Hari Kelepasan Am Negeri Pahang kebiasannya merupakan cuti khas untuk negeri Pahang selain daripada Hari Kelepasan Khas Persekutuan yang turut diikuti semua negeri di Malaysia.
Di bawah pentadbiran negeri Pahang, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan dalam surat edaran bertarikh 22 Ogos 2024 telah menyenaraikan jadual Hari Kelepasan Am bagi Negeri Pahang Darul Makmur untuk tahun 2025.
Melalui jadual ini, anda bolehlah membuat perancangan awal untuk aktiviti percutian samaada untuk pulang ke kampung halaman, mengadakan majlis keraian dan sebagainya.
Lihat Juga:
Senarai Cuti Umum Di Pahang 2025
Senarai di bawah merupakan hari-hari Kelepasan Am bagi Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 2025 sebagaimana yang telah ditetapkan;

Berikut adalah susunan cuti di negeri Pahang mengikut bulan bagi memudahkan anda buat rujukan;
Januari 2025
- 1 Januari (Rabu) – Tahun Baru 2025*
- 29 Januari (Rabu) – Tahun Baru Cina
- 30 Januari (Khamis) – Tahun Baru Cina (Hari Kedua)
Februari 2025
Tiada
Mac 2025
- 18 Mac (Selasa) – Hari Nuzul Al-Quran*
- 31 Mac (Isnin) – Hari Raya Puasa / Aidil Fitri (Hari Pertama)**
April 2025
- 1 April (Selasa) – Hari Raya Puasa / Aidil Fitri (Hari Kedua)**
Mei 2025
- 1 Mei (Khamis) – Hari Pekerja
- 12 Mei (Isnin) – Hari Wesak
- 22 Mei (Khamis) – Hari Hol*
Jun 2025
- 2 Jun (Isnin) – Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
- 7 Jun (Sabtu) – Hari Raya Qurban / Aidil Adha**
- 27 Jun (Jumaat) – Awal Muharam (Maal Hijrah)
Julai 2025
- 25 Julai (Jumaat) – Hari Keputeraan KDYB Sultan Pahang*
Ogos 2025
31 Ogos (Ahad) – Hari Kebangsaan
September 2025
- 5 September (Jumaat) – Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W (Maulidur Rasul)
- 16 September (Selasa) – Hari Malaysia
Oktober 2025
- 20 Oktober (Isnin) – Hari Deepavali*
November 2025
Tiada
Disember 2025
- 25 Disember (Khamis) – Hari Krismas
Catatan
*Hari Kelepasan Am Negeri
**Tertakluk Kepada Perubahan
PERINGATAN
- Jika mana-mana Hari Kelepasan Am Negeri jatuh pada hari kelepasan mingguan maka hari berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am. Jika hari sedemikian adalah sememangnya hari kelepasan am, maka hari berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am.
- Jika Hari Kelepasan Am itu jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu itu juga adalah merupakan Hari Kelepasan Am dan tidak akan diganti pada hari-hari yang lain.
Berikut juga di senaraikan jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Hari Kelepasan Am Negeri-negeri di Malaysia pada tahun 2024 yang dikeluarkan oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.






Oleh yang demikian, penduduk atau pekerja-pekerja di Pahang boleh merancang cuti anda berdasarkan jadual yang dikeluarkan di atas.
Cuti Am Di Seluruh Dunia
Cuti umum adalah penting bagi setiap negara di dunia. Semua negara di dunia mempunyai cuti am mengikut kepentingan negara berkenaan. Berdasarkan Sheth (2018), senarai negara yang paling banyak mempunyai cuti umum adalah seperti Jadual 1.

Negara dengan Bilangan Cuti Umum Tertinggi dan Terendah
Mengikut senarai di atas, negara yang paling banyak mempunyai cuti umum adalah Cambodia, manakala negara dengan cuti umum paling sedikit ialah Singapura, Italy, Denmark, France, Morocco, Republic Czech, dan Luxembourg.
Cuti Am di Malaysia: Persekutuan dan Negeri
Cuti Am di Malaysia terbahagi kepada dua peringkat, iaitu peringkat kebangsaan dan peringkat negeri.
- Peringkat Persekutuan merangkumi semua cuti yang digazetkan oleh kerajaan persekutuan.
- Peringkat Negeri pula merangkumi cuti umum tambahan yang diberikan oleh kerajaan negeri masing-masing.
Di sektor swasta, pemberian cuti am dikuatkuasakan melalui undang-undang, khususnya Akta Kerja 1955 dan Akta Hari Kelepasan Am 1951.
Faktor Penentuan Cuti Umum di Dunia
Negara-negara di dunia memberi cuti umum atau hari tidak bekerja kepada rakyat mereka berdasarkan beberapa faktor utama:
- Kedaulatan Pemimpin – Pemimpin memainkan peranan penting dalam menentukan cuti umum sebagai tanda penghormatan kepada institusi pemerintahan.
- Keagamaan – Sebahagian besar cuti umum diberikan untuk meraikan upacara keagamaan.
- Peristiwa Sejarah – Sesetengah cuti umum ditetapkan untuk memperingati peristiwa penting dalam sejarah negara tersebut.
Cuti Umum Berdasarkan Kedaulatan Pemimpin
Di Malaysia, pemimpin utama negara ialah Yang di-Pertuan Agong. Perkara 181(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa kedaulatan persekutuan terletak pada Raja-Raja Melayu. Oleh itu, Malaysia menetapkan 2 Jun sebagai cuti umum bagi memperingati Hari Keputeraan Agong.
Begitu juga di Thailand, negara ini mempunyai institusi beraja dan 3 Jun diisytiharkan sebagai Hari Keputeraan Raja Thailand, yang turut menjadi cuti umum.
Cuti Umum Berdasarkan Faktor Keagamaan
Hampir separuh daripada cuti umum di dunia berkaitan dengan kepercayaan agama rakyat di sesebuah negara.
- Di Malaysia, berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (2010), komposisi penduduk mengikut agama adalah seperti berikut:
- Islam: 60%
- Buddha: 21%
- Kristian: 9.2%
- Hindu: 6.4%
- Lain-lain: 2.8%
- Oleh kerana Malaysia berbilang kaum dan agama, setiap kumpulan diberikan cuti umum mengikut kepercayaan masing-masing.
- Contoh lain ialah Kemboja, yang mempunyai 28 hari cuti umum setiap tahun, kebanyakannya berkaitan dengan agama Buddha.
Cuti Umum Berdasarkan Peristiwa Sejarah
Cuti umum juga ditetapkan bagi memperingati peristiwa penting dalam sejarah negara masing-masing.
- Malaysia menetapkan 31 Ogos sebagai Hari Kemerdekaan bagi memperingati kebebasan daripada penjajahan British.
- Indonesia menyambut Hari Kemerdekaan pada 17 Ogos bagi memperingati perjuangan mendapatkan kemerdekaan daripada Belanda.
Selain itu, sejarah juga memainkan peranan dalam memperjuangkan hak pekerja di peringkat antarabangsa. Pada abad ke-19, ketika Revolusi Industri berkembang pesat di negara-negara Barat, pekerja mula menuntut hak mereka. Oleh itu, kebanyakan negara menetapkan 1 Mei sebagai Hari Pekerja atau Hari Buruh Antarabangsa.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa negara seperti Kanada, Amerika Syarikat, Australia, dan New Zealand, yang meraikan Hari Pekerja pada tarikh yang berbeza.
Sumber: Jabatan Perhubungan Perusahaan Terengganu