Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah mengumumkan kadar zakat fitrah negeri Kedah bagi tahun 2024 bersamaan tahun 1445 Hijrah.
Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang juga merangkap Pengerusi Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Datuk Norizan Khazali Datuk Norizan Khazali berkata, penetapan kadar itu adalah berdasarkan harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan kebanyakan umat Islam di Kedah pada kadar timbangan satu gantang Baghdad yang bersamaan 2.6 kilogram beras.
Pembayaran bagi zakat fitrah ini boleh dibuat secara dalam talian (online) atau pembayaran melalui amil yang dilantik oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).
Berbanding tahun lalu yang mempunyai 4 kadar, pada tahun ini Kedah menetapkan 3 kadar bayaran sahaja iaitu RM7.00, RM14.50 dan RM22.00.
Kadar Zakat Fitrah Negeri Kedah bagi tahun 2024 / 1445H
Kadar | Jenis Beras |
RM 7.00 | Beras Super Spesial Tempatan (5% hancur |
RM 14.50 | Beras Super Import, Beras Perang, Beras Pulut, Herba Ponni, Beras Wangi |
RM 22.00 | Beras Basmathi, Beras Jepun, Beras Merah dan setaraf dengannya. |
Kadar RM 7.00 adalah untuk umat Islam di negeri Kedah yang menjadikan makanan hariannya beras daripada jenis super spesial tempatan (5% hancur) dan setaraf dengannya.
Sementara kadar RM 14.50 bagi umat Islam di negeri Kedah yang menjadikan makanan hariannya beras daripada jenis super import, beras perang, beras pulut, herba ponni, beras wangi dan setaraf dengannya.
Manakala harga RM 22.00 pula adalah untuk umat Islam di negeri Kedah yang menjadikan makanan hariannya beras daripada jenis basmathi, beras jepun, beras merah dan setaraf dengannya.
Cara Bayaran Zakat Fitrah Negeri Kedah bagi tahun 2024
Bagi memudahkan orang ramai, LZNK sediakan 24 kaedah bayaran, termasuk secara dalam talian bagi membayar zakat fitrah seperti menerusi portal dan aplikasi rasmi LZNK iaitu Portal Jom Zakat, aplikasi Zakat On Touch, MyAmil dan Kiosk layan diri LZNK.
Bayaran online
Bayaran secara online boleh dibuat melalui platform berikut;
Selain itu, bayaran zakat fitrah ini juga boleh dibuat secara atas talian melalui platform berikut;
- Portal Rasmi Jom Zakat Negeri Kedah
- Portal Zakat Fitrah Kedah
- Aplikasi Zakat On Touch & My Amil
https://www.zakatkedah.com.my/profil/qr.html
- 13 platform Perbankan Internet seperti Maybank2u, CIMB Clicks, Bank Islam Go dan lain-lain lagi.
- 5 aplikasi perkhidmatan E-Wallet seperti Touch n Go, Boost, TheNoor, GoPayz, dan MyPay.
- 3 Portal Pembayaran seperti MyEG, PayHalal dan Mercy Malaysia
Bayaran Melalui Amil Zakat
Pada tahun ini, seramai 2,707 orang amil yang dilantik LZNK di seluruh negeri Kedah Darul Aman akan menggunakan kaedah digital sepenuhnya bagi menerima pembayaran zakat fitrah mengikut kaedah seperti berikut:
- Pembayaran secara bersemuka menggunakan Sistem MyAmil;
- Memaparkan QR Code untuk diimbas oleh pembayar atau; dan
- Berkongsi Link Pembayaran melalui whatsapp atau medium perhubungan yang lain kepada pembayar untuk diakses bagi membuat pembayaran zakat fitrah.
Melalui kaedah digital di atas, para pembayar tidak lagi akan menerima kupon/resit secara manual seperti sebelum ini, akan tetapi resit pembayaran zakat fitrah akan diberikan melalui pautan yang akan dihantar ke sistem pesanan ringkas (SMS) nombor telefon masing- masing.
Walau bagaimanapun, bagi amil atau pembayar yang menghadapi masalah untuk menggunakan kaedah digital, LZNK masih menyediakan ruang kaedah pembayaran menggunakan kupon zakat fitrah melalui amil yang terpilih sahaja dengan kuantiti yang sangat terhad.
LZNK ingin mengingatkan kepada semua rakyat Negeri Kedah untuk membuat pembayaran zakat fitrah melalui platform digital yang telah disenaraikan atau melalui amil yang bertauliah sahaja. Setiap amil akan dibekalkan dengan kad kuasa masing-masing dan orang ramai adalah digalakkan untuk membuat semakan kad kuasa tersebut bagi tujuan pengesahan sebelum membuat pembayaran.
Selain itu, LZNK juga akan menjalankan Kempen Sedekah Foodbank bermula Ramadan tahun ini bagi membuka peluang kepada masyarakat supaya dapat bersama-sama bersedekah bagi memastikan tiada rakyat Kedah yang kelaparan atau terputus bekalan makanan.
Melalui kempen ini, LZNK mensasarkan agihan makanan asas sebanyak RM 15 juta setahun kepada seramai 23,600 keluarga sebulan melalui 585 buah Masjid serta 9 buah NGO Mualaf seluruh Kedah.
Adakah harus mengeluarkan zakat fitrah dengan wang?
Bagi menjawab persoalan ini, terdapat khilaf ulama iaitu;
1. Mengikut mazhab Syafiie, Maliki dan Hambali; zakat fitrah wajib dikeluarkan dalam bentuk makanan asas setempat. Tidak harus dikeluarkan dalam bentuk wang sekalipun yang sama harga dengan makanan yang wajib dikeluarkan zakat mengikut nilaian semasa.
2. Menurut mazhab Hanafi; harus mengeluarkan zakat fitrah dengan wang yang sama nilai dengan harga satu gantang makanan asas tadi jika itu lebih memberi manfaat kepada fakir miskin. Pandangan mazhab Hanafi ini ditarjih oleh Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dalam kitabnya Fiqh Zakat.
Fatwa di dalam negara kita Malaysia menerima pandangan yang mengharuskan pembayaran zakat fitrah menggunakan wang berdasarkan nilaian makanan asasi.
Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah telah memutuskan berkenaan hukum membayar fitrah dengan harga, iaitu wang tunai.
“Jawatankuasa berpendapat harus bagi kaum muslimin di dalam negeri Kedah membayar zakat fitrah yang wajib ke atas mereka dengan harga makanan (beras) yang biasa dimakan iaitu dengan bertaqlidkan kepada mazhab Imam Abi Hanifah Rahimahullah.”
(Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah; 1989)
Info dan maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan tentang zakat fitrah ini, boleh merujuk saluran rasmi Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman sebagaimana berikut;
https://www.facebook.com/zakatkedah | |
Laman Web | https://www.zakatkedah.com.my/ |
Telefon | 1800 88 1740(Talian bebas tol)04-731 1740 |
Soalan Lazim (FAQ)
– RM 7.00 = Beras Super Spesial Tempatan (5% hancur)
– RM 14.50 = Beras perang, beras pulut, herba ponni, beras wangi dan setaraf dengannya.
– RM 22.00 = basmathi, beras jepun, beras merah dan setaraf dengannya.
Bayaran kadar fitrah pada tahun ini boleh dibayar berdasarkan jenis beras yang dimakan.
Bagi tujuan memudahkan orang ramai, LZNK juga telah menyediakan sebanyak 24 saluran bavaran secara atas talian untuk menunaikan zakat fitrah pada tahun ini seperti berikut:
i) Portal dan aplikasi rasmi LZNK iaitu Portal Jom Zakat, aplikasi Zakat On Touch, MyAmil dan Kiosk layan diri LZNK.
ii) 13 platform Perbankan Internet seperti Maybank2u, CIMB Clicks, Bank Islam Go dan lain-lain lagi.
iii) 6 aplikasi perkhidmatan E-Wallet seperti Boost, Tulus, TheNoor, GoPayz, MyPay dan Al-Amin.
iv) 4 Portal Pembayaran seperti Senang Pay, MEG, PayHalal dan Mercy Malaysia.
Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri? Walaupun begitu umat Islam digalakkan menunaikan zakat fitrah di awal Ramadan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum hari raya.
Zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan.