HomeInfoATM Tukar Duit Raya 2025: Maybank, CIMB, Bank Islam & Lain

ATM Tukar Duit Raya 2025: Maybank, CIMB, Bank Islam & Lain

Tukar duit raya kini lebih mudah! Tak perlu ke kaunter atau beratur panjang, gunakan ATM untuk tukar duit raya di lokasi terpilih seluruh negara.

Mesin ATM ini membolehkan anda mendapatkan wang kertas baharu dengan cepat dan mudah. Tiada lagi keperluan untuk runner atau beratur panjang di kaunter.

Tahun ini, Maybank, CIMB, Bank Islam & Affin dijangka akan menyediakan ATM Tukar Duit Raya khas.

Dengan hanya beberapa langkah mudah, anda boleh menukar wang kertas baru RM10, RM20, RM50 dan RM100 di ATM terpilih. Ini menjimatkan masa serta mengurangkan kesesakan di bank.

Lihat Juga: Lokasi Mesin Tukar Duit Syiling Mengikut Bank Di Setiap Negeri

Senarai Bank Sediakan ATM Duit Raya 2025

Setiap tahun, beberapa bank utama di Malaysia menawarkan pertukaran duit raya melalui mesin ATM masing-masing. Ini memudahkah urusan pelanggan mendapatkan wang kertas baharu tanpa perlu beratur di kaunter. 

Setakat ini beberapa bank telah umumkan penyediaan perkhidmatan ATM tukar duit raya 2025

Sudah Umum Tarikh dan Lokasi

  • Bank Islam
  • CIMB

Belum Umum Tarikh Dan Lokasi

  • Maybank,
  • Affin Bank; dan
  • lain-lain bank (tapi tak banyak).

CIMB Bank

Tahun ini, CIMB Bank menyediakan ATM khas untuk tukar duit raya bermula 17 Mac 2025 hingga 31 Mac 2025, atau selagi stok masih ada.

Mesin ini menyediakan wang kertas RM10 baharu, namun perkhidmatan ini hanya tersedia di 29 lokasi ATM CIMB terpilih di seluruh Malaysia.

Berikut adalah senarai lokasi ATM CIMB yang menawarkan perkhidmatan tukar duit raya mengikut negeri:

Johor

  • Kluang – No. 55, Ground Floor, Jalan Rambutan, 86000, Kluang
  • Kulai Jaya – No 38, Jalan Kenanga 29/3, Genting Indrapura, 81000, Kulai Jaya
  • Segamat – 113 & 114, Jalan Genuang, 85000, Segamat

Kedah

  • Sungai Petani – A10, Jalan Kampung Baru, 08000, Sungai Petani
  • Kulim – 254A, Wisma Koperasi, Jalan Tuanku Putra, 09000, Kulim
  • Mergong – 106-A, Seberang Jalan Putra, Mergong, 05150, Alor Setar

Kelantan

  • Pasir Mas – 110, Serakai Mas Plaza, 17000, Pasir Mas
  • Kubang Kerian – PT 1699, Jalan Raja Perempuan Zainab 2, Bandar Baru Kubang Kerian, 16150, Kota Bharu

Melaka

  • Kota Laksamana – No 69 & 71, Grd & 1st Floor, Jalan KL 3/8, Seksyen 3, Kota Laksamana, 75200

Negeri Sembilan

  • Seremban – 1A, Wisma Dewan Perniagaan Melayu Negeri Sembilan, Jalan Dato’ Bandar Tunggal, 70000

Pahang

  • Jerantut – 23, Jalan Tahan, 27000, Jerantut

Perak

  • Teluk Intan – No 32 & 33, Jalan Pasar, 36000, Teluk Intan
  • Kuala Kangsar – No.95 & 96, Pusat Komersil Jalan Kangsar, 33000, Kuala Kangsar

Perlis

  • Kangar – 44-47, Jalan Penjara, 01000, Kangar

Pulau Pinang

  • Jalan Mahsuri, Bayan Baru – 32, Jalan Mahsuri, Bandar Bayan Baru, 11950
  • Pusat Bandar Seberang Jaya – 1, Jalan Todak 3, Bandar Baru Seberang Jaya, 13700

Selangor

  • Shah Alam – No 12 & 13, Plaza Azalea, Persiaran Bandaraya, Seksyen 1, 40000
  • Taman Seri Gombak – 2 & 4, Jalan SG 1/2, Taman Seri Gombak, 68100, Batu Caves
  • Teluk Panglima Garang – No. 26, 28 & 30, Ground Floor, Jalan Utama 55, Taman Jaya Utama 2, 42500
  • Cyberjaya – Prima S-A, Jalan Teknokrat 5, 63000
  • Kajang – Ground & First Floor, Block A2 & A3, MKH Avenue, Jalan Avenue 1A, 43000

Terengganu

  • Dungun – 3679 & 3680, Bangunan UMNO, Jalan Besar, 23000

Sabah

  • Lahad Datu – MDLD 3269 Block 1, Lot 4 Fajar Centre, 91100, Lahad Datu
  • Kota Kinabalu – No. B-G-5 & B-1-83, Ground & 1st Floor, Lorong Riverson @ Sembulan Off Jalan Coastal, 88100

Sarawak

  • Miri Times Square – D-G-17 & D-G-18, Miri Times Square @ Marina Park City, Miri City Centre, 98000
  • Jalan TAR Kuching – Lot 170 & 171, Section 49 KTLD, Jalan Chan Chin Ann, 93250

Kuala Lumpur

  • Sungai Besi – No. 59, Jalan Tasik Utama 8, Medan Niaga Tasik Damai, 57000
  • Menara CIMB KL Sentral – Ground Floor, Menara CIMB, Jalan Stesen Sentral 2, 50470

Sumber: Website CIMB

Bank Islam

Untuk makluman, sebelum ini pada 10 Mac hingga 14 Mac 2025, Bank Islam telah membuka tempahan tukar duit raya melalui kempen Jom Tukar Duit Raya.

Sambutan yang luar biasa menyebabkan semua peruntukan duit raya habis ditempah, dan ada pelanggan yang tidak sempat membuat tempahan.

Namun, bagi yang terlepas peluang, anda masih boleh menukar duit raya di ATM Bank Islam terpilih bermula 17 Mac 2025, selagi stok masih ada.

Bagi tahun 2025, ATM Bank Islam yang terpilih menyediakan wang kertas berkualiti dan duit baru dalam denominasi RM10, RM20, RM50, dan RM100 bagi memudahkan pelanggan menukar duit raya.

Berikut adalah lokasi ATM tukar duit raya Bank Islam;

Selangor

  • Kajang – ATM No. 8353 (RM50, RM10)
  • Rawang – ATM No. 8289 (RM50, RM10)
  • Seksyen 18, Shah Alam – ATM No. 8411 (RM100, RM20)
  • Cyberjaya – ATM No. 8485 (RM50, RM50)
  • Bukit Jelutong – ATM No. 8487 (RM100, RM20)
  • Sungai Buloh – ATM No. 8385 (RM100, RM20)

Kuala Lumpur

  • Menara Bank Islam – ATM No. 8210 (RM50, RM10)
  • Taman Melawati – ATM No. 8952 (RM50, RM10)
  • Bandar Tasik Permaisuri – ATM No. 8430 (RM50, RM20)
  • Bandar Tasik Permaisuri – ATM No. 8431 (RM50, RM10)

Negeri Sembilan

  • Tampin – ATM No. 8282 (RM50, RM20)
  • Port Dickson – ATM No. 8512 (RM50, RM50)
  • Bandar Baru Nilai – ATM No. 8598 (RM100, RM20)

Johor

  • Johor Bahru – ATM No. 8310 (RM100, RM20)
  • Batu Pahat – ATM No. 8560 (RM100, RM20)

Melaka

  • Ayer Keroh – ATM No. 8252 (RM50, RM10)

Perak

  • Meru Raya, Ipoh – ATM No. 8482 (RM100, RM20)

Pulau Pinang

  • Butterworth – ATM No. 8268 (RM50, RM10)

Pahang

  • Temerloh – ATM No. 8533 (RM100, RM20)
  • Putra Square, Kuantan – ATM No. 8372 (RM100, RM20)

Sabah

  • Lahad Datu – ATM No. 8688 (RM50, RM10)
  • Alamesra, Kota Kinabalu – ATM No. 8523 (RM50, RM10)
  • Keningau – ATM No. 8684 (RM100, RM20)

Nota Penting: Perkhidmatan ini tidak tersedia di negeri Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Sumber: Facebook Bank Islam Malaysia Berhad 

  • ATM Tukar Duit Raya Bank Islam 2025 01
  • ATM Tukar Duit Raya Bank Islam 2025 02
  • ATM Tukar Duit Raya Bank Islam 2025 03

Maybank

Berdasarkan rekod tahun lalu, Maybank adalah antara bank popular yang menjadi pilihan untuk tukar duit raya di mesin ATM. 

Pelanggan boleh menukar wang kertas baru dengan denominasi RM10 dan RM50 di cawangan terpilih.

Untuk tahun ni belum keluar lagi list cawangan “ATM Raya 2025 – List of branches”. Dijangkakan dalam masa terdekat ini (1 minggu atau 2 minggu sebelum raya) Maybank akan umum lokasi terkini.

Tapi untuk rujukan tahun lalu, boleh lihat senarai berikut;

Maybank ATM Tukar Duit Raya 2024 1
Maybank ATM Tukar Duit Raya 2024 2

Langkah-langkah pertukaran di ATM Maybank:

  • Pergi ke ATM Maybank terpilih yang mempunyai tanda khas “ATM Duit Raya”.
  • Masukkan kad dan pilih “Pengeluaran”.
  • Pilih jumlah yang hendak ditukar (RM50 atau RM10).
  • Selesaikan transaksi – maksimum RM300 setiap transaksi.

Affin Bank

Tahun lalu, Affin Bank dan Affin Islamic menyediakan perkhidmatan ATM Tukar Duit Raya di 230 cawangan seluruh Malaysia. Pengguna boleh mendapatkan wang kertas RM10 dan RM50, selagi stok masih ada.

  • Tempoh perkhidmatan: Sehingga kehabisan stok
    Denominasi yang disediakan: RM10 & RM50

Untuk senarai lengkap lokasi ATM Tukar Duit Raya Affin Bank, sila rujuk notis rasmi di laman web Affin Bank https://www.affinalways.com/ 

Jika Affin Bank meneruskan perkhidmatan ini untuk tahun 2025, ia dijangka akan bermula sekitar 17 Mac 2025 (2 minggu atau 1 sebelum raya). 

Untuk makluman, tarikh gaji bulan 3 sektor awam adalah 24 Mac 2025.

Bank Lain (Am Bank)

Walaupun tidak sebanyak bank lain, AmBank juga menawarkan ATM Tukar Duit Raya, tetapi hanya membenarkan pertukaran wang kepada RM10 sahaja.


Lihat Juga:

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments