HomeInfoPermohonan Sebagai Sukarelawan MAHA 2024 Kini Dibuka

Permohonan Sebagai Sukarelawan MAHA 2024 Kini Dibuka

PELUANG MENJADI SUKARELAWAN MAHA 2024. PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan menganjurkan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024 pada 11 hingga 22 September 2024 di MAEPS, Serdang

Melangkaui satu abad penganjuran, MAHA kini telah menjadi pameran sektor pertanian yang sentiasa dinanti oleh segenap lapisan masyarakat kerana membawa elemen teknologi terkini dan penekanan pameran bersifat interaktif dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan negara.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi Sukarelawan MAHA 2024, berikut adalah maklumat yang anda perlu ketahui.

“Harvesting Tomorrow Where Dreams Blossom”: Tema MAHA 2024

Tema MAHA 2024, “Harvesting Tomorrow Where Dreams Blossom”, mencerminkan aspirasi KPKM untuk menuai kejayaan di masa hadapan dengan usaha dan inovasi yang kita terokai pada hari ini. 

Tema ini menekankan kepentingan inovasi dalam memastikan keterjaminan makanan untuk negara. 

Dengan cabaran perubahan iklim, peningkatan populasi, dan ketidakstabilan pasaran global, kita perlu terus mencari jalan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam sektor pertanian.

Tarikh dan Tempat

MAHA akan berlangsung selama 12 hari pada bulan September ini sebagaimana maklumat berikut;

  • Tarikh: 11 hingga 22 September 2024
  • Tempat: Taman Expo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang

Tarikh ini juga adalah bersempena cuti sekolah penggal 2 2024 di mana anda berpeluang membawa anak-anak dan keluarga bagi mengunjungi pameran ini.

Lokasi ini adalah lokasi yang selalu dibuat bagi pameran ini. Ia dipilih kerana kemudahan dan infrastrukturnya yang mampu menampung ribuan pengunjung dan pempamer dari dalam dan luar negara.

Mengapa Menjadi Sukarelawan di MAHA 2024?

Menjadi sukarelawan di MAHA 2024 bukan sahaja memberi anda peluang untuk menyumbang kepada kejayaan pameran terbesar negara dalam sektor pertanian, tetapi juga memberikan pelbagai faedah yang menarik. 

Sebagai sukarelawan, anda akan berpeluang mendapatkan pengalaman berharga dalam pengendalian acara berskala besar, berinteraksi dengan pelbagai pemain industri, serta terlibat secara langsung dalam memperkenalkan teknologi terkini yang akan mencorakkan masa depan pertanian negara.

Apa Yang Sukarelawan Dapat?

Sukarelawan akan dapat;

  • ✅ Baju
  • ✅ Topi
  • ✅ Makan Minum
  • ✅ Sijil Penghargaan

Senarai Tugas Sukarelawan MAHA 2024

Sebagai sukarelawan, anda akan diberi pelbagai tanggungjawab penting yang akan membantu memastikan kelancaran pameran. Berikut adalah senarai tugas sukarelawan:

  1. Panduan arah kepada pengunjung: Membantu pengunjung mencari jalan dan lokasi pameran di MAEPS.
  2. Penyuraian trafik pengunjung (crowd dispersal): Mengurus aliran pengunjung untuk mengelakkan kesesakan dan memastikan keselamatan.
  3. Pengedaran risalah maklumat MAHA 2024: Menyebarkan risalah dan maklumat penting mengenai acara kepada pengunjung.
  4. Bantuan kepada warga emas dan OKU: Menyediakan bantuan khusus kepada golongan warga emas dan orang kurang upaya untuk memastikan mereka juga dapat menikmati pameran dengan selesa.
  5. Lain-lain bantuan am: Tugas-tugas lain yang bertujuan meningkatkan pengalaman pengunjung sepanjang pameran.

Kriteria Sukarelawan MAHA 2024

Untuk menjadi sukarelawan, anda perlu memenuhi beberapa kriteria asas yang ditetapkan oleh KPKM:

  • Sihat tubuh badan: Sukarelawan perlu berada dalam keadaan kesihatan yang baik untuk menjalankan tugas yang diberikan.
  • Bersedia untuk bertugas sepanjang tempoh MAHA 2024: Komitmen untuk berkhidmat sepanjang tempoh pameran adalah amat diperlukan.

Cara Mendaftar sebagai Sukarelawan MAHA 2024

Pendaftaran sebagai sukarelawan kini dibuka. Anda boleh mendaftar melalui pautan berikut: Borang Pendaftaran Sukarelawan MAHA 2024.

Pertanyaan dan Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai program sukarelawan ini, anda boleh menghubungi pegawai-pegawai KPKM yang terlibat melalui maklumat berikut:

Info Lanjut

Ikuti maklumat berikut untuk info lanjut dan terkini mengenai penganjuran pameran MAHA;

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments