HomeZakat FitrahZakat Fitrah Melaka 2025: Kadar Dan Cara Bayaran Online

Zakat Fitrah Melaka 2025: Kadar Dan Cara Bayaran Online

Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah mengumumkan kadar zakat fitrah bagi negeri Melaka untuk tahun 2025.

Harga Zakat Fitrah di Melaka ada 3 (tiga) kadar yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 4/2024 bagi tahun ini.

Mesyuarat jawatankuasa tersebut bersetuju menetapkan kadar satu gantang Baghdad bagi beras Super Tempatan (Gred A) bersamaan 2.6 kilogram dan ditetapkan kepada tiga kadar.

Kaedah pembayaran boleh dilakukan menerusi dua kaedah iaitu secara bersemuka dan atas talian yang bermula bermula 1 Ramadan 1446H.

Lihat Juga: Berbuka Puasa Melaka 2025 dan Imsak (Jadual Waktu JAKIM)

Kadar Zakat Fitrah Melaka 2025 / 1446H

Kadar Zakat Fitrah Melaka 2025

Berikut adakah kadar zakat fitrah negeri Melaka berdasarkan jenis beras yang dimakan;

KadarJenis Beras
RM7.00Beras Super Special Tempatan 
RM15.00Beras Super Special Import (Thai/Wangsa)
RM22.00Beras Basmathi

Majlis Agama Islam Negeri Melaka (MAIM) menetapkan tiga kadar harga zakat fitrah pada tahun ini iaitu RM7, RM15 dan RM22.

Penetapan harga fitrah adalah berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan oleh kebanyakan umat Islam di negeri ini iaitu pada kadar timbangan satu gantang bersamaan dengan 2.6 kilogram.

Umat Islam di negeri ini yang menjadikan makanan hariannya beras daripada jenis Super Special Tempatan perlu membayar sebanyak RM7, manakala RM15 pula bagi mereka yang menjadikan makanan hariannya beras Super Special Import seperti beras putih import (Thai/Wangsa).

Bayaran RM22 pula dikenakan bagi mereka yang menjadikan beras Basmathi sebagai makanan harian.

Cara Bayar Zakat Fitrah Online Melaka 2025

Bagi mereka yang ingin menunaikan zakat fitrah ini terdapat dua kaedah yang boleh digunakan iaitu secara online ataupun pembayaran zakat fitrah melalui amil yang dilantik di seluruh negeri.

1. Bayaran Secara Atas Talian (Online)

Cara Bayar Zakat Fitrah Online Melaka 2025
  • Klik link pautan https://pay2.izakat.com/online_payment/fitrah 
  • Isikan maklumat diri dan jumlah tanggungan. Semak kadar zakat yang perlu dibayar – RM7, RM15 atau RM22 berdasarkan jenis beras yang dimakan. 
  • Buat pembayaran melalui FPX Perbankan Internet (Individu) dan klik ‘Pembayaran’. 
  • Transaksi anda akan BERJAYA! 
  • Anda akan terima resit pengesahan bayaran di emel yang didaftarkan sebagai rujukan..Nah! Zakat Fitrah anda telah selesai pada tahun ini. Syukur Alhamdulillah!!

2. Melalui Kaunter Kutipan Zakat

Waktu Operasi Kaunter Kutipan Zakat Sepanjang Bulan Ramadan 2025 / 1446H

Waktu Operasi adalah seperti berikut:-

IBU PEJABAT Zakat Melaka & Cawangan Zakat Melaka (Alor Gajah, Masjid Tanah, Merlimau & Jasin)

  • 8.00 pagi – 4.30 petang (Isnin – Jumaat)
  • 12.30 tengahari – 2.30 petang – REHAT (Jumaat)

Zakat Melaka Cawangan Pulau Sebang

  • 8.00 pagi – 4.30 petang (Isnin – Jumaat)
  • 1.00 petang – 1.30 petang – REHAT
  • 12.30 tengahari – 2.30 petang – REHAT (Jumaat)

 Zakat Melaka Cawangan UTC

  • 8.00 pagi – 4.30 petang (Isnin – Ahad)
  • 1.00 petang – 1.30 petang – REHAT
  • 12.30 tengahari – 2.30 petang – REHAT (Jumaat)
Waktu Operasi Kaunter Zakat Melaka Sepanjang Ramadhan

Info dan Maklumat Lanjut

Lihat juga kadar zakat fitrah bagi negeri-negeri lain;

Soalan Lazim Mengenai Zakat Fitrah Negeri Melaka

berikut adalah FAQ Bayaran Zakat Fitrah mengikut harga beras yang di makan di negeri Melaka tahun ini.

1. Apakah maksud “Bayaran Zakat Fitrah Mengikut Harga Beras Yang Dimakan?”

Bayaran Zakat Fitrah adalah berdasarkan harga beras yang dimakan oleh individu dan keluarga.

2. Apakah hukum dan dalil galakan individu yang ingin membayar Zakat Fitrah mengikut harga beras yang dimakan?

Hukumnya adalah sunat dan digalakkan individu yang ingin membayar Zakat Fitrah mengikut harga beras yang dimakan berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW:

“Dari Abi Sa’id Al-Khudri ra: Sesungguhnya kami di zaman Rasulullah SAW memberinya (membayar Zakat Fitrah) satu sha’ dari makanan yang dimakan, satu sha’ dari kurma.”(Sahih Bukhari)

3. Kenapa kita digalakkan membayar Zakat Fitrah mengikut harga beras yang dimakan?

Ia adalah kebajikan bagi yang berkemampuan, dan lebihan zakat disalurkan kepada fakir miskin.

Firman Allah SWT:
“Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya.” (Al-Baqarah 184)

4. Apakah perkara ini telah difatwakan?

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 04/2024 pada 5 Disember 2024 menetapkan kadar Zakat Fitrah 1446H / 2025M dengan tiga kadar:

RM7.00 – Kadar minimum wajib bagi pengguna Beras Super Special Tempatan / Super Tempatan.
RM15.00 – Kadar bagi pengguna beras jenis Super Special Import, Thai/Siam, Wangi dan seumpamanya.
RM22.00 – Kadar bagi pengguna beras Basmathi yang menjadi makanan harian individu Muslim di Negeri Melaka.

5. Bagaimanakah kaedah kiraan Zakat Fitrah mengikut harga beras yang dimakan?

Rujuk jadual Zakat Fitrah mengikut harga beras yang telah disediakan oleh pihak Zakat Melaka dalam dokumen “Diri dan Tanggungan”.

6. Berapakah bayaran Zakat Fitrah sekiranya terdapat ahli keluarga yang makan beras melebihi kadar RM7.00 atas sebab kesihatan?

Kadar bayaran Zakat Fitrah bagi ahli keluarga tersebut adalah mengikut kadar umum iaitu RM7.00.

FAQ BAYARAN ZAKAT FITRAH MENGIKUT HARGA BERAS YANG DIMAKAN MELAKA 2025
RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments