Qailulah adalah amalan tidur sebentar pada waktu siang yang sangat dianjurkan dalam Islam.
Amalan ini bukan sahaja memberikan kesegaran fizikal, tetapi juga merupakan sunnah yang membawa banyak manfaat dari segi kesihatan dan kesejahteraan.
Maksud Qailulah
Qailulah ialah tidur sebentar yang dilakukan pada waktu siang, biasanya sebelum solat Zohor. Ia adalah amalan sunnah yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Amalan ini bukan sahaja memberi kesegaran fizikal, tetapi juga mempunyai manfaat spiritual.
Masyarakat Barat atau bukan Islam juga mengamalkan amalan tidur sebentar ini yang dipanggil “NAP”. Kajian oleh National Sleep Foundation menyarankan nap untuk mengatasi keletihan dan meningkatkan produktiviti di tempat kerja. Selain itu, nap juga dikenali dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan mengurangkan stres.1
Hadis Mengenai Qailulah
Terdapat beberapa hadis yang menyatakan tentang perkara ini iaitu;2
- Hadis Riwayat Al-Tabarani (28) di dalam Al-Mu’jam Al-Awsat: Nabi SAW bersabda: “Lakukanlah qailulah. Sesungguhnya syaitan tidak berehat.”
- Hadis Riwayat al-Tirmizi (2377) dan Ibnu Majah (4109): Nabi SAW bersabda: “Apa dah jadi padaku dan pada dunia. Perumpamaan aku dan dunia seperti seorang penunggang yang mana dia berehat sebentar di bawah pokok, kemudian pergi meninggalkan pokok tersebut.”
Jenis-Jenis Tidur Siang Yang Lain
Selain tidur pada waktu malam, terdapat tiga jenis tidur yang perlu kita ketahui,
- Hailulah: Tidur selepas solat Subuh, yang dikatakan boleh menghalang rezeki.
- Qailulah: Tidur sebentar sebelum solat Zohor, yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah SAW dan memberi banyak manfaat kesihatan.
- ‘Ailulah: Tidur selepas solat Asar, yang tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti sesak nafas, kemurungan, gelisah, dan mudah lupa.
Waktu Tidur Yang Digalakkan
Waktu yang digalakkan untuk berehat atau tidur sebentar adalah sebelum gelincir matahari iaitu sebelum masuknya waktu zohor sekitar 25-30 minit.
Anggaran waktu yang tepat mungkin berbeza disebabkan waktu zohor yang berubah-ubah.
Apakah Kelebihan dan Kebaikan Qailulah?
- Meningkatkan Kesegaran dan Tenaga: Qailulah membantu meningkatkan kesegaran tubuh dan minda, menjadikan seseorang lebih bertenaga untuk menjalani aktiviti harian.
- Meningkatkan Produktiviti dan Kualiti Kerja: Tidur sekejap ini dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja seharian.
- Disarankan dalam Bulan Ramadhan: Membantu mengumpulkan kekuatan untuk beribadat pada malam hari, seperti solat tarawih dan qiyamullail.
- Kesihatan Mental: Mengurangkan stres dan meningkatkan mood serta kewaspadaan.
- Menurunkan Risiko Penyakit Kardiovaskular: Kajian menunjukkan bahawa tidur sekejap pada siang hari dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
- Memperbaiki Kualiti Tidur Malam: Tidur siang yang singkat membantu meningkatkan kualiti tidur malam dan mencegah insomnia.
Kesimpulannya Qailulah merupakan amalan tidur sekejap sebelum solat Zohor yang sangat dianjurkan Islam serta membawa banyak manfaat kepada kesihatan mental dan fizikal.