Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengumumkan kadar zakat fitrah bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan untuk tahun 2025 / 1446H.
Terdapat tiga kadar zakat fitrah yang ditetapkan bagi tahun ini, iaitu RM7, RM15, dan RM22, mengikut jenis beras yang dimakan.
Pengumuman kadar zakat fitrah ini dibuat oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), dalam Persidangan Pengurusan Masjid dan Surau, Penyampaian Bantuan Ihya’ Ramadan, dan Tauliah Amil Zakat Fitrah Wilayah Persekutuan 1446H/2025M yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan.
Penetapan kadar RM7 berdasarkan nilai satu gantang Baghdad atau harga bagi 2.6 kilogram beras yang lazim digunakan oleh masyarakat di Wilayah Persekutuan.
Sementara itu, dua lagi kadar zakat fitrah ditetapkan bagi mereka yang berkemampuan dan ingin membayar mengikut harga beras yang dimakan untuk diri serta tanggungan mereka.
Lihat Juga – Waktu Berbuka Puasa Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan & Imsak 2025
Kadar Zakat Fitrah Wilayah Persekutuan bagi tahun 2025 / 1446H

Kadar | Jenis Beras |
RM7.00 | Kadar wajib berdasarkan beras tempatan (5% kandungan beras hancur). |
RM15.00 | Galakan kadar berdasarkan beras putih import, beras perang, beras pulut, herba ponni & beras wangi. |
RM22.00 | Galakan kadar berdasarkan beras merah, beras Jepun & beras Basmathi. |
MAIWP telah menetapkan tiga kadar zakat fitrah pada tahun ini bagi pembayar zakat di kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan iaitu kadar RM7, yang merupakan kadar wajib bayaran zakat fitrah berdasarkan beras tempatan (5% kandungan beras hancur).
Kadar RM15.00 pula adalah bagi golongan yang makan jenis beras seperti beras putih import, beras perang, beras pulut, herba ponni, dan beras wangi.
Manakala kadar RM22.00 adalah untuk mereka yang makan jenis beras seperti beras merah, beras Jepun, dan beras Basmathi.
Bayaran kadar fitrah pada tahun ini boleh dibayar berdasarkan jenis beras yang dimakan. Walau bagaimanapun, bayaran zakat fitrah boleh dibayar mengikut kemampuan masing-masing.
Untuk kemudahan, bayaran zakat fitrah boleh dilakukan melalui amil bertauliah, kaunter PPZ-MAIWP, perbankan dalam talian, dan e-wallet.
Cara Bayaran Zakat Fitrah Wilayah Persekutuan bagi tahun 2025
Bagi mereka yang ingin menunaikan zakat fitrah ini terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan iaitu secara online ataupun bayaran melalui amil-amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Bayaran Secara Atas Talian (Online)
Bagi mereka yang ingin membayar zakat fitrah secara online, terdapat beberapa kaedah bayaran yang boleh dibuat sebagaimana berikut;
- Melalui Portal https://fitrah.zakat.com.my/
- Laman sesawang ejen-ejen Bank (Maybank, Bank Islam, CIMB, Bank Rakyat dan lain-lain)
- Melalui aplikasi ewallet terpilih
Bayaran Melalui Amil dan Kaunter
Selain bayaran melalui online, anda juga boleh membayar melalui amil-amil yang dilantik oleh MAIWP. Pada tahun ini sebanyak 969 amil bertauliah telah dilantik bagi menguruskan kutipan zakat fitrah.
Bayaran juga boleh di buat melalui kaunter PPZr MAIWP yang dibuka mengikut jadual yang ditetapkan.
Rujuk waktu pembukaan kaunter PPZ MAIWP bulan Ramadhan;
https://www.zakat.com.my/kaunter-ppz
Untuk makluman, Kaunter PPZ-MAIWP dibuka setiap hari sepanjang Ramadan termasuk cuti umum bagi memudahkan orang ramai.
Hukum Bayar Zakat Fitrah Secara Online

Berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 1 April 2019, pembayaran zakat fitrah secara atas talian (online) adalah sah dan dibolehkan.
Zakat fitrah tidak memerlukan akad ijab dan kabul secara lisan. Syarat sahnya ialah niat, pemindahan pemilikan harta kepada asnaf, serta penyerahan dan penerimaan zakat. Akad digital seperti resit transaksi dan rekod pembayaran dalam sistem perbankan atau e-wallet sudah mencukupi.
Kaedah ini lebih fleksibel, cepat, dan selamat, serta memudahkan urusan pembayaran dan agihan zakat kepada asnaf. Umat Islam digalakkan untuk menunaikan zakat fitrah mengikut kadar yang ditetapkan melalui kaedah pembayaran yang tersedia.
Bilakah Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah
- Waktu Wajib: Mazhab Syafie mengikut yang azhar dan Hanbali berpendapat bahawa waktu wajib zakat fitrah bermula dengan tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan (malam Raya). Ia juga pendapat sebahagian Mazhab Maliki.
- Waktu Sunat: Mazhab Syafie berpendapat sunat dikeluarkannya sebelum solat hari raya dan makruh mentakhirkannya sehingga selesai solat.
- Waktu Haram: Al-Hasan bin Ziyad dari ulama Hanafi berpendapat waktu menunaikannya bersifat setempat dan terhad seperti hari korban. Justeru siapa yang menunaikannya selepas hari raya tanpa uzur, ia dianggap sebagai berdosa. Pendapat ini juga adalah pendapat Mazhab Maliki, Syafie, dan Hanbali. Tetapi tetap wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira sedekah. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
Hukum Mengeluarkan Zakat Fitrah Pada Awal atau Pertengahan Ramadan

Pembayaran zakat fitrah sehari atau dua hari sebelum Aidilfitri adalah paling digalakkan menurut Mazhab Malik dan Hanbali. Namun, Mazhab Hanbali membenarkan pembayaran seawal pertengahan Ramadan, manakala Mazhab Hanafi dan Syafie mengharuskan zakat fitrah dibayar sejak awal Ramadan.
Terdapat juga pendapat yang membolehkan pembayaran sebelum Ramadan, tetapi keutamaannya tetap pada tempoh yang lebih dekat dengan Aidilfitri agar manfaatnya lebih jelas kepada asnaf.
Melambatkan pembayaran hingga selepas 1 Syawal adalah haram, dan wajib diqada’ kerana zakat fitrah merupakan hak bagi harta yang mesti ditunaikan dalam tempoh yang ditetapkan.
Kesimpullannya, zakat fitrah boleh dibayar seawal Ramadan, tetapi waktu terbaik ialah sebelum solat sunat Aidilfitri untuk memastikan manfaatnya sampai kepada asnaf tepat pada waktunya.
Info dan maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan tentang zakat fitrah ini, boleh merujuk laman rasmi Pusat Pungutan Zakat MAIWP melalui Facebook;
https://www.facebook.com/myzakat
Anda juga boleh merujuk laman web Pusat Pungutan Zakat MAIWP melalui pautan berikut;
Lihat juga kadar Zakat Fitrah negeri-negeri lain
- Johor
- Kedah
- Kelantan
- Melaka
- Negeri Sembilan
- Pahang
- Perak
- Perlis
- Pulau Pinang
- Sabah
- Sarawak
- Selangor
- Terengganu
Soalan Lazim FAQ
– RM7.00
– RM15.00
– RM22.00
Bayaran kadar fitrah pada tahun ini boleh dibayar berdasarkan jenis beras yang dimakan.
– Secara atas talian (online) melalui portal https://fitrah.zakat.com.my/
– Melalui amil yang dilantik
– Melalui kaunter PPZ MAIWP
Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri?
Ya, pembayaran secara atas talian dibolehkan berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan (1 April 2019).