Jadual waktu berbuka puasa dan imsak yang dilampirkan ini adalah untuk bulan Ramadhan tahun 2025 / 1446 Hijrah bagi seluruh negeri Kelantan Darul Naim.
Jadual waktu yang digunakan adalah berdasarkan jadual rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) bagi bulan Ramadhan 1446H/2025M.
Takwim atau jadual ini disusun bagi memudahkan anda untuk untuk melihat atau menyemak waktu berbuka dan imsak mengikut zon masing-masing di negeri Kelantan.
Jadual waktu berbuka puasa dan imsak ini juga telah disusun berdasarkan 2 zon bagi seluruh negeri Kelantan yang meliputi Bachok, Kota Bharu, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah, Tumpat, Kuala Krai, Mukim Chiku, Gua Musang (Daerah Galas Dan Bertam), Jeli dan Jajahan Kecil Lojing.
Jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang (Daerah Chiku) – Zon 1
Berikut adalah jadual lengkap berbuka puasa dan imsak bagi zon 1 negeri Kelantan Darul Naim.

Dilampirkan juga takwim solat Ramadan 1446H dalam bentuk PDF bagi zon 1 Kelantan.
Jajahan Jeli, Gua Musang (Daerah Galas Dan Bertam), dan Jajahan Kecil Lojing – Zon 2
Berikut adalah jadual lengkap berbuka puasa dan imsak bagi zon 2 negeri Kelantan Darul Naim.

Dilampirkan juga takwim solat Ramadan 1446H dalam bentuk PDF bagi zon 2 Kelantan.
Semakan Ketepatan Waktu terkini (SIRIM)
Sempena kedatangan bulan Ramadan bagi tahun 1446H/2025M, anda disarankan untuk membuat semakan dan mengemas kini ketepatan jam di premis masing-masing, terutamanya di masjid dan surau.
Ketepatan masa adalah penting, terutamanya dalam menjalani ibadah seperti puasa, untuk memastikan waktu imsak dan berbuka diikuti dengan tepat.
Cara Semakan

Semakan boleh dibuat dengan melayari laman web https://mst.sirim.my/, selaras dengan Waktu Standard Malaysia.
Perhatikan waktu yang dipaparkan di laman web tersebut dan bandingkan dengan jam anda. Jika terdapat perbezaan, laraskan jam anda supaya sepadan dengan waktu standard yang dipaparkan.
Perkara-perkara Yang Disunatkan Ketika Berbuka Puasa
- Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari.
- Disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka dengan air.
- Membaca doa sebelum berbuka puasa.
- Tidak membazir makanan ketika berbuka puasa
Selain itu juga, kita digalakkan untuk memberi makan /menjamu orang yang berbuka puasa kerana mempunyai fadhilat yang begitu besar.
Rasulullah s.a.w bersadba yang bermaksud;
“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”
(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)
Doa Berbuka Puasa

Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa’alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarroohimiin
Maksudnya: “Ya Allah, bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman, dengan rezeki Engkau aku berbuka, dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.“
Perkara-perkara Yang Disunatkan Ketika Bersahur
Bersahur merupakan amalan sunat berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Anas RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud;
“Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sahur adalah berkat kerana ia membantu menguatkan orang yang berpuasa.
Waktu bersahur ialah bermula pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu sahur.
Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit RA bahawa beliau berkata;
“Kami telah bersahur bersama Rasulullah s.a.w, kemudian bangkit untuk solat (Subuh) dan kadar antara azan (Subuh) dan sahur itu sekadar bacaan lima puluh ayat”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Seseorang itu dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud;
“Sahur itu berkat, maka janganlah kamu tinggalkannya walau seseorang antara kamu (hanya) meneguk seteguk air”.
Apa Hukumnya Tersalah Berbuka Puasa Awal Kerana Azan di Radio?

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan sekiranya adalah berbuka puasa awal disebabkan azan yang salah di Radio;
“Batal puasanya dan wajib bagi mereka tersalah berbuka awal sedangkan matahari belum tenggelam, hendaklah diqadha (ganti)”
Bagaimana Jika Tersalah Bersahur Dengan Makan dan Minum Selepas Azan Subuh?
Tidak batal puasa dan harus hukumnya bagi seseorang yang meneruskan makan dan minum dalam keadaan dia ragu-ragu bahawa telah tamat waktu sahur.
Namun jika sekiranya jelas kepadanya bahawa dia tersalah dengan makan selepas habis waktu sahur, maka batal puasanya dan hendaklah dia menggantikannya pada hari yang lain.
Senarai keseluruhan waktu iftar dan imsak seluruh Malaysia mengikut negeri:
- Johor
- Kedah
- Kelantan
- Kuala Lumpur
- Labuan
- Melaka
- Negeri Sembilan
- Pahang
- Perak
- Perlis
- Pulau Pinang
- Putrajaya
- Sabah
- Sarawak
- Selangor
- Terengganu
- SELURUH MALAYSIA
– Niat tiap-tiap hari – “Sahaja aku berpuasa esok hari di bulan Ramadan pada tahun ini kerana Allah Ta’aala”
– Niat sebulan – dilakukan pada malam pertama puasa (1 Mac 2025 – Sabtu malam) – “Sahaja aku berpuasa di bulan Ramadan secara keseluruhannya pada tahun ini kerana Allah Ta’aala”
Waktu imsak bukanlah waktu bermulanya puasa. Maka pada tempoh tersebut dibolehkan lagi untuk makan dan minum. Namun, sekiranya telah kedengaran azan subuh, maka hendaklah berhenti serta merta dan kemudian sempurnakan puasa.
Ya boleh makan lagi kerana waktu imsak bukan waktu bermulanya puasa, tetapi hanya sebagai peringatan untuk berhati-hati sebelum masuk waktu Subuh. Anda masih boleh makan dan minum dalam tempoh ini sehingga azan Subuh berkumandang. Namun, lebih baik berhenti sebelum azan untuk mengelakkan keraguan.
“Batal puasanya dan wajib bagi mereka tersalah berbuka awal sedangkan matahari belum tenggelam, hendaklah diqadha (ganti)”
1) Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari.
2) Disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka dengan air.
3) Membaca doa sebelum berbuka puasa.
4) Tidak membazir makanan ketika berbuka puasa