Golongan bujang merupakan antara kategori yang akan menerima bayaran bagi bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2024.
Untuk bantuan ini, beberapa maklumat penting perlu diketahui untuk kategori bujang bagi tahun 2024.
Soalan yang kerap ditanya adalah berapa jumlah yang diperoleh? Bilakah tarikh pembayaran, bagaimana cara membuat semakan dan sebagainya.
Oleh yang demikian, sila baca maklumat berikut dengan teliti agar faham dan jelas tentang pembayaran bagi kategori bujang STR 2024.
Apakah STR 2024?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024) bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan bertujuan untuk menghadapi cabaran kos sara hidup
Golongan Bujang merupakan antara kategori penerima bantuan ini selain daripada kategori isi rumah dan warga emas bujang / tiada pasangan.
Pada tahun-tahun yang lalu, pembayaran bagi program bantuan tunai dilaksanakan 4 kali setahun. Manakala bagi kategori bujang, bantuan ini dibayar 3 kali pada tahun lepas untuk penerima sedia ada STR.
Tarikh Bayaran STR Bujang 2024
Pembayaran pertama STR telah dibuat pada 29 Januari 2024 lalu secara berperingkat.
Manakala pembayaran STR fasa ke-2 telah dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri iaitu pada 03 April 2024 secara berperingkat.
Bayaran Fasa 3
- Fasa 3 – Ogos 2024
- Tarikh Pembayaran bagi Penerima Sedia Ada: 29 Ogos 2024 (Khamis)
- Tarikh Pembayaran bagi Penerima Baharu dan Rayuan: 18 September 2024 (Rabu)
- Fasa 4 – November 2024
Semakan Status STR Bujang
Semakan status STR terkini boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui kaedah berikut;
- Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
- Menghubungi LHDM
- Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia
- Hadir ke LHDNM yang berhampiran.
Jumlah Bayaran Bujang Fasa 3
Bagi golongan bujang, bayaran untuk fasa 3 adalah RM50.
Untuk makluman, kadar bayaran STR 2024 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan.
Jumlah bayaran asas penerima bujang adalah RM 350.
Untuk makluman juga, mulai tahun 2024, penerima STR yang layak akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Dua kategori baharu diperkenalkan iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM.
Kategori bujang juga turut layak mendapat bantuan SARA ini dengan jumlah bayaran RM150.
Oleh yang demikian, kadar STR 2024 bagi golongan bujang adalah sebagaimana berikut;
- Sumbangan Tunai Rahmah 2024 = RM350
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA) = RM150
- Jumlah keseluruhan STR Bujang = RM500
Cara Bayaran
Kaedah Pembayaran STR adalah seperti berikut:
- Kredit ke Akaun Bank – Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan
- Tunai di Kaunter BSN Pembayaran akan dilakukan secara tunai kepada penerima sekiranya:
- Status pengkreditan gagal kredit; atau
- Tiada Maklumat akaun bank
Syarat Kelayakan Bantuan STR Bujang 2024
Kelayakan bagi kategori bujang 2024 adalah sebagaimana berikut;
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 tahun hingga 59 tahun
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa
Permohonan Baharu STR
Bagi tahun 2024, kerajaan akan akan mengambil pendekatan berbeza iaitu akan membuka permohonan baharu seawal November 2023 dan permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.
2 kaedah permohonan STR yang boleh dibuat iaitu;
- Permohonan Secara Dalam Talian
- Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
- Permohonan Melalui Borang
Pemohon boleh hadir ke;
- Pejabat Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)
- Pejabat Satelit HASiL
- Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL
Borang permohonan boleh dicetak oleh pemohon melalui laman Portal Rasmi STR berikut;
Info dan Pertanyaan Mengenai STR
Orang ramai diingatkan agar merujuk laman web khas Belanjawan 2024 Malaysia MADANI yang disediakan oleh Kementerian Kewangan bagi mendapatkan maklumat tepat mengenai Belanjawan 2024.
Laman web ini boleh diakses menerusi pautan di bawah: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/
Talian Bantuan Khas Kerajaan
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:
- Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
- Semakan secara Aplikasi Mobile Sumbangan Tunai Rahmah; atau Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform iOS
- Hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747
- Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
- Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR)
- Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC.
Soalan Lazim STR Bujang
RM350
RM150
Umumnya, pembayaran bagi STR 2024 akan dibuat sebanyak 4 kali. Manakala bagi kategori bujang akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan dari semasa ke semasa.
– Ada akaun – kredit ke akaun bank masing-masing.
– Tiada akaun- penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Tidak. Anda tidak layak untuk membuat Permohonan STR 2024 kerana syarat pemohon bujang mestilah berumur 21 tahun pada tahun 2024.
Anda hanya layak untuk membuat Permohonan STR 2024 bagi kategori Bujang jika anda merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).