Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah mengumumkan kadar zakat fitrah bagi umat Islam di negeri Johor untuk tahun 2022 pada 7 Mac lalu melalui platform Facebook rasminya.
Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, kadar itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa negeri berdasarkan harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan kebanyakan umat Islam di negeri ini.
Penetapan harga fitrah adalah berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan oleh kebanyakan umat Islam di negeri ini iaitu pada kadar timbangan satu gantang bersamaan dengan 2.6 kilogram.
Bagi memudahkan umat Islam, bayaran zakat fitrah boleh dibuat secara dalam talian menerusi zakat online payment dan aplikasi TULUS atau terus ke kaunter MAINJ di setiap cawangan atau daerah membayar kepada amil dilantik.
Rakyat dan Bangsa Johor digalakkan menunaikan zakat fitrah pada awal Ramadan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum hari raya.
Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor bagi Tahun 1445 Hijriah / 2024
RM 7.00 = Bagi umat Islam yang menjadikan beras makanan hariannya dari jenis Super Spesial Tempatan.
RM 12.00 = Bagi umat Islam yang menjadikan beras makanan hariannya dari jenis selain Super Spesial Tempatan (Beras Import).
RM 20.00 = Bagi umat Islam yang menjadikan beras makanan hariannya dari jenis selain Super Spesial Tempatan (Beras Import) seperti Beras Basmati Import & Super Wangi.
Saluran dan Kaedah Bayaran Zakat Fitrah Negeri Johor bagi tahun 2024
Bagi memenuhi keperluan masyarakat menunaikan ibadat zakat fitrah pada tahun ini, MAINJ telah menetapkan 3 kaedah pembayaran sebagaimana berikut;
1. Bayaran Secara Atas Talian (Online)
Bagi umat Islam di negeri Johor yang hendak menyempurnakan ZAKAT FITRAH secara online ya, pautan pembayaran adalah sebagaimana berikut;
- Fast pay – https://fitrah.maij.gov.my/
- E-payment – https://epayment.maij.gov.my/
- TULUS – https://www.bayarzakatjohor.com/ atau download ke aplikasi playstore di https://tulus.my/app
2. Melalui Amil Zakat Fitrah
Orang ramai juga boleh membuat bayaran kepada seramai 1,660 amil yang telah dilantik dan diberi tauliah bagi menjalankan tugasan memungut zakat fitrah di seluruh negeri ini.
3. Melalui kaunter-kaunter MAINJ diseluruh daerah
Bayaran zakat fitrah juga boleh dibuat di semua kaunter Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) di setiap daerah.
Peringatan Majlis Agama Islam Negeri Johor Tentang Zakat Fitrah Bagi Rakyat Johor
- Umat Islam yang bermukim di negeri Johor wajib menunaikan zakat fitrah di negeri Johor.
- Umat Islam digalakkan menunaikan zakat fitrah di awal Ramadan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum hari raya.
- Bayaran fitrah hendaklah dibayar kepada amil bertauliah dan mempunyai kad kuasa amil daripada MAINJ.
- Memastikan setiap pembayaran zakat fitrah menerima resit rasmi MAINJ.
Info dan maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan tentang zakat fitrah ini, boleh merujuk maklumat berikut;
https://www.facebook.com/zakatjohor | |
Laman Web | https://www.maij.gov.my/ |
Telefon | 07-224 3918 |
Emel | [email protected] |
Soalan Lazim
– RM 7.00 = Beras Super Spesial Tempatan
– RM 12.00 = Beras jenis selain Super Spesial Tempatan (Beras Import)
– RM 20.00 = Beras Basmati Import & Super Wangi
– Secara atas talian (online).
– Melalui amil yang dilantik.
– Melalui kaunter di seluruh daerah.
Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri?
Zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan.