HomeZakat FitrahZakat Fitrah Kelantan 2025 Online: Kadar & Cara Bayaran Mudah

Zakat Fitrah Kelantan 2025 Online: Kadar & Cara Bayaran Mudah

Bayaran Zakat Fitrah Kelantan Kini Lebih Mudah Secara Online!

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menetapkan kadar Zakat Fitrah dan Nisab Zakat Harta bagi negeri Kelantan untuk tahun 1446H/2025M selepas mendapat perkenan daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Umat Islam di negeri ini boleh menunaikan zakat fitrah secara online melalui portal rasmi MAIK, bermula 1 Ramadan sehingga sebelum solat sunat Aidilfitri pada 1 Syawal. Selain itu pembayaran juga boleh dibuat melalui amil / melalui kaunter MAIK.

Terdapat tiga kadar zakat yang telah diumumkan di mana MAIK menggalakkan pembayaran zakat fitrah berdasarkan keselesaan menurut harga beras yang dimakan.

Lihat Juga: Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Kelantan 2025

Kadar Zakat Fitrah Kelantan bagi tahun 2025 / 1446H

Kadar Zakat Fitrah Kelantan bagi tahun 2025 : 1446H

Kadar zakat fitrah yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bagi tahun 2025 / 1446H adalah RM8.00, RM14.00, dan RM21.00, bergantung kepada jenis beras yang dimakan oleh pembayar zakat.

Ia adalah berdasarkan sukatan satu gantang Baghdad yang bersamaan dengan 2.6 kilogram beras, yang merupakan jumlah keperluan makanan harian individu.

Kelantan menetapkan tiga kadar zakat fitrah bagi tahun ini, sama dengan kebanyakaan negeri lain yang menetapkan pada 3 kadar harga zakat fitrah. Pembayar zakat digalakkan untuk memilih kadar yang bersesuaian dengan jenis beras yang dimakan dalam kehidupan seharian.

Kadar Nisab Zakat Harta Negeri Kelantan 1446H/2025M

Kadar Nisab Zakat Harta bagi tahun ini ialah sebanyak RM29,376.00, iaitu jumlah minimum harta yang diwajibkan zakat sekiranya mencapai tempoh haul (setahun).

Cara Bayaran Zakat Fitrah Kelantan 2025

1. Pembayaran Dalam Talian (Online) dan Digital

Pembayaran zakat fitrah secara online boleh dibuat melalui portal rasmi MAIK seperti berikut:

2. Pembayaran Melalui Kaunter Zakat MAIK

Kaunter pembayaran dibuka setiap hari sepanjang bulan Ramadan, termasuk:

  • Hari Biasa: 8:00 pagi – 5:00 petang
  • Jumaat, Sabtu & Cuti Umum: 8:30 pagi – 5:00 petang

Lokasi

  • Kaunter MAIK
  • Kaunter Baitulmal di masjid-masjid bandar dan jajahan

3. Pembayaran Melalui Amil yang Ditauliahkan

bayaran melalui amil
Seorang lelaki sedang membayar zakat fitrah kepada amil bertauliah di Kelantan bagi memenuhi tuntutan zakat sebelum Aidilfitri. Proses ini dilakukan secara tunai dengan resit sebagai bukti pembayaran, memastikan zakat sampai kepada golongan asnaf yang memerlukan.
  • Bayaran boleh dibuat melalui amil yang dilantik secara rasmi oleh MAIK.
  • Pastikan amil mempunyai tauliah dan resit rasmi.

Resit / Kupon Zakat Fitrah Kelantan

Kupon-rasmi-Zakat-Fitrah-Kelantan-2025

Apabila membuat bayaran zakat fitrah melalui amil bertauliah, pastikan anda mendapatkan resit rasmi sebagai bukti pembayaran. Kupon rasmi zakat fitrah mengandungi maklumat penting seperti:

  • Nombor Siri Kupon – Contoh No. 0010454 sebagai rujukan rasmi pembayaran.
  • Nama Institusi – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), badan yang menguruskan zakat fitrah di Kelantan.
  • Jumlah Bayaran – RM8.00, RM14.00, atau RM21.00, mengikut kadar harga beras yang dimakan.
  • Tahun Zakat – 1446H / 2025M.
  • Tandatangan Amil – Kupon ini hanya sah dengan tanda tangan amil bertauliah yang dilantik.
  • Tujuan – Sebagai bukti sah penerimaan zakat fitrah bagi seorang individu.

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah

Waktu-Mengeluarkan-Zakat-Fitrah ada 5
  • WAJIB – Selepas terbenam matahari pada hari terakhir bulan Ramadan.
  • SUNAT – Pada waktu Subuh Hari Raya sebelum umat Islam menunaikan solat sunat Hari Raya.
  • MAKRUH – Selepas solat sunat Hari Raya sehingga akhir waktu Hari Raya. Dikira berdosa dan wajib qada’.
  • HARUS – Sepanjang bulan Ramadan. 
  • HARAM – Selepas 1 Syawal dan seterusnya. Dikira berdosa dan wajib qada’.

Syarat Wajib Mengeluarkan Fitrah

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

  1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  4. Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan tentang zakat fitrah ini, boleh merujuk laman rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan melalui Facebook;

https://www.facebook.com/maikkelantanofficial

Anda juga boleh merujuk Portal Rasmi MAIK melalui pautan berikut;

https://www.e-maik.my

Lihat juga kadar Zakat Fitrah negeri-negeri lain

Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Zakat Fitrah Kelantan

Berapakah kadar zakat fitrah negeri Kelantan tahun 2025?

Kadar zakat fitrah bagi tahun 1446H/2025M adalah seperti berikut:
1) RM8.00 (kadar asas)
2) RM14.00 (mengikut harga beras yang dimakan)
3) RM21.00 (mengikut harga beras yang dimakan)

Bagaimana cara pembayaran zakat fitrah di negeri Kelantan?

Melalui kaedah berikut
1) Online: www.e-maik.my atau https://efitrah.e-maik.my/
2) Kaunter MAIK & masjid: Pembayaran secara fizikal
3) Melalui amil: Pastikan amil mempunyai tauliah rasmi

Apakah hukum menunaikan zakat fitrah?

Zakat fitrah adalah WAJIB ke atas setiap individu Muslim yang berkemampuan.

Bilakah waktu terbaik untuk membayar zakat fitrah?

Sebaik-baiknya awal Ramadan supaya agihan kepada fakir miskin dapat dilakukan lebih awal.

Lihat Juga

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments