HomePendidikanSelamat Kembali Ke Sekolah 2025: “Back to School” Poster

Selamat Kembali Ke Sekolah 2025: “Back to School” Poster

Selamat kembali ke sekolah untuk sesi akademik 2025/2026 kepada semua murid, pelajar dan guru-guru.

Jom tanamkan azam baharu dan semangat baharu.

Lihat Juga: Contoh Aktiviti Minggu Pertama Persekolahan

Tarikh Bermula Persekolahan Sesi 2025/2026

Berdasarkan Kalendar Akademik 2025/2026 (Pindaan) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sesi persekolahan bagi tahun 2025 akan bermula seperti berikut:

  • Kumpulan A (Kedah, Kelantan, Terengganu): 16 Februari 2025 (Ahad)
  • Kumpulan B (Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Labuan, WP Putrajaya): 17 Februari 2025 (Isnin)
Kalendar Akademik KPM 2025 2026 Kumpulan A
Kalendar Akademik KPM 2025 2026 Kumpulan B

Persediaan Kembali ke Sekolah

Agar murid dapat kembali ke sekolah dengan keyakinan, berikut adalah beberapa langkah penting:

1. Pastikan Peralatan Sekolah Lengkap

  • Alat tulis – pensil, pen, pemadam, pembaris, kotak pensil, dan kalkulator jika diperlukan. 
  • Buku teks & latihan – susun mengikut jadual waktu bagi memudahkan pembelajaran. 
  • Beg sekolah – pastikan dalam keadaan baik dan sesuai untuk membawa buku dan peralatan sekolah.

2. Persediaan Pakaian Sekolah

  • ✔ Pastikan pakaian sekolah bersih, digosok kemas, dan lencana sekolah dijahit
  • Kasut sekolah dalam keadaan baik, bersih, dan tidak lusuh. 
  • Stokin sekolah mengikut warna dan peraturan sekolah untuk penampilan yang kemas dan berdisiplin.

3. Penyesuaian Jadual Tidur

  • Latih diri tidur awal beberapa hari sebelum sesi persekolahan bermula.
    Kurangkan penggunaan gajet pada waktu malam untuk memastikan tidur yang berkualiti.
  •  ✔ Waktu tidur yang cukup membantu konsentrasi dan tenaga sepanjang hari di sekolah.

4. Rancang Pengangkutan

  • ✔ Jika menaiki bas sekolah, pastikan jadual dan lokasi pengambilan sudah ditetapkan. 
  • ✔ Murid yang dihantar ibu bapa perlu merancang laluan terbaik untuk mengelakkan kesesakan. 
  • ✔ Murid yang berjalan kaki ke sekolah perlu menggunakan laluan selamat dan mematuhi peraturan jalan raya.
Persediaan Kembali Ke Sekolah

Senarai Semak Keperluan Sekolah

Pakaian Sekolah

☐ Baju uniform
☐ Kain / Seluar
☐ Stokin
☐ Kasut sekolah
☐ Tudung / Songkok
☐ Anak tudung
☐ Baju sukan
☐ Seluar sukan
☐ Sapu tangan
☐ Lencana & nametag
☐ Singlet / Baju dalam
☐ Kiwi kasut

Alat Tulis & Keperluan Pembelajaran

☐ Beg sekolah
☐ Pensel 2B
☐ Pemadam
☐ Pembaris
☐ Pengasah pensel
☐ Gam
☐ Gunting
☐ Pensel warna
☐ Pembalut buku
☐ Fail
☐ Buku nota
☐ Bekas pensel

Barang Keperluan Harian & Kesihatan

☐ Pensel mekanikal
☐ Minyak angin
☐ Jam tangan
☐ Botol air
☐ Bekas makanan
☐ Tisu

Lain-lain

☐ Jadual
☐ Sticker nama
☐ Dompet

Garis Panduan Pemakaian Murid di Sekolah

Berdasarkan Surat Siaran KPM Bilangan 2 Tahun 2024, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan garis panduan pemakaian murid bagi sesi persekolahan 2024/2025. Namun, bagi sesi 2025/2026, garis panduan rasmi masih belum diumumkan.

Ketetapan Pemakaian Murid Sekolah 

  •  2 Hari – Pakaian Seragam Sekolah seperti biasa.
  •  2 Hari – Pakaian Sukan yang sopan dan sesuai.
  •  1 Hari – Pakaian Seragam Kokurikulum mengikut keperluan aktiviti sekolah.

Sekolah diberikan autonomi untuk menentukan hari mana yang sesuai bagi pemakaian seragam, pakaian sukan, dan kokurikulum.

Penekanan Kepada Keselesaan dan Kesihatan Murid

  • Pemakaian tali leher dan blazer hanya digalakkan tetapi boleh dikecualikan dalam keadaan cuaca panas.
  • Keputusan ini dibuat bagi mengurangkan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan sekolah.
  • Mengambil kira faktor kesihatan, keselamatan murid, dan perubahan cuaca yang tidak menentu.

Maklumat lanjut boleh dirujuk melalui portal rasmi KPM: www.moe.gov.my.

Panduan untuk Kekal Semangat Kembali ke Sekolah

  1. Semak semua kelengkapan yang diperlukan untuk kembali ke sekolah.
  2. Semai semangat yang berkobar-kobar untuk hadir ke sekolah.
  3. Sentiasa berfikiran positif untuk hadir ke sekolah.
  4. Sayang dan cinta akan sekolah dan ilmu.
  5. Sedia mematuhi peraturan sekolah dan membentuk disiplin dalam diri.
  6. Sokong dan terima dengan baik setiap program yang telah dirancang dan dilaksana.

Ucapan Motivasi untuk Murid Kembali ke Sekolah

  • Selamat maju jaya kepada semua murid dalam menempuh alam persekolahan. Semoga menjadi tahun yang lebih baik daripada sebelum ini! 
  • Jadikan setiap hari di sekolah sebagai peluang untuk menimba ilmu dan mencapai impian.
  • Tahun baru, semangat baru! Jangan takut mencuba perkara baharu dan tingkatkan potensi diri.
  • Hari baru, peluang baru! Hadapi setiap cabaran dengan fikiran positif dan yakinlah bahawa kamu mampu berjaya.
  • Ilmu adalah kunci kejayaan! Datanglah ke sekolah dengan semangat membara untuk belajar dan mencapai impianmu!

Selamat kembali ke sekolah 2025! Semoga tahun ini membawa lebih banyak kejayaan dan kegembiraan! 🎉🎒

Poster Selamat Kembali Ke Sekolah / Back to School

Berikut adalah beberapa poster dan aktiviti mewarna bersempena “Kembali Ke Sesi Sekolah 2025/2026;

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments