HomeBiasiswaBiasiswa Karangkraf: Permohonan dan Syarat Kelayakan

Biasiswa Karangkraf: Permohonan dan Syarat Kelayakan

Biasiswa Dana Pendidikan Karangkraf

Berita baik buat adik-adik yang sedang mencari biasiswa bagi melanjutkan pengajian di IPTS di negara ini.

Kumpulan Karangkraf Media Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat penerbitan, percetakan, pengedaran majalah, buku, dan bahan bercetak di negara ini menawarkan biasiswa kepada calon-calon yang berkelayakan bagi melanjutkan pengajian di IPT terpilih.

Berikut adalah maklumat mengenai biasiswa yang ditawarkan.

Apa Itu Biasiswa Karangkraf?

Biasiswa Karangkraf adalah biasiswa yang diberikan kepada pelajar yang berkelayakan menyambung pengajian di IPTS yang terpilih. 

Ianya merupakan satu inisiatif CSR yang dibentuk oleh Karangkraf bagi memastikan semua pelajar tidak terlepas peluang dalam melanjutkan pengajian yang lebih tinggi walaupun berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan.

Tarikh Permohonan

Permohonan biasiswa ini sentiasa dibuka. 

Anda amat digalakkan agar memahami terma & syarat sebelum menghantar borang permohonan. 

Misi, Visi dan Objektif Biasiswa

Misi

  • Membentuk dana pendidikan untuk kakitangan, ahli keluarga kakitangan, dan pembaca Karangkraf sebagai kemudahan kepada mereka.
  • Pendekatan sektor swasta untuk membantu dan bekerjasama dengan masyarakat dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).
  • Membantu pembangunan kerjaya kakitangan Kumpulan Karangkraf dan anak syarikat mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Visi

  • Meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan kelayakan penerima melalui program pendidikan formal yang ditawarkan.
  • Menyumbang kepada pembangunan masyarakat Malaysia yang berpendidikan tinggi dan maju.

Objektif

  • Membantu pelajar kurang berkemampuan melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi (IPTS).
  • Memberikan peluang kedua kepada pelajar cemerlang yang tidak mendapat tempat di IPTA.
  • Mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman pendidikan.

Syarat Permohonan

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur kurang daripada 25 tahun.
  • Mendapat keputusan cemerlang dalam:
    • SPM (minimum 8 kepujian), atau
    • STPM (PNGK sekurang-kurangnya 3.00), atau
    • Kelayakan sama taraf.
  • Fasih dan boleh menulis dengan baik dalam Bahasa Inggeris.
  • Bersedia untuk berkhidmat dengan Kumpulan Karangkraf selepas tamat tempoh pengajian (jika diarahkan).
  • Aktif dalam sukan dan aktiviti kokurikulum di sekolah.
  • Bersedia untuk mengikuti kursus yang ditawarkan.
  • Tidak terikat dengan mana-mana dana pendidikan atau pinjaman pendidikan (kecuali yang dibenarkan oleh pihak Karangkraf).

Senarai IPTS Di Bawah Tajaan Karangkraf

  • KLMUC
  • UNISELS
  • SEGI University
  • UNIRAZAK
  • UNITAR

Nota : Perubahan terhadap senarai ini bergantung atas kekosongan kuota permohonan dalam masa tertentu.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang yang disediakan di laman web berikut;

>>Borang Permohonan Dana Karangkraf<<

Penghantaran Borang

Borang yang telah lengkap boleh dihantar ke alamat berikut:

SEKRETARIAT BIASISWA KARANGKRAF
KUMPULAN KARANGKRAF
LOT 2, JALAN SEPANA 15/3
SEKSYEN 15, 40200
SHAH ALAM.

ATAU boleh juga dihantar melalui emel yang disimpan dalam format PDF ke [email protected]

Dokumen Yang Diperlukan

Sila sertakan salinan dokumen berikut:

  1. Salinan kad pengenalan (depan dan belakang).
  2. Testimonial dan rekod penyertaan aktiviti kokurikulum.
  3. Salinan sijil kelahiran.
  4. Salinan SPM / SPVM / STPM / ‘A’ Level / lain-lain kelayakan.
  5. Dokumen sokongan berkaitan kewangan (slip gaji ibu bapa, penjaga, dan penjamin 1 & 2).
  6. Surat Kemasukan / Surat Tawaran daripada universiti.

Info dan Pertanyaan

Sebarang maklumat lanjut berhubung Biasiswa bolehlah hubungi maklumat berikut;

Alamat:
SEKRETARIAT BIASISWA KARANGKRAF
KUMPULAN KARANGKRAF
LOT 2, JALAN SEPANA 15/3
SEKSYEN 15, 40200
SHAH ALAM.

Emel:
[email protected]

Telefon:
03-5101 7565 / 7560

Faks:
03-5101 7588

🔗 Maklumat lanjut:
https://www.karangkraf.com/csr/biasiswa-karangkaf/ 

Sumber: Kumpulan Karangkraf

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments