Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) telah mengumumkan kadar zakat fitrah di Negeri Sarawak bagi tahun pada 2025 / 1446H.
Pembayaran zakat fitrah boleh dibuat bermula 1 Ramadan sehingga sebelum solat sunat Aidilfitri pada 1 Syawal. Umat Islam di negeri ini digalakkan untuk menunaikan zakat fitrah lebih awal bagi melancarkan pengagihan kepada golongan asnaf yang memerlukan.
TBS turut menyediakan kaedah pembayaran dalam talian dan kaedah konvensional untuk memudahkan urusan pembayaran zakat fitrah.
Lihat Juga: Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Negeri Sarawak 2025/1446 Ā
Kadar Zakat Fitrah Sarawak bagi tahun 2025 / 1446H

Kadar zakat fitrah yang telah ditetapkan oleh Majlis Islam Sarawak (MIS) dan Jabatan Mufti Negeri Sarawak bagi tahun 2025 adalah RM7.50 seorang, meningkat sebanyak 50 sen berbanding kadar RM7.00 pada tahun sebelumnya.
Kadar zakat fitrah ini adalah berdasarkan sukatan satu gantang Baghdad yang bersamaan dengan 2.7 kilogram beras, yang merupakan jumlah dimakan oleh majoriti penduduk di negeri Sarawak.
Sarawak masih mengekalkan satu kadar zakat fitrah sahaja, berbeza dengan negeri lain yang mungkin mempunyai dua atau tiga kadar berdasarkan jenis beras yang digunakan.
Cara Bayaran Zakat Fitrah Sarawak 2025
Bagi umat Islam di Sarawak yang ingin menunaikan zakat fitrah, terdapat beberapa kaedah pembayaran yang boleh digunakan.Ā
Pembayaran boleh dilakukan sepanjang bulan Ramadan melalui beberapa kaedah yang disediakan oleh Tabung Baitulmal Sarawak (TBS).
Berikut adalah cara-cara pembayaran yang tersedia:
1. Pembayaran Dalam Talian (Online) dan Digital
TBS menyediakan platform pembayaran zakat fitrah secara dalam talian melalui portal rasmi mereka. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
- Layari portal rasmi Baitulmal Kamek di: https://pelanggan.tbs.org.my/
- Log masuk ke akaun anda dengan memasukkan Nombor Kad Pengenalan (Username) dan Kata Laluan.
- Jika belum mempunyai akaun, klik “Daftar Akaun” untuk mendaftar.
- Setelah log masuk, pilih “Bayar Zakat Fitrah” dan ikuti arahan yang diberikan.
- Sahkan pembayaran dan simpan resit sebagai bukti pembayaran.
Sekiranya terlupa kata laluan, boleh klik pautan “Lupa Kata Laluan?” untuk mendapatkan akses semula ke akaun anda.
Selain itu, pembayaran juga boleh dilakukan melalui perbankan internet dan platform digital berikut:
- FPX (Online Banking Payments)
- Boost (E-Wallet)
- MyEG ā Snap & Pay
- Maybank2u (Perbankan Internet Maybank)
- Tulus (Platform Pembayaran Digital)
Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan Aplikasi Tabung Baitulmal Sarawak yang boleh dimuat turun melalui Google Play & App Store bagi memudahkan pembayaran zakat fitrah secara digital.
2. Pembayaran Melalui Kod QR
Tahun ini, TBS telah memperkenalkan sistem pembayaran zakat fitrah melalui kod QR dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Langkah ini bertujuan untuk memudahkan transaksi zakat secara lebih selamat dan terkawal.
Kaedah pembayaran kod QR boleh dilakukan dengan langkah berikut:
- Buka aplikasi perbankan yang menyokong pembayaran DuitNow QR.
- Imbas kod QR yang disediakan oleh Tabung Baitulmal Sarawak.
- Masukkan jumlah RM7.50 dan sahkan pembayaran.
Pembayaran melalui kod QR juga boleh dibuat melalui amil yang dilantik, yang turut diberikan akses kepada sistem ini.
3. Pembayaran Melalui Kaunter Zakat Fitrah
Selain pembayaran dalam talian, umat Islam juga boleh membayar zakat fitrah secara tunai di kaunter-kaunter zakat TBS di seluruh Sarawak.
Lokasi kaunter boleh dirujuk di laman rasmi Facebook Tabung Baitulmal Sarawak.
4. Pembayaran Melalui Amil Yang Ditauliahkan
Umat Islam di Sarawak juga boleh membayar zakat fitrah kepada amil yang dilantik oleh Tabung Baitulmal Sarawak.
- Tahun ini, seramai 788 amil bertauliah telah diberikan tauliah untuk mengutip zakat fitrah di seluruh Sarawak.
- Amil yang bertugas akan menerima bayaran secara tunai atau melalui kod QR.
Langkah-langkah pembayaran melalui amil:
- Pastikan anda membayar kepada amil bertauliah yang dilantik oleh Tabung Baitulmal Sarawak.
- Lakukan pembayaran zakat fitrah sebanyak RM7.50 secara tunai atau digital (kod QR).
- Dapatkan resit rasmi sebagai bukti pembayaran.Ā
Resit / Kupon Zakat Fitrah Sarawak

Apabila buat bayaran melalui amil, dapatkan resit rasmi sebagai bukti pembayaran. Kupon rasmi zakat fitrah mengandungi maklumat penting seperti:
- Nombor siri kupon ā Sebagai rujukan rasmi pembayaran.
- Nama institusi ā Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) sebagai badan yang menguruskan zakat fitrah di Sarawak.
- Kadar zakat fitrah ā RM7.50 seorang untuk tahun 2025M / 1446H.
- Tarikh pembayaran ā Untuk rekod rasmi dan sah penerimaan zakat fitrah.
- Alamat dan maklumat perhubungan ā Lokasi pejabat TBS untuk sebarang pertanyaan lanjut.
- Peringatan ā Kupon ini sah sebagai bukti penerimaan bagi seorang sahaja.
- Pembayar zakat dinasihatkan untuk menyimpan resit atau kupon rasmi sebagai bukti pembayaran zakat fitrah yang sah.
Bilakah Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah?
Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.
Apakah Hukum Zakat Fitrah?
Zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan.
Info dan maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan tentang zakat fitrah ini, boleh merujuk laman rasmi Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) sebagaimana berikut;
Tabung Baitulmal Sarawak | |
@tabungbaitulmalsarawak | |
@BaitulmalSWK | |
Laman Web | https://www.tbs.org.my/ |
Sumber: Tabung Baitulmal Sarawak
Lihat juga kadar zakat fitrah bagi negeri-negeri lain;
- Johor
- Kedah
- Kelantan
- Melaka
- Negeri Sembilan
- Pahang
- Perak
- Perlis
- Pulau Pinang
- Sabah
- Sarawak
- Selangor
- Terengganu
- Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya)
Lihat juga: