Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah mengumumkan kadar zakat fitrah di Negeri Sembilan bagi tahun 2025 / 1446H.
Penetapan kadar zakat fitrah ini dibuat berdasarkan kajian harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan oleh penduduk Islam di Negeri Sembilan pada kadar timbangan satu gantang bersamaan 2.75 kilogram.
Bayaran zakat fitrah boleh dibuat mulai 1 Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri pada 1 Syawal.
Pembayaran boleh dilakukan secara bersemuka melalui amil yang dilantik oleh MAINS atau secara dalam talian dan platform digital
Lihat Juga: Berbuka Puasa Negeri Sembilan 2025 dan Imsak (Jadual Waktu JAKIM)
Kadar Zakat Fitrah Negeri Sembilan bagi Tahun 1446H / 2025M
Berikut adalah kadar Zakat fitrah Negeri Sembilan bagi tahun 2025 / 1446H;
- RM7.50 = Beras Super Special Tempatan SST 5% dan yang setaraf dengannya.
- RM12.00 = Beras Super Import, Beras Super Wangi, Beras Herba Ponni dan yang setaraf dengannya.
- RM22.00 = Beras Super Basmathi dan yang setaraf dengannya.

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan telah menetapkan kadar zakat fitrah bagi tahun 2025 berdasarkan jenis beras yang dimakan oleh umat Islam di negeri ini.
Kadar yang ditetapkan adalah sebanyak RM7.50 bagi mereka yang menjadikan beras Super Special Tempatan 5% dan yang setaraf dengannya sebagai makanan harian.
Manakala, kadar RM12.00 dikenakan kepada pengguna beras Super Import, Beras Super Wangi, dan Beras Herba Ponni atau jenis yang setaraf.
Bagi mereka yang memilih untuk makan beras Super Basmathi, kadar zakat fitrah yang ditetapkan ialah RM22.00.
Jika dibandingkan dengan kadar zakat fitrah pada tahun 2024, terdapat sedikit perubahan pada kadar yang dikenakan. Kadar pertama mengalami peningkatan daripada RM7.00 kepada RM7.50, iaitu kenaikan sebanyak RM0.50. Sementara itu, kadar kedua menunjukkan penurunan daripada RM12.50 kepada RM12.00, dengan perbezaan RM0.50 lebih rendah berbanding tahun sebelumnya. Walau bagaimanapun, kadar ketiga bagi pengguna beras Super Basmathi kekal pada jumlah RM22.00, tanpa sebarang perubahan.
Penetapan kadar ini dibuat berdasarkan kajian harga beras yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di Negeri Sembilan, dengan mengambil kira timbangan satu gantang bersamaan 2.75 kilogram. Keputusan ini bertujuan memastikan keadilan dalam pembayaran zakat fitrah, selari dengan keperluan masyarakat Islam yang berbeza-beza mengikut jenis makanan ruji yang mereka amalkan.
Cara Bayaran Bagi Tahun 2025
MAINS menyediakan pelbagai kaedah pembayaran zakat fitrah bagi memudahkan umat Islam negeri ini menunaikan kewajipan zakat fitrah. Pembayaran boleh dilakukan secara bersemuka melalui amil bertauliah atau secara dalam talian melalui platform digital yang disediakan.
1. Pembayaran Secara Bersemuka
Untuk bayaran secara bersemuka melalui Amil Fitrah, maklumat cara dan tempat bayaran adalah seperti berikut
- Pembayaran boleh dibuat melalui 1,250 Amil Zakat Fitrah yang telah ditauliahkan oleh MAINS di seluruh Negeri Sembilan.
- Bayaran boleh dibuat di kaunter zakat MAINS yang terletak di daerah dan cawangan MAINS.
- MAINS juga menyediakan kaunter bergerak yang beroperasi dari semasa ke semasa di lokasi tertentu bagi memudahkan orang ramai membuat pembayaran.
2. Pembayaran Secara Dalam Talian
Bagi yang memilih untuk bayaran secara online atau digital pula, berikut adalah kaedah bayaran yang mudah;
- Pembayaran boleh dibuat secara atas talian melalui portal rasmi zakat Negeri Sembilan www.zakatns2u.biz
- Pembayaran juga boleh dilakukan melalui platform berikut:
– MAINS Pay
– JomPAY (menggunakan kod pembayaran MAINS di perbankan internet)
– Boost (e-wallet)
– Tulus (SnapNPay) (pembayaran digital yang mudah dan pantas)
Maklumat Kaunter Zakat Fitrah Negeri Sembilan 2025
Bermula 7 Ramadan 1446H (8 Mac 2025), seluruh Kaunter MAINS Daerah dan Cawangan dibuka pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum bermula jam 9 pagi sehingga 4 petang.
Kaunter Zakat Fitrah di Pasar Raya
Kaunter Zakat Fitrah turut dibuka di pasar-pasar raya terpilih sekitar Seremban bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang.
Lokasi Kaunter Zakat di Pasar Raya:
- Seremban Prima
- Terminal One
- UTC Ampangan
- Centerpoint
- AEON S2
- Mydin S2
- Palm Mall
- Giant Senawang
- Mydin Senawang
- Lotus’s Seremban Jaya
- Giant Nilai
- AEON Nilai
- Lotus’s Nilai


Bilakah Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah
Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.
Bayaran Fitrah Bagi Anak Perempuan Yang Sudah Bekerja
Adakah anak-anak perempuan yang sudah bekerja masih dikira dalam tanggungan bapanya?
Anak-anak yang sudah bekerja dan mempunyai pendapatan hasil usaha diri sendiri, sama ada lelaki ataupun perempuan, adalah lebih berhak mengeluarkan zakat fitrah bag diri mereka sendiri.
Bahkan, sekiranya mereka mahu mengeluarkan zakat fitrah untuk ibu bapa mereka juga dibolehkan dan mereka perl memaklumkannya kepada kedua ibu bapa mereka.
Info dan maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, boleh merujuk laman rasmi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan melalui Facebook;
Anda juga boleh merujuk laman web melalui pautan berikut;
Lihat juga kadar zakat fitrah bagi negeri-negeri lain;
- Johor
- Kedah
- Kelantan
- Melaka
- Negeri Sembilan
- Pahang
- Perak
- Perlis
- Pulau Pinang
- Sabah
- Sarawak
- Selangor
- Terengganu
- Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya)
Soalan Lazim (FAQ) – Zakat Fitrah Negeri Sembilan 2025
– RM7.50 – Beras Super Special Tempatan 5% dan setaraf.
– RM12.00 – Beras Super Import, Super Wangi, Herba Ponni dan setaraf.
– RM22.00 – Beras Super Basmathi dan setaraf.
📅 Dari 1 Ramadan sehingga sebelum solat sunat Aidilfitri pada 1 Syawal.
💡 Disarankan membayar awal supaya agihan dapat dibuat kepada fakir dan miskin sebelum Hari Raya.
✅ Bersemuka:
– Melalui amil bertauliah yang ditauliahkan oleh MAINS.
– Kaunter zakat MAINS di daerah dan cawangan terpilih.
– Kaunter bergerak mengikut lokasi tertentu.
✅ Dalam Talian:
🔗 www.zakatns2u.biz
MAINS Pay, JomPAY, Boost, Tulus (SnapNPay).
📌 Setiap Muslim yang berkemampuan, termasuk lelaki dan perempuan, wajib membayar zakat fitrah bagi diri sendiri dan tanggungannya (isteri, anak-anak, dan mereka di bawah jagaannya).
✅ Ya, mereka yang mempunyai pendapatan sendiri lebih berhak membayar zakat fitrah untuk diri mereka sendiri.
✅ Mereka juga boleh membayar bagi ibu bapa mereka jika ingin berbuat demikian
✅ Pastikan bayaran dibuat kepada amil bertauliah yang ditauliahkan oleh MAINS.
✅ Simpan resit atau bukti pembayaran jika membayar secara dalam talian.
📌 Maklumat lanjut:
🔗 www.mains.gov.my
📞 06-7651402
Lihat juga: