HomeZakat FitrahZakat Fitrah Terengganu 2025: Kadar dan Cara Bayaran Online

Zakat Fitrah Terengganu 2025: Kadar dan Cara Bayaran Online

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mengumumkan kadar zakat fitrah Terengganu bagi tahun pada 2025/1446H.

Pada tahun ini terdapat 2 kadar zakat fitrah di mana bayaran adalah mengikut jenis beras yang dimakan setiap hari. 

MAIDAM turut menyediakan kaedah pembayaran secara online dan kaedah konvensional untuk memudahkan urusan pembayaran zakat fitrah rakyat Terengganu

Lihat Juga: Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Negeri Terengganu 2025/1446

Kadar Zakat Fitrah Terengganu bagi tahun 2025M / 1446H

Kadar Zakat Fitrah Terengganu bagi tahun 2025M : 1446H

Kadar zakat fitrah negeri Terengganu bagi tahun ini adalah seperti berikut:

  • RM10.00 bagi mereka yang menggunakan beras gred tempatan.
  • RM21:00 bagi mereka yang menggunakan beras jenis Basmathi atau yang setara dengannya.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah memperkenankan kadar zakat fitrah di negeri Terengganu bagi tahun 2025, dengan kadar minimum RM10 seorang.

Bagi mereka yang menggunakan beras jenis Basmathi atau setara, kadar zakat fitrah ditetapkan sebanyak RM21 seorang.

Cara Bayaran Zakat Fitrah Terengganu 2025

Bagi umat Islam di Terengganu yang ingin menunaikan zakat fitrah, terdapat beberapa kaedah pembayaran yang boleh digunakan.

Pembayaran boleh dilakukan sepanjang bulan Ramadan melalui beberapa kaedah yang disediakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Berikut adalah cara-cara pembayaran yang tersedia:

1. Pembayaran Dalam Talian (Online) dan Digital

MAIDAM menyediakan platform pembayaran zakat fitrah secara dalam talian melalui portal rasmi mereka. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

  • Layari portal rasmi eZakat MAIDAM di: https://ezakat.maidam.gov.my
  • Log masuk ke akaun anda dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
  • Jika belum mempunyai akaun, klik “Daftar Akaun” untuk mendaftar.
  • Setelah log masuk, pilih “Zakat Fitrah” dan isikan maklumat pembayar serta bilangan tanggungan.
  • Lafazkan niat zakat fitrah seperti yang dipaparkan.
  • Sahkan pembayaran dan simpan resit sebagai bukti pembayaran.
  • Sekiranya terlupa kata laluan, klik pautan “Lupa Kata Laluan?” untuk mendapatkan semula akses ke akaun anda.

Selain itu, pembayaran juga boleh dilakukan melalui perbankan internet dan platform digital berikut:

  • FPX (Online Banking melalui portal eZakat MAIDAM)
  • Maybank2u – di bawah menu zakat, pilih MAIDAM sebagai institusi penerima
  • Portal MAIDAM Property: https://zakat.maidamproperty.com/

2. Pembayaran Melalui Kod QR

MAIDAM turut memudahkan pembayaran zakat fitrah di Terengganu melalui kaedah imbasan kod QR, yang telah dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu.

Inisiatif ini membolehkan umat Islam menunaikan zakat fitrah secara lebih cepat, selamat dan tanpa tunai, selaras dengan perkembangan teknologi kewangan semasa.

Langkah pembayaran melalui kod QR adalah seperti berikut:

  • Buka aplikasi perbankan atau e-dompet yang menyokong pembayaran DuitNow QR.
  • Imbas kod QR yang disediakan oleh amil berdaftar dengan MAIDAM semasa kutipan zakat fitrah.
  • Masukkan jumlah bayaran mengikut kadar semasa (RM10 atau RM21) dan sahkan pembayaran.
  • Simpan bukti transaksi sebagai pengesahan pembayaran.

Amil-amil rasmi MAIDAM telah dilengkapi dengan sistem kod QR ini untuk memastikan proses kutipan lebih efisien dan terurus.

MAIDAM menasihatkan orang ramai agar hanya berurusan dengan amil bertauliah bagi menjamin ketelusan dan kesahihan pembayaran zakat.

3. Bayaran Melalui Kaunter

Pembayaran zakat juga boleh dibuat menerusi kaunter zakat MAIDAM termasuk di Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan kaunter zakat pandu lalu di samping melalui amil yang dilantik.

  • Kaunter Zakat di semua 10 cawangan Pejabat MAIDAM Daerah (PMD) seluruh negeri Terengganu
  • Kaunter Zakat Bergerak 
  • Kaunter Pandu Lalu (perkarangan Kompleks Seri Iman) 

MAIDAM membuka Kaunter Zakat Ramadan 1446H yang beroperasi 7 hari seminggu bagi memudahkan umat Islam menunaikan zakat fitrah secara fizikal.

Kaunter ini mula dibuka pada 16 Mac hingga 30 Mac 2025, bermula jam 8:15 pagi hingga 4:00 petang setiap hari.

Kaunter Zakat Fitrah Terengganu dibuka 7 hari seminggu

5. Pembayaran Melalui Amil Yang Ditauliahkan

Umat Islam di Terengganu boleh menunaikan zakat fitrah kepada amil-amil bertauliah yang telah dilantik oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

  • Tahun ini, seramai 998 amil bertauliah telah diberikan tauliah untuk mengutip zakat fitrah di seluruh Terengganu.
  • Amil yang bertugas akan menerima bayaran secara tunai atau melalui kod QR.
  • Carian amil bertauliah boleh dibuat melalui https://ezakat.maidam.gov.my/online/amil.php

Langkah-langkah pembayaran melalui amil:

  • Pastikan anda membayar kepada amil bertauliah yang dilantik secara rasmi oleh MAIDAM.
  • Lakukan pembayaran zakat fitrah sebanyak RM10 (beras gred tempatan) atau RM21 (beras Basmathi atau setara) secara tunai atau digital (kod QR).
  • Dapatkan resit rasmi atau bukti transaksi sebagai pengesahan pembayaran zakat fitrah.
Seorang jemaah sedang membayar zakat fitrah kepada amil bertauliah di Masjid Kampung Padang Mengkuang, 21400 Marang, Terengganu.
Seorang jemaah sedang membayar zakat fitrah kepada amil bertauliah di Masjid Kampung Padang Mengkuang, 21400 Marang, Terengganu.

Kesalahan-Kesalahan Berkaitan Zakat Fitrah Mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu 2001)

TAHUKAH ANDA ?? Zakat dan Fitrah mempunyai undang-undangnya yang tersendiri di Terengganu?

Undang-undang zakat dan fitrah yang terkini berkuatkuasa di Negeri Terengganu Darul Iman adalah

ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH(TAKZIR)(TERENGGANU 2001) yang terdiri daripada:- 

  1. SEKSYEN 20 – TIDAK MEMBAYAR ZAKAT & FITRAH 
  2. SEKSYEN 40 – MEMUNGUT ZAKAT DAN FITRAH TANPA MEMPUNYAI KUASA SAH
  3. SEKSYEN 41 – PEMBAYARAN TIDAK SAH AKAN ZAKAT ATAU FITRAH

Setiap kesalahan yang dilakukan dan jika disabitkan kesalahan akan dikenakan denda atau dipenjara atau kedua-duanya sekali mengikut seksyen yang berkaitan.

Mengapa Terdapat Dua Kadar Zakat Fitrah di Terengganu 2025?

Zakat fitrah di negeri Terengganu bagi tahun 2025 ditetapkan dengan dua kadar berbeza berdasarkan jenis beras yang digunakan oleh individu atau keluarga. Berikut adalah sebab utama:

  1. Kadar RM10
    • Ditentukan berdasarkan harga beras gred tempatan yang lebih umum digunakan oleh rakyat Malaysia.
    • Merupakan kadar minimum yang wajib dibayar oleh setiap individu Muslim yang memenuhi syarat wajib zakat fitrah.
  2. Kadar RM21
    • Ditujukan kepada mereka yang menggunakan beras premium seperti Basmathi atau setara dalam kehidupan harian.
    • Kadar ini lebih tinggi kerana mengikut harga pasaran beras yang lebih mahal, bagi menyesuaikan dengan keperluan mereka yang mampu membeli beras jenis ini.

Prinsip Penentuan Kadar

Kadar zakat fitrah ditentukan berdasarkan harga beras mengikut timbangan satu gantang Baghdad (2.60 kg). Oleh kerana masyarakat menggunakan jenis beras yang berbeza, MAIDAM menetapkan dua kadar supaya pembayaran zakat lebih adil dan selaras dengan kemampuan individu.

Ini memberi pilihan kepada umat Islam untuk membayar mengikut jenis makanan ruji yang mereka gunakan dalam kehidupan harian.

Info dan Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan tentang zakat fitrah ini, boleh merujuk laman rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) melalui Facebook;

https://www.facebook.com/maidamterengganu

Anda juga boleh merujuk laman web melalui pautan berikut;

http://www.maidam.gov.my/ 

Telefon: 09-6303030

Lihat juga kadar zakat fitrah bagi negeri-negeri lain;

Soalan Lazim (FAQ)

Berapa Kadar Zakat Fitrah Negeri Terengganu Bagi Tahun 2025?

RM10 (beras gred tempatan)
RM21 (beras Basmathi atau setara)

Bayaran mengikut jenis beras yang dimakan.

Bagaimana cara pembayaran zakat fitrah di negeri Melaka

1) Melalui amil fitrah yang telah diberi tauliah.
2) Bayaran melalui kaunter
2) Secara dalam talian di https://ezakat.maidam.gov.my/online/payfpx.php

Apa itu Zakat Fitrah?

Zakat Fitrah ialah zakat diri (badan) yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Bilakah Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah

Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri? Walaupun begitu umat Islam digalakkan menunaikan zakat fitrah di awal Ramadan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum hari raya.

Apakah Hukum Zakat Fitrah?

Zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan.

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments