HomeUcapanContoh Ucapan, Doa dan Poster Tahniah Keputusan SPM 2024

Contoh Ucapan, Doa dan Poster Tahniah Keputusan SPM 2024

Contoh Ucapan, Doa dan Poster Tahniah Keputusan SPM 2024!

Saat yang dinanti-nantikan oleh ribuan pelajar seluruh negara akhirnya tiba – keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 telah diumumkan. 

Ini merupakan detik penting dalam kehidupan setiap pelajar kerana ia menandakan penamat kepada fasa persekolahan menengah dan permulaan kepada haluan baharu dalam dunia pendidikan tinggi dan kerjaya.

Sebagai ibu bapa, guru, rakan atau ahli keluarga, kita pasti ingin mengucapkan tahniah atas usaha dan pencapaian anak-anak ini. 

Berikut kami himpunkan contoh ucapan tahniah, doa penuh makna dan poster menarik untuk dikongsi secara digital mahupun fizikal.

Tarikh Pengumuman & Cara Semakan Keputusan SPM 2024

Tarikh Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2024

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 akan diumumkan pada 24 April 2025 (Khamis).

Seramai 402,956 calon telah menduduki peperiksaan SPM 2024 di 3,337 pusat peperiksaan di seluruh negara. Pengumuman ini melibatkan kedua-dua calon sekolah dan calon persendirian.

Cara Semakan Keputusan SPM 2024

Kaedah Semakan Keputusan SPM Tahun 2024

Calon boleh membuat semakan keputusan SPM melalui tiga kaedah berikut:

1. Hadir ke Sekolah atau JPN

  • Calon sekolah: Ambil keputusan di sekolah masing-masing mulai jam 10.00 pagi.
  • Calon persendirian: Semakan melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau keputusan akan dihantar melalui pos.

2. Secara Dalam Talian

3. Secara SMS

  • Taip: SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran
  • Hantar ke: 15888
  • Aktif mulai 24 April hingga 30 April 2025

Contoh Ucapan Tahniah Keputusan SPM 2024

Berikut adalah beberapa contoh ucapan tahniah bagi pelajar-pelajar yang mengambil keputusan SPM 2024;

Ucapan Umum

  • Sekalung tahniah dan syabas kepada semua calon SPM 2024 atas pencapaian anda. Semoga kejayaan ini menjadi pembuka jalan kepada masa depan yang cemerlang.”
  • Kejayaan dalam peperiksaan SPM ini adalah bukti usaha gigih dan semangat juang anda semua. Teruskan melangkah dengan yakin demi masa depan yang gemilang.”
  • Tahniah kepada semua pelajar SPM 2024. Jadikan keputusan ini sebagai motivasi untuk terus berjaya dalam dunia dan akhirat.”
  • Syabas atas usaha dan ketabahan anda menghadapi cabaran peperiksaan. Semoga Allah memberkati ilmu yang diperoleh dan membuka lebih banyak pintu kejayaan.”
  • Kepada semua penerima keputusan SPM 2024, kami bangga dengan anda. Teruskan mengejar impian dengan semangat dan keyakinan. Masa depan anda baru sahaja bermula.
  • Congratulations to all SPM 2024 students. Your hard work has paid off. Keep striving for excellence.
  • Well done, Class of SPM 2024! May this achievement be the beginning of greater success ahead.
  • Proud of your dedication and effort. Your journey doesn’t end here — it begins today.
  • Success is not the end, but a step forward. Keep learning, keep growing.
  • To all SPM 2024 candidates — you’ve made us proud. Aim high and stay strong.

Ucapan untuk anak sendiri

  • Tahniah sayang! Segala usaha, air mata dan penat lelahmu akhirnya dibalas. Kami bangga dengan pencapaianmu. Ini baru permulaan. Teruskan melangkah menuju impianmu.”
  • Tahniah anakku tersayang… Ibu dan ayah saksi setiap titisan peluh dan air matamu. Setiap doa kami kini terjawab. Kejayaanmu hari ini adalah hadiah paling berharga dalam hidup kami. Jangan pernah berhenti bermimpi, kami akan sentiasa berada di belakangmu, selamanya.
  • Anakku, kamu bintang yang semakin bersinar. Keputusan ini bukan sekadar angka, tapi simbol ketabahan, kesungguhan dan semangatmu. Teruskan melangkah dengan yakin, insya-Allah masa depan yang gemilang sedang menantimu. Kami doakan segalanya terbaik untukmu, selalu.
  • Kami tak perlukan A untuk bangga, cukup dengan usaha jujur dan doa yang tak pernah putus. Tapi hari ini, kamu beri lebih dari itu – kamu buktikan bahawa harapan dan cinta kami bukan sia-sia. Terima kasih kerana menjadi anak yang luar biasa. Kami sayang kamu sepenuh hati.

Buat sahabat atau rakan sekolah

  • Syabas atas kejayaanmu! Kau memang layak mendapat keputusan cemerlang. Semoga langkahmu selepas ini lebih berjaya dan bermakna.
  • Tahniah sahabatku! Dari hari pertama kita duduk sebelah-menyebelah di kelas, aku tahu kau bukan calang-calang orang. Ingat tak masa kita ulang kaji subjek Sejarah sampai tak tidur malam? Hari ni semua tu terbayar dengan keputusan hebat kau. Aku bangga sangat! Teruskan perjuangan, dunia luar sedang tunggu kau bersinar.
  • Syabas bro/sis! Kau memang legend. Walaupun kita selalu gelak-gelak waktu belajar, kau buktikan yang usaha tetap menang. Doa aku sentiasa dengan kau. Moga terus berjaya, dan jangan lupa kita tetap kawan sampai bila-bila!
  • Kejayaanmu hari ini adalah hadiah buat semua yang mengenalmu. Aku tahu betapa gigihnya kau belajar walau kadang-kadang letih dan hampir putus asa. Tapi kau tak pernah berhenti. Aku doakan agar SPM ini jadi langkah pertama ke arah masa depan yang lebih gemilang. Jangan lupa, aku sentiasa ada untuk kau – dalam kejayaan, juga dalam perjuangan.

Daripada Guru Kepada pelajar

  • Anak-anak didik cikgu, kejayaan ini adalah milik kamu. Usaha gigih dan semangat juang kamu menjadi inspirasi kepada semua. Teruskan berusaha dalam dunia sebenar yang bakal kamu terokai.
  • Tahniah kepada semua anak didik atas kejayaan SPM. Kejayaan ini adalah hasil titik peluh dan kesungguhan kalian. Semoga terus maju jaya dan menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara.
  • Anak-anak cikgu, kalian telah membuktikan bahawa usaha tidak mengkhianati hasil. Cikgu doakan kalian terus kuat, terus hebat dan terus melangkah dengan yakin ke masa depan.
  • Setiap huruf yang kamu tulis di kertas peperiksaan adalah harapan dan doa yang kamu semai. Hari ini, benih itu telah tumbuh menjadi kejayaan. Cikgu bangga dengan kamu semua.
  • Terima kasih kerana menjadi pelajar yang kuat dan tabah. Keputusan SPM ini bukan penamat, tapi permulaan untuk langkah lebih besar. Cikgu sentiasa doakan yang terbaik buat kamu.

Untuk dikongsi di media sosial sekolah atau organisasi

  • Sekalung tahniah kepada semua calon SPM 2024! Kami bangga dengan pencapaian anda. Teruslah bersemangat dalam mengejar kejayaan dunia dan akhirat.
  • Warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua calon SPM 2024. Semoga kejayaan ini menjadi permulaan kepada masa depan yang lebih gemilang.
  • Setiap usaha yang kalian curahkan akhirnya membuahkan hasil. Tahniah atas kejayaan ini! Kami bangga menjadi sebahagian daripada perjalanan kalian.
  • Tahniah anak-anak didik! Dunia sebenar kini menanti. Teruskan melangkah dengan semangat dan nilai murni yang ditanam di sini.
  • Kejayaan ini bukan noktah, ia titik mula. Warga sekolah mendoakan agar kalian terus berjaya dan menjadi insan yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Untuk Yang Tidak Berjaya Atau Kurang Memuaskan

Walaupun tidak berjaya seperti yang diharapkan, mereka tetap wajar diraikan  dengan dorongan, kasih sayang dan harapan, agar mereka tahu bahawa kegagalan bukan akhir segalanya, tetapi permulaan untuk bangkit semula. 

Berikut adalah ucapan yang sesuai:

  • “Kami tahu ini bukan keputusan yang kamu impikan. Tapi ketahuilah, kegagalan hari ini bukan penamat segalanya. Rehat seketika, bangkit semula. Doa kami sentiasa mengiringi langkahmu.”
  • “Tidak mengapa jika hari ini tidak memihak padamu. Usahamu tetap membanggakan. Ingat, nilai seseorang bukan diukur pada slip keputusan, tetapi pada keberanian untuk terus mencuba.”
  • “SPM hanyalah satu bab dalam buku hidupmu. Bab seterusnya masih boleh kamu tulis dengan penuh warna. Jangan putus asa. Dunia masih perlukan orang sepertimu — yang kuat dan tidak pernah menyerah.”
  • “Cikgu tak bangga dengan A semata-mata, cikgu bangga bila kamu terus berani mencuba. Jangan sesekali rasa rendah diri. Masih banyak jalan menuju kejayaan. Dan cikgu yakin, satu hari nanti kamu akan berjaya, dengan cara dan masa kamu sendiri.”

Lihat Juga: Semakan Semula SPM 2024: Cara, Bayaran & Permohonan Online

Doa Menerima Keputusan SPM 2024

  • Ya Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui, kami bersyukur atas setiap keputusan yang Engkau takdirkan. Jika ia kejayaan, jadikanlah ia pintu kepada lebih banyak kebaikan. Jika ia kurang dari harapan, jadikanlah ia kekuatan untuk kami bangkit semula.
  • Ya Allah, bimbinglah anak-anak kami ke jalan yang lurus, kurniakanlah ketenangan dalam hati mereka, dan tunjukkanlah peluang-peluang rezeki dan ilmu yang terbaik buat masa depan mereka. Jangan Kau biarkan mereka merasa lemah, kerana Engkaulah sebaik-baik Penolong.”
  • “Kuatkan iman mereka, luruskan niat mereka, dan satukanlah langkah mereka dalam mencari reda-Mu. Jadikan mereka insan berguna di dunia dan akhirat. Amin, ya Rabbal ‘Alamin.

Koleksi Poster Tahniah Keputusan SPM 2024 

Berikut adalah beberapa contoh dan idea poster ucapan tahniah kepada calon atau pelajar yang mengambil keputusan SPM 2024

10A you did it

Apa Selepas Keputusan SPM? (Panduan Laluan Seterusnya)

Jangan berhenti di sini. Keputusan SPM hanyalah titik permulaan. Berikut beberapa halatuju selepas SPM:

LaluanKeterangan Ringkas
IPG / Temuduga UPUUntuk pelajar yang minat jadi guru.
Politeknik / Kolej KomunitiLaluan TVET untuk kemahiran dan pekerjaan pantas.
Asasi / MatrikulasiUntuk pelajar cemerlang yang ingin sambung ke IPTA.
SPM Ulangan JulaiUntuk yang mahu baiki keputusan satu subjek penting.
RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments