HomeInfoMonsun Barat Daya: Kesan dan Corak Cuaca Di Malaysia

Monsun Barat Daya: Kesan dan Corak Cuaca Di Malaysia

Monsun Barat Daya dijangka bermula 17 Mei 2024 dan akan berterusan sehingga September 2024.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Muhammad Helmi bin Abdullah dalam satu kenyataan media memaklumkan semasa tempoh ini, lazimnya angin bertiup secara konsisten dari arah Barat Daya dengan kelembapan udara yang lebih rendah dan keadaan atmosfera yang lebih stabil. 

Ini menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan yang membawa kepada taburan hujan yang lebih rendah dalam tempoh berkenaan. Sehubungan itu, kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak berbanding bilangan hari hujan.

Walau bagaimanapun, hujan lebat beserta angin kencang dan petir berikutan fenomena garis badai (squall line) mash boleh berlaku di pantai barat Semenanjung, utara Sarawak dan barat Sabah terutamanya pada awal pagi. 

Garis badai adalah barisan ribut petir yang terbentuk akibat penumpuan angin dan boleh berlarutan sehingga beberapa jam.

Apa itu Monsun Barat Daya?

Monsun Barat Daya adalah salah satu daripada dua musim monsun utama yang mempengaruhi cuaca di Malaysia. 

Ia berlaku dari akhir Mei hingga September, membawa angin dan udara kering dari arah barat daya dan menyebabkan keadaan cuaca yang lebih kering berbanding musim Monsun Timur Laut.

  • Monsun Barat Daya membawa keadaan kering dan panas (Mei hingga September).
  • Monsun Timur Laut membawa hujan lebat dan kelembapan tinggi. (November hingga Mac)

Permulaan Monsun Barat Daya 2024

Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 17 Mei 2024 dan akan berterusan sehingga September 2024.

Sepanjang tempoh ini, taburan hujan adalah rendah di kebanyakan tempat seterusnya boleh menyebabkan berlakunya fenomena jerebu sekiranya pembakaran terbuka tidak terkawal.

Permulaan Monsun Barat Daya

Fenomena dan Corak Cuaca Monsun Barat Daya

Taburan Hujan Rendah

Semasa tempoh, kebanyakan negeri di Malaysia mengalami taburan hujan yang lebih rendah. Hujan bulanan biasanya berada di bawah 150mm, menyebabkan keadaan kering di banyak kawasan.

Bilangan Hari Tanpa Hujan Lebih Banyak Berbanding Hari Hujan

Jumlah hari tanpa hujan lebih banyak berbanding bilangan hari hujan di kebanyakan negeri. Ini menyumbang kepada keadaan kering dan panas yang berterusan sepanjang musim ini.

Fenomena Garis Badai

Garis badai (squall line) yang membawa hujan lebat, angin kencang, dan ribut petir boleh berlaku di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia dan Barat Sabah pada awal pagi. Fenomena ini boleh menyebabkan gangguan sementara tetapi penting dalam menyegarkan udara kering.

Jangka Hayat Garis Badai

Garis badai biasanya mempunyai jangka hayat beberapa jam sahaja, tetapi kesannya boleh dirasai sepanjang hari.

Fenomena dan Corak Cuaca Monsun Barat Daya

Kesan Cuaca

1) Jerebu

Cuaca kering semasa monsun ini sering menyebabkan jerebu, yang berpunca daripada pembakaran terbuka dan asap dari kebakaran hutan.

2) Cuaca Kering

Keadaan cuaca yang kering adalah biasa sepanjang tempoh, menyebabkan kelembapan udara yang rendah dan peningkatan suhu harian.

3) Kebakaran Hutan

Kebakaran hutan adalah risiko utama semasayang boleh berlaku akibat keadaan kering dan kesan daripada kebakaran hutan sekiranya berlaku.

4) Penyusutan Paras Air Empangan

Kekurangan hujan juga membawa kepada penyusutan paras air empangan, yang boleh menjejaskan bekalan air bagi kegunaan harian dan pertanian.

Nasihat dan Kesan Cuaca Ketika Jerebu dan Kemarau

Nasihat Cuaca Ketika Jerebu dan Kemarau

  • Elakkan Pembakaran Terbuka: Hindari aktiviti pembakaran terbuka untuk mengurangkan risiko jerebu.
  • Elakkan Buang Puntung Rokok Merata-rata: Pastikan puntung rokok dipadam sepenuhnya sebelum dibuang.
  • Minum Air Secukupnya: Kekal hidrasi dengan minum air yang mencukupi setiap hari.
  • Hadkan Aktiviti Luar: Kurangkan masa yang dihabiskan di luar rumah untuk mengelakkan pendedahan kepada cuaca panas dan kering.
  • Menyimpan Bekalan Air Secukupnya: Simpan air yang mencukupi untuk kegunaan semasa kemarau.

Sumber: https://www.met.gov.my/pendidikan/fenomena-cuaca/ 

Kenyataan Media Jabatan Meteorologi Malaysia (MET)

Kenyataan MET Permulaan Monsun Barat Daya 2024
RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments