HomePendidikanSemakan UPKK 2023: Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA 

Semakan UPKK 2023: Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA 

SEMAKAN KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) TAHUN 2023

Sukacitanya, ibu bapa dan calon boleh membuat semakan keputusan bagi Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun 2023 mulai 18 April 2024 (Khamis) jam 12.00 tengah hari.

Pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi sesi 2023/2024 telah berlangsung  pada 16 hingga 23 Januari 2024 di mana subjek Sirah yang dijadualkan pada 17 Januari 2024, ditangguhkan ke 23 Januari 2024 atas sebab isu teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Berdasarkan pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, seramai 28,531 daripada 230,587 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 memperoleh keputusan Cemerlang (A) bagi semua lapan mata pelajaran peperiksaan itu.

Cara Semakan Keputusan UPKK 2023

Terdapat 3 kaedah semakan keputusan UPKK tahun 2023 iaitu;

1. Semakan secara atas talian di pautan

https://semakan.islam.gov.my

Masukkan  No. MyKad dan No. Angka Giliran.

2. Semakan secara sistem pesanan ringkas (SMS)

Taip UPKK<jarak>No. MyKad<jarak>No Angka Giliran  dan hantar ke 15888

Contoh: UPKK 120212020105 J03001002 hantar ke 15888

  • Pastikan No.KP seperti yang didaftarkan dalam peperiksaan.
  • Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku disebabkan trafik semakan yang tinggi.

3. Semakan di sekolah 

Ibu bapa/Penjaga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2023 daripada pihak sekolah masing-masing bermula 19 April 2024 (Jumaat), jam 9.30 pagi.

Slip keputusan penuh Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2023 boleh diperolehi daripada sekolah masing-masing bermula jam 9:30 pagi pada 19 April 2024.

Kenyataan Media Pengumuman Keputusan UPKK Tahun 2023

Siaran Langsung Pengumuman UPKK

Majlis Pengumuman Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2023 akan disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Siaran langsung pengumuman keputusan UPKK tahun 2023 adalah pada 18 April 2024M / 9 Syawal 1445H (Khamis) jam 11.00 pagi di saluran media sosial rasmi JAKIM berikut;

Permohonan Semak Semula Keputusan UPKK 2023

Permohonan secara atas talian menggunakan Google Form di pautan https://forms.gle/u3hFEDhQfrhJRnMr9 atau menggunakan QR Code pada poster di bawah.

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Google Form seperti link di atas. Salinan borang akan
diemailkan kepada pemohon. Pemohon perlu mencetak borang tersebut dan hantar ke sekolah masing-masing beserta salinan Slip Keputusan UPKK dan resit bayaran selewat-lewatnya pada 21 Mei 2024.

Tempoh permohonan semak semula adalah pada 19 April 2024 hingga 20 Mei 2024. Tarikh keputusan semak semula adalah dalam tempoh dua (2) bulan selepas tarikh tutup permohonan dan akan dihantar melalui sekolah masing-masing.

Permohonan Semak Semula Keputusan UPKK 2023

Apa Itu UPKK

Ujian Penilaian Kelas Kafa (KAFA) atau lebih dikenali dengan UPKK merupakan peperiksaan yang dilaksanakan kepada murid KAFA (darjah 5  / 11 tahun sahaja) sama ada yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) yang menggunakan sukatan pelajaran kurikulum KAFA JAKIM.

UPKK mempunyai lapan subjek yang terdiri daripada dua subjek amali, satu subjek ujian lisan dan lima subjek bertulis.

Untuk ujian ini, terdapat 8 mata pelajaran yang dinilai dalam Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) iaitu;

  1. Tilawah Al-Quran (UPKK 01)
  2. Ulum Syariah (Ibadah & Aqidah) (UPKK 02)
  3. Sirah (UPKK 03)
  4. Adab (UPKK 04)
  5. Jawi dan Khat (UPKK 05)
  6. Lughatul al-Quran (UPKK 06)
  7. Penghayatan Cara Hidup Islam (UPKK 07)
  8. Amali Solat (UPKK 08)

Penilaian Gred UPKK

Terdapat 5 penilaian gred UPKK yang menggambarkan tahap penguasaannpelajar iaitu;

  • A – CEMERLANG
  • B – BAIK
  • C – MEMUASKAN
  • D – LULUS TIDAK MENCAPAI TAHAP
  • TH – TIDAK HADIR

Kelebihan Peperiksaan UPKK

Sijil UPKK diperakui di seluruh Malaysia sebagai salah satu dokumen sokongan bagi permohonan pelajar untuk kemasukan tingkatan satu ke Sekolah Menengah Agama di seluruh Malaysia terutamanya sekolah di bawah pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sehingga kini, UPKK masih kekal relevan dan ia terbukti dengan pertambahan jumlah calon yang menduduki ujian tersebut.

Perkara ini sekaligus menunjukkan bahawa kesedaran masyarakat untuk menjadikan pendidikan KAFA sebagai pengukuhan kepada pendidikan Islam arus perdana semakin meningkat dan sebagai persediaan dari aspek rohani sebelum murid melangkah ke peringkat pendidikan menengah.

Keputusan UPKK malah turut dipersetujui oleh pihak Kementerian Pendidikan sebagai tambahan sokongan untuk kemasukan bakal pelajar ke tingkatan satu di sekolah khusus meliputi Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP), Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dikendalikannya.

Bahkan, murid yang cemerlang UPKK juga boleh dipertimbangkan untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) atau di Kelas Aliran Agama (KAA) di sekolah menengah harian dengan tambahan pelajaran Bahasa Arab.

Soalan Lazim (FAQ)

Bilakah semakan keputusan UPKK 2023 boleh dibuat?

Mulai 18 April 2024 (Khamis) jam 12.00 tengah hari

Bagaimana cara untuk membuat semakan keputusan UPKK?

1) Semakan secara atas talian di pautan
https://semakan.islam.gov.my/
2) Semakan secara sistem pesanan ringkas (SMS)
3) Semakan di sekolah mulai 19 April 2024 (Jumaat) jam 9.30 pagi

Berapakah subjek yang dinilai dalam peperiksaan UPKK?

8 subjek yang dinilai dalam peperiksaan UPKK iaitu;
1) Tilawah Al-Quran
2) Ulum Syariah
3) Sirah
4) Adab
5) Jawi dan Khat
6) Lughatul al-Quran
7) Penghayatan Cara Hidup Islam
8) Amali Solat 

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments