HomeZakat FitrahZakat Fitrah Sabah 2025: Kadar dan Cara Bayaran Online

Zakat Fitrah Sabah 2025: Kadar dan Cara Bayaran Online

Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah mengumumkan kadar zakat fitrah di Negeri Sabah bagi tahun pada 2025 / 1446H.

Bayaran zakat fitrah ini boleh dibuat mulai 1 Ramadhan pada tahun ini sehingga sebelum menunaikan solat Aidilfitri pada 1 Syawal.

Pembayaran bagi zakat fitrah ini boleh dibuat secara dalam talian, secara digital melalui kod QR atau pembayaran melalui amil yang dilantik oleh Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Lihat Juga: Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Negeri Sabah 2025/1446
 

Kadar Zakat Fitrah Sabah bagi tahun 2025 / 1446H

Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah Tahun 2025 : 1446H
Sumber: MUIS

Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah bagi Tahun 1446 Hijrah bersamaan 2025 Masihi adalah berjumlah RM7.50 untuk seorang.

Kadar zakat fitrah ini adalah berdasarkan sukatan satu gantang Baghdad yang bersamaan dengan 2.7 kilogram beras, yang merupakan jumlah dimakan oleh majoriti penduduk di negeri Sabah.

Sabah hanya menetapkan satu kadar sahaja zakat fitrah bagi negeri ini berbanding negeri-negeri yang yang mempunyai sama ada dua atau tiga kadar. 

Cara Bayaran Zakat Fitrah Sabah 2025

Bagi mereka yang ingin menunaikan zakat fitrah ini, terdapat beberapa beberapa  kaedah yang boleh digunakan iaitu secara online, digital, bayaran melalui amil-amil yang di lantik atau bayaran melalui kaunter di kaunter zakat MAINS.

Pembayaran boleh dilakukan sepanjang bulan Ramadan melalui beberapa kaedah yang disediakan oleh Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Berikut adalah cara-cara pembayaran yang tersedia:

1. Pembayaran Dalam Talian (Online)

MUIS menyediakan platform pembayaran zakat fitrah secara dalam talian melalui laman web rasmi mereka. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web rasmi MUIS di https://appszakat.sabah.gov.my/
  2. Klik pada pautan “BAYAR ZAKAT FITRAH SECARA ONLINE”.
  3. Ikuti arahan yang diberikan untuk melengkapkan proses pembayaran.

2. Pembayaran Melalui Kod QR

Tahun ini, MUIS telah memperkenalkan sistem pembayaran zakat fitrah melalui kod QR menerusi Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB BIZ), sebagai tambahan kepada kod QR i-Muamalat yang telah tersedia sebelum ini.

Langkah ini selaras dengan usaha kerajaan dalam pendigitalan perkhidmatan awam bagi meningkatkan kecekapan dan ketelusan.

Anda boleh menggunakan aplikasi perbankan yang menyokong pembayaran kod QR, seperti i-Muamalat dan BIMB BIZ. Langkah-langkahnya adalah:

  1. Buka aplikasi perbankan (i-Muamalat atau BIMB BIZ).
  2. Tekan pilihan “DuitNow QR”.
  3. Imbas kod QR yang disediakan oleh MUIS.
  4. Masukkan jumlah RM7.50 dan sahkan pembayaran.

3. Pembayaran Melalui JomPAY

Anda juga boleh membayar zakat fitrah melalui perkhidmatan JomPAY menggunakan akaun bank anda. Langkah-langkahnya:

  1. Log masuk ke perbankan internet atau aplikasi mudah alih bank anda.
  2. Pilih “JomPAY” sebagai kaedah pembayaran.
  3. Masukkan kod bil (Biller Code) yang berkaitan dengan MUIS.
  4. Masukkan jumlah RM7.50 dan lengkapkan pembayaran.

4. Pembayaran Melalui Kaunter

Selain pembayaran dalam talian, anda boleh membayar zakat fitrah secara tunai di kaunter-kaunter Bahagian Zakat & Fitrah (MUIS) di seluruh Sabah. Antara cawangan yang tersedia termasuk:

  • Kota Kinabalu: Tingkat 1, Blok A & B, Wisma MUIS
  • Sandakan: Tingkat 1, Bangunan Urusetia Negeri, Batu 7, Jalan Labuk
  • Tawau: Tingkat 1, Blok C, Lot 10, Taipan Commercial Centre, Jalan Kuhara
  • Beaufort: Tingkat 1, Blok C, Lot 20, New Beaufort Jaya
  • Keningau: Tingkat Bawah, Blok 1, Lot 1, Kota Plaza 1, Jalan Masjid
  • Kota Marudu: Tingkat Bawah, Blok A3, Lot 1, Bandau Commercial Centre, Jalan Kota Marudu-Pitas

Waktu operasi kaunter adalah seperti berikut:

  • Isnin hingga Khamis: 8.00 pagi – 1.00 petang dan 2.00 petang – 5.00 petang
  • Jumaat: 8.00 pagi – 11.30 pagi dan 2.00 petang – 5.00 petang
  • Sabtu, Ahad, dan Cuti Umum: Tutup

5. Amil Yang Dilantik

Pembayaran juga boleh dilakukan melalui amil zakat fitrah bertauliah yang dilantik oleh MUIS.

Seramai 2050 wakil amil dilantik untuk menyelaras dan memungut zakat fitrah sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Langkah-langkah pembayaran melalui amil:

  1. Cari amil bertauliah: Pastikan anda membayar kepada amil yang dilantik secara rasmi oleh MUIS.
  2. Lakukan pembayaran: Serahkan jumlah zakat fitrah sebanyak RM7.50 secara tunai atau melalui imbasan kod QR yang disediakan.
  3. Dapatkan resit: Pastikan anda menerima resit rasmi sebagai bukti pembayaran.

Bilakah Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah?

Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Apakah Hukum Zakat Fitrah?

Zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan.

Info dan maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan tentang zakat fitrah ini, boleh merujuk laman rasmi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) melalui Facebook;

Anda juga boleh merujuk laman web melalui pautan berikut;

Sumber: MUIS

Lihat juga kadar zakat fitrah bagi negeri-negeri lain;

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments