestasi keseluruhan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menunjukkan peningkatan ketara bagi keputusan SPM 2024.
Dalam keputusan SPM 2023, hanya satu MRSM tersenarai dalam kelompok 20 sekolah terbaik. MRSM Tun Ghafar Baba mencatat Gred Purata Sekolah (GPS) 1.490. Ketika itu, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan sekolah agama mendominasi senarai kecemerlangan.
Namun dalam SPM 2024, dua MRSM melonjak ke kedudukan teratas nasional. MRSM Kuala Kubu Bharu mencatat GPS 1.261. Sementara itu, MRSM Ulul-Albab Kepala Batas memperoleh GPS 1.312. Kedua-duanya kini berada dalam kalangan sekolah terbaik negara. Ini adalah peningkatan besar berbanding tahun sebelumnya.
Menurut Pengerusi MARA, sebanyak 31 buah MRSM mencatat GPS di bawah 2.0. Ini satu rekod luar biasa dalam sejarah MRSM. Ia membuktikan bukan hanya kejayaan individu, tetapi peningkatan menyeluruh seluruh sistem MRSM.
Prestasi ini mencerminkan kejayaan pendekatan pendidikan MARA. Ia termasuk penekanan terhadap STEM, bimbingan kerohanian seperti Ulul-Albab, dan sokongan pembelajaran berstruktur. MRSM kini kembali sebagai antara institusi pendidikan menengah terbaik di Malaysia.
Kenapa MRSM Sentiasa Cemerlang?
- Fokus STEM: MRSM beri penekanan pada Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik (STEM) sejak awal.
- Pembelajaran Berasrama: Persekitaran kondusif, masa belajar teratur, dan guru berpengalaman bantu pelajar fokus.
- Bimbingan Sahsiah & Akademik: Sistem mentor, aktiviti kokurikulum, dan program kepimpinan lengkapkan potensi pelajar.
- Program Ulul Albab: Gabung hafazan al-Quran dan akademik moden โ lahirkan pelajar seimbang dunia & akhirat.
- Komitmen MARA: Dasar pendidikan MARA yang konsisten serta pelaburan dalam kemudahan & tenaga pengajar.
