HomeBantuanBantuan Am Persekolahan MAIWP Luar Wilayah Persekutuan 2025

Bantuan Am Persekolahan MAIWP Luar Wilayah Persekutuan 2025

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menawarkan Bantuan Am Persekolahan untuk pelajar Sekolah Luar Wilayah Persekutuan bagi sesi 2025. 

Berdasarkan maklumat terkini yang dikongsikan oleh Facebook rasmi MAIWP, Bantuan Am Persekolahan Sekolah Luar Wilayah Persekutuan 2025 hanya terhad kepada pemohon yang menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja. Bantuan ini dikhususkan untuk anak-anak yang bersekolah di luar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan tinggal di asrama.

Pengenalan Bantuan Am Persekolahan untuk Pelajar Sekolah Luar Wilayah Persekutuan

Bantuan Am Persekolahan merupakan salah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi meringankan beban ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak asnaf. 

Bantuan ini khusus diberikan kepada pelajar yang menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tetapi bersekolah di luar Wilayah Persekutuan dan tinggal di asrama.

Program ini bertujuan untuk memastikan anak-anak asnaf yang bersekolah jauh dari tempat tinggal mereka tetap mendapat sokongan kewangan bagi menampung keperluan persekolahan, termasuk yuran, buku, dan perbelanjaan lain yang berkaitan. 

Dengan adanya bantuan ini, diharapkan pelajar dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran tanpa perlu bimbang mengenai beban kewangan keluarga.

Tempoh Permohonan 2025

Permohonan untuk Bantuan Am Persekolahan Sekolah Luar Wilayah Persekutuan bagi tahun 2025 dibuka sehingga 14 Mac 2025. 

Asnaf

Fakir, Miskin, Mualaf dan Fisabilillah.

Kelayakan dan Syarat Permohonan

Syarat Umum Bantuan Baitulmal MAIWP

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia 
  3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya setahun dan masih menetap 
  4. Berpandukan Had Kifayah 
Syarat Umum Bantuan Baitulmal MAIWP

Syarat Khusus

  • Tidak mendapat biasiswa daripada mana-mana pihak.
  • Mendapat sokongan daripada Pengetua/ Guru Besar/ Guru Penolong Kanan HEM/ Guru Biasiswa.
  • Pelajar bersekolah di sekolah bantuan penuh kerajaan/ sekolah kerajaan atau Sekolah Agama Kerajaan Negeri atau Sekolah Agama/ Sekolah Tahfiz yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri.
  • Jika terdapat pelajar yang tidak mempunyai penjaga/ waris, permohonan bantuan adalah nama pelajar itu sendiri.
Syarat Khusus Bantuan Persekolahan MAIWP

Cara Permohonan

Borang permohonan boleh didapati di laman web www.maiwp.gov.my atau di Cawangan PAZA MAIWP.

Penghantaran Borang

Borang permohonan boleh dihantar sama ada ke Cawangan PAZA MAIWP atau Kaunter Tingkat 3 HQ MAIWP atau MAIWP Putrajaya.

Berikut adalah maklumat berkaitan ibu pejabat, cawangan dan PAZA;

IBU PEJABAT

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Ibu Pejabat)
Menara MAIWP, No.55, Lorong Haji Hussein 2, 50300 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2639 9000
Faks: 03-2639 9900

CAWANGAN

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Putrajaya
Aras 3, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, No3 , Jalan Tunku Abdul Razak , Presint 3, 62100 PUTRAJAYA.
Tel: 03-8871 5000

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan
Blok 4, Tingkat 13 Kompleks Ujana Kewangan Peti Surat 80960 87019 LABUAN
Tel: 087-418 515 / 512
Faks: 087-418 514

PUSAT AGIHAN ZAKAT (PAZA)

PAZA Cawangan Parlimen Batu
No. 838, Tingkat Bawah, Sayap Kiri, Batu 4 ½, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur
Tel: 03-6259 6906

PAZA Cawangan Bukit Bintang
Tingkat 3, UTC Pudu Sentral, Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur
Tel: 03-2070 2004 / 03-2070 2005

PAZA Cawangan Parlimen Bandar Tun Razak
No 26, Pusat Perniagaan Danau Lumayan 1, Jalan Danau Lumayan, 56000 KUALA LUMPUR
Tel: 03-9191 0116

PAZA Cawangan Lembah Pantai
No 93, Tingkat bawah, Jalan Bangsar, 51200 Kuala Lumpur
Tel: 03-2202 0937

PAZA Cawangan Parlimen Wangsa Maju
No 19, Jalan 9/23e, Taman Danau Kota, Off Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur
Tel: 03-4131 0469

PAZA Cawangan Parlimen Setiawangsa
No 11-G, Jalan Wangsa Delima 13, 53300 Kuala Lumpur
Tel: 03-4142 0515

PAZA Cawangan Titiwangsa
Mini UTC Keramat, Jalan Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur
Tel: 03-4251 8524

PAZA Cawangan Parlimen Seputeh
Lot 4-G & 4-1, Medan Klang Lama 28, 58100 Kuala Lumpur
Tel: 03-7772 9423

PAZA Cawangan Parlimen Segambut
C-0-3A, M Avanue, Jalan Segambut, 1-38A, Segambut Bahagia, 51200 Kuala Lumpur
Tel: 03-6243 4080 / 03-6243 4081

Senarai Pusat Agihan Zakat(PAZA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Info Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Bantuan Am Persekolahan Sekolah Luar Wilayah Persekutuan 2025, anda boleh menghubungi Bahagian Pendidikan MAIWP melalui:

  • WhatsApp: +6019 200 8458

Ikuti Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di:

Sumber: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan


Lihat Juga: 12 Skim Bantuan Khairat Kematian Yang Boleh Dituntut Waris

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments