HomeKerjayaPembantu Guru MySTEP KPM: Permohonan, Gaji & Kemudahan

Pembantu Guru MySTEP KPM: Permohonan, Gaji & Kemudahan

Bagi memastikan kesejahteraan guru terpelihara, Kementerian Pendidikan (KPM) memperkenalkan inisiatif Pembantu Guru Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP).

Buat permulaan, seramai 548 orang Pembantu Guru MySTEP akan ditempatkan di 274 buah sekolah menengah seluruh negara dengan jumlah murid 1500 orang atau lebih. Pembantu guru turut akan ditempatkan di tujuh buah Sekolah Menengah Pendidikan Khas.

Inisiatif ini adalah salah satu usaha KPM bagi memastikan isu yang terkait dengan beban tugas guru dapat ditangani sekaligus meningkatkan kesejahteraan mereka.

Inisiatif Pembantu Guru MySTEP 2025

Menurut laporan akhbar Berita Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menempatkan dua pembantu guru melalui program Malaysia Short-Term Employment Program (MySTEP) di 274 sekolah menengah dan tujuh sekolah menengah pendidikan khas yang mempunyai lebih 1,500 pelajar.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata melalui inisiatif itu, seramai 562 pembantu guru akan ditempatkan di semua sekolah yang menepati syarat ditetapkan bagi membantu meringankan beban tugas guru dan memastikan fokus penuh diberikan terhadap pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah.

Inisiatif Pembantu Guru MyStep

Apakah MySTEP?

MySTEP (Malaysia Short-Term Employment Programme) adalah program yang diumumkan oleh YB Menteri Kewangan yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya​.

Untuk tahun 2025, kerajaan meneruskan inisiatif ini dengan menyediakan pekerjaan sementara di sektor awam kepada rakyat Malaysia, termasuk golongan OKU dan warga emas.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran pekerja, termasuk golongan OKU dan warga emas.

Ciri utama MySTEP 2025

  • Tempoh kontrak: Minimum 1 bulan dan maksimum sehingga 31 Disember 2025.
  • Kelayakan: Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  • Bidang tugas: Tugas pentadbiran, sokongan projek, perkhidmatan sosial, dan kerja ad hoc (data entry, bancian).
  • Kadar upah: RM1,500 – RM2,100 mengikut kelayakan akademik.
  • Caruman KWSP & PERKESO: Disediakan bagi semua personel MySTEP.
  • Elaun & kemudahan: Termasuk cuti rehat, cuti sakit, elaun perjalanan, dan kemudahan pengangkutan awam.

Syarat-syarat Kelayakan 

Buat masa ini kerajaan belum mengeluarkan pekeliling rasmi mengenai kelayakan bagi pembantu guru MySTEP. Namun berdasarkan kriteria jawatan Guru Ganti MyStep, syarat-syarat adalah sebagaimana berikut:

  1. Warganegara Malaysia. 
  2. Sihat tubuh badan / sedang mengandung tidak digalakkan memohon. 
  3. Berumur 18 – 30 tahun (Bukan Siswazah) atau 18 – 35 Tahun (Siswazah). 
  4. Sekurang-kurangnya kepujian dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia di Peringkat SPM. 
  5. Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Arab, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil ialah kepujian bagi subjek-subjek tersebut di peringkat SPM.

Tugas Pembantu Guru MySTEP

  1. Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP/PdPR) seperti guru tetap.
  2. Menyediakan rekod persediaan mengajar, menyelia tugasan pelajar serta tugas lain yang disandang oleh guru yang digantikan.
  3. Terlibat dengan aktiviti kokurikulum.
  4. Melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pentadbir sekolah.

Gaji / Kadar Upah Bulanan

Kadar upah bulanan atau gaji bagi pembantu MyStep menggunakan Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Personel MySTEP di bawah Inisiatif Malaysia Short-Term Employment Programme Tahun 2025, kadar upah bulanan bagi Pembantu Guru MySTEP adalah seperti berikut:

Kelayakan Akademik SetarafKadar Upah Bulanan
Ijazah Sarjana MudaRM2,100
Diploma/STPMRM1,900
SPMRM1,700
Tiada SPMRM1,500

Nota: Kadar upah ini termasuk caruman KWSP dan PERKESO dan bergantung kepada jenis tugas serta kelayakan akademik calon.

Kemudahan dan Elaun yang Diberikan kepada Personel MySTEP 2025

Berdasarkan Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Personel MySTEP di bawah Inisiatif Malaysia Short-Term Employment Programme Tahun 2025, kemudahan yang diberikan kepada Personel MySTEP adalah seperti berikut:

  1. Cuti Rehat – 12 hari setahun (dikira secara prorate mengikut tempoh kontrak).
  2. Cuti Sakit – 14 hari setahun (dikira secara prorate mengikut tempoh kontrak).
  3. Perlindungan Sosial – Caruman KWSP dan PERKESO.
  4. Elaun Perjalanan Kenderaan – Mengikut kadar jenis kenderaan:
    • 500 km pertama: Kereta (85 sen/km), Motosikal (55 sen/km).
    • 501 km dan seterusnya: Kereta (75 sen/km), Motosikal (45 sen/km).
  5. Tambang Pengangkutan Awam – Layak menuntut tambang teksi, bas, kereta api, kapal laut, dan lain-lain dengan resit.
  6. Kemudahan Perjalanan Udara Rasmi – Mengikut ketetapan Pekeliling Perbendaharaan WP 2.5 bagi perjalanan domestik.
  7. Elaun Makan & Hotel – Bergantung kepada kelayakan akademik dan lokasi bertugas.

Nota: Semua kemudahan tertakluk kepada skop tugas yang dibenarkan dan peraturan semasa kerajaan.

Maklumat terperinici, kadar upah, kemudahan dan elaun Personal MyStep adalah seperti di bawah:

Cara Permohonan

​Permohonan untuk menyertai Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) 2025 boleh dilakukan melalui Portal Pekerjaan Negara (MYFutureJobs) di pautan berikut: https://www.myfuturejobs.gov.my/.

Pun begitu, ada sesetengah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang turut mengiklankan kekosongan Pembantu Guru MySTEP melalui:

  1. Laman web rasmi JPN negeri – Contohnya, JPN Johor, JPN Selangor, dan lain-lain sering mengiklankan kekosongan jawatan di portal masing-masing.
  2. Laman media sosial rasmi JPN atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) – Pengumuman kekosongan boleh didapati di Facebook, Telegram, atau Twitter rasmi JPN/PPD.
  3. Notis di sekolah-sekolah terpilih – Sesetengah sekolah menengah atau sekolah pendidikan khas mungkin membuka pengambilan secara terus.
  4. Permohonan melalui e-mel – Sesetengah JPN menyediakan borang permohonan yang perlu dihantar melalui e-mel rasmi mereka.

Penamatan Perkhidmatan MySTEP

  1. Tempoh perkhidmatan Personel MySTEP adalah berdasarkan tempoh yang ditetapkan dalam kontrak dan akan tamat apabila tempoh kontrak luput. Ketua Jabatan tidak perlu memberikan apa-apa notis kepada Personel MySTEP apabila kontrak berakhir.
  2. Ketua Jabatan boleh menamatkan kontrak lebih awal dari tarikh tamat kontrak dengan memberi notis bertulis sekurang-kurangnya:
    • 7 hari bagi tempoh kontrak kurang dari 6 bulan.
    • 14 hari bagi tempoh kontrak lebih dari 6 bulan.
    • Penamatan ini boleh dilakukan jika Ketua Jabatan mendapati Personel MySTEP tidak memenuhi obligasi kontrak.
  3. Personel MySTEP juga boleh menamatkan kontrak lebih awal dari tarikh tamat kontrak dengan memberi notis bertulis sekurang-kurangnya:
    • 7 hari bagi tempoh kontrak kurang dari 6 bulan.
    • 14 hari bagi tempoh kontrak lebih dari 6 bulan.

Lihat Juga- Isu Semasa Pendidikan 2025:  Contoh Isu Terkini Di Malaysia

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments