HomeSemakanSemakan MyKID JPN 2025: Status Permohonan Online Anak

Semakan MyKID JPN 2025: Status Permohonan Online Anak

Bagi yang belum tahu, kerajaan telah membuka semula permohonan MyKid sejak Julai 2024. Pemohon boleh membuat semakan status permohonan MyKid secara dalam talian melalui portal rasmi JPN.

Sebelum ini, permohonan untuk buat  MyKid bagi bayi baru lahir telah ditangguhkan sementara berikutan masalah kekurangan bekalan mikrocip yang turut terkesan di peringkat global sejak pandemik COVID-19.

JPN juga pada tahun lalu memaklumkan bahawa pemohon yang telah membuat permohonan sebelum ini dan memiliki resit permohonan MyKid, tetapi cetakannya ditangguhkan, perlu membuat pengesahan cetakan melalui portal rasmi JPN sebelum hadir ke Pejabat JPN pilihan mereka untuk mengambil kad tersebut.

Sehubungan itu, pemohon yang terlibat diminta memberikan kerjasama untuk memastikan MyKid yang dicetak dapat dituntut oleh pemiliknya. Langkah ini bertujuan mengelakkan lambakan kad yang tidak diambil, sekali gus mengurangkan pembaziran dan kerugian kepada pihak kerajaan.

Lihat Juga: Hadiah Untuk Ibu Bersalin & Baby Baru Lahir: Idea dan Panduan

Apa itu MyKid?

MyKID adalah kad pengenalan khas bagi kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur di bawah 12 tahun. Ia menggantikan sijil kelahiran dalam pelbagai urusan rasmi dan berfungsi sebagai dokumen pengenalan utama sebelum kanak-kanak memperoleh MyKad pada usia 12 tahun.

Ciri MyKid adalah sama seperti MyKad cuma ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.

  • My – membawa maksud “Malaysia” 
  • Kid   pula adalah singkatan kepada ” Kad Identiti Diri “. 

Nombor pengenalan diri yang terdapat pada MyKid ini akan digunakan di dalam semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.

Mykid mengandungi 3 aplikasi utama yang terkandung di dalam cip iaitu:

  • Aplikasi JPN (data kelahiran)
  • Maklumat kesihatan
  • Maklumat pendidikan

Kelebihan MyKid

  • Memudahkan Urusan – Mengurangkan penggunaan borang di agensi kerajaan dan swasta.
  • Digunakan di Pelbagai Sektor – Penting untuk urusan kesihatan, pendidikan, dan lain-lain.
  • Mudah Dibawa – Saiz kecil dan praktikal.
  • Ciri Keselamatan – Dilengkapi teknologi cip untuk mengelakkan penyalahgunaan.
  • Maklumat Mudah Dikemaskini – Data boleh dibaca dan diperbaharui dalam cip.
  • Reka Bentuk Menarik – Estetik dan moden.

MyKid Hanya Sekali Seumur Hidup

Mulai 29 Julai 2024, permohonan mykid kali pertama sahaja dibenarkan

Untuk makluman ibubapa, MyKid hanya boleh dibuat sekali sahaja sehingga anak berumur 12 tahun. Jika hilang atau rosak, tiada gantian atau cetakan semula akan diberikan. Anak perlu menggunakan sijil kelahiran sebagai dokumen rasmi sehingga boleh membuat MyKad pada usia 12 tahun.

JPN tidak membenarkan permohonan MyKid baru sekiranya ia hilang, rosak, atau tidak dituntut. Sijil kelahiran perlu digunakan sebagai pengganti untuk urusan rasmi seperti pendaftaran sekolah dan perkhidmatan kesihatan.

Ibu bapa disarankan untuk mengambil langkah pencegahan bagi memastikan MyKid anak sentiasa selamat dan terjaga;

  • Simpan MyKid anak dengan selamat dan elakkan daripada risiko kehilangan.
  • Ambil gambar atau buat salinan MyKid sebagai rujukan jika diperlukan.
  • Gunakan sarung pelindung kad bagi mengelakkan kerosakan fizikal.
  • Pastikan sijil kelahiran sentiasa tersedia untuk menggantikan fungsi MyKid jika diperlukan.

Baca: Panduan Mendidik Anak-anak Menghormati Ibu bapa Sejak Kecil

Cara Semak Status Permohonan MyKID Online

Bagi memudahkan ibu bapa, JPN telah menyediakan sistem semakan dalam talian untuk memeriksa status permohonan MyKID. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti:

  1. Layari laman web rasmi JPN di www.jpn.gov.my.
  2. Pergi ke bahagian “e-Services” pada menu utama.
  3. Klik “Semakan Status Permohonan”.
  4. Atau gunakan link pintasan https://spcmykid.jpn.gov.my/semak_mykid/ 
  5. Masukkan nombor sijil kelahiran/MyKID anak dan kod CAPTCHA yang dipaparkan.
  6. Klik butang “Semak” untuk mendapatkan status terkini permohonan.
  7. Jika status menunjukkan “MyKID sedia untuk diambil”, anda boleh ke pejabat JPN untuk mengambil kad tersebut.

Anda juga imbas kod QR pada poster di bawah untuk semakan MyKid JPN;

Sistem Semakan Permohonan Mykid

Pusat Kutipan Mykid & Dokumen Penting

Bagi status semakan permohonan  yang tertera “MyKid sedia untuk diambil”, dokumen yang perlu dibawa semasa kutipan di pejabat JPN adalah;

  1. Sijil Kelahiran asal kanak-kanak
  2. Notis Kutipan MyKid
  3. Kad Pengenalan Pemohon

Kutipan MyKid perlu dilakukan di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang sama di mana permohonan asal dibuat. 

Ini bermakna, jika permohonan MyKid dilakukan di JPN Daerah Kota Belud, kutipan kad tersebut juga perlu dilakukan di Kota Belud. Tidak dibenarkan untuk mengambil MyKid di pusat kutipan yang berlainan daripada tempat permohonan asal.​

Proses Permohonan MyKID untuk Bayi Baru Lahir

Setiap bayi yang dilahirkan di Malaysia layak untuk menerima MyKID secara percuma. Ibu bapa disarankan untuk membuat permohonan dalam tempoh 60 hari selepas kelahiran bagi memastikan proses berjalan lancar.

Berikut adalah proses lengkap permohonan MyKID:

  1. Hadir ke pejabat JPN yang berdekatan.
  2. Ambil dan lengkapkan borang permohonan MyKID.
  3. Serahkan dokumen sokongan yang diperlukan.
  4. Permohonan akan diproses tanpa sebarang bayaran.
  5. Setelah siap, ibu bapa akan dimaklumkan untuk mengambil MyKID di cawangan JPN yang berkaitan.

Dokumen Diperlukan untuk Permohonan MyKID

Ibubapa atau penjaga perlu membawa dokumen berikut untuk permohonan MyKid​​:

  • Borang Daftar Kelahiran JPN.LM01 yang telah diisi dengan lengkap (asal);
  • Borang Pengesahan Kelahiran daripada hospital atau Surat Pengesahan Doktor bagi kelahiran di rumah (asal);
  • Laporan Polis bagi kelahiran di rumah (asal);
  • Kad Pranatal (Buku Rawatan Mengandung) atau Kad Rawatan Semasa Ibu Mengandung (asal dan salinan);
  • Kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa (asal dan salinan)
  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri  pemaklum [jika pemaklum bukan ibu atau bapa kanak-kanak] (asal dan salinan);
  • Sijil Kematian ibu dan bapa kanak-kanak (asal dan salinan- jika berkaitan); dan
  • Dokumen Perkahwinan atau Perceraian ibubapa kanak-kanak (asal dan salinan).
  • Surat akuan AM80 sekiranya tiada buku rawatan mengandung atau kad rawatan mengandung

Lihat Juga: Cara Tuntutan Bantuan Khairat Kematian ASNB (ASB, ASB2 DLL)

Tempoh Siap MyKID Selepas Permohonan

Tempoh siap MyKID bergantung kepada jumlah permohonan semasa dan keadaan teknikal di pejabat JPN. 

Namun, secara umum, tempoh pemprosesan adalah sekitar 30 hingga 60 hari bekerja selepas permohonan dibuat.

Sekiranya terdapat kelewatan, ibu bapa boleh:

  • Menyemak status permohonan secara berkala melalui laman web JPN.
  • Menghubungi pejabat JPN untuk mendapatkan kemas kini terkini.
  • Hadir sendiri ke pejabat JPN jika permohonan melebihi tempoh 60 hari tanpa sebarang makluman.

Permohonan MyKID di Pusat Cetakan Teragih JPN (Untuk Pemprosesan Lebih Cepat)

Jika mak ayah  ingin cepat dalam proses permohonan dan pengeluaran MyKid,  mak ayah boleh buat permohonan di Pejabat JPN yang mempunyai kemudahan Pusat Cetakan Teragih. 

Pejabat ini mempunyai kemudahan untuk mencetak MyKid terus di cawangan tersebut tanpa perlu menunggu pemprosesan dari ibu pejabat negeri.

Kelebihan Memohon MyKid di Pusat Cetakan Teragih

  • MyKid dicetak terus di cawangan – Tidak perlu dihantar ke ibu pejabat. 
  • Tempoh siap lebih cepat – Proses lebih pantas berbanding pejabat biasa.
  • Kurang beban di ibu pejabat – Memudahkan dan mempercepatkan urusan pengeluaran dokumen. 
  • Lokasi lebih fleksibel – Boleh memilih pejabat JPN berdekatan yang mempunyai kemudahan ini.

Senarai Pejabat JPN (Pusat Cetakan Teragih)

Berikut adalah senarai Pusat Cetakan Teragih JPN;

JPN Negeri

SELANGOR

  • JPN Shah Alam
  • JPN Petaling Jaya
  • JPN Klang

JOHOR

  • JPN Negeri Johor
  • JPN Batu Pahat
  • JPN Kluang
  • JPN Kota Tinggi

SABAH

  • JPN Negeri Sabah
  • JPN Sandakan
  • JPN Kota Marudu
  • JPN Papar
  • JPN Sipitang

SARAWAK

  • JPN Negeri Sarawak
  • JPN Sri Aman
  • JPN Sarikei
  • JPN Bintulu
  • JPN Kapit

PERAK

  • JPN Negeri Perak
  • JPN Larut Matang
  • JPN Bagan Datuk

KELANTAN

  • JPN Negeri Kelantan
  • JPN Machang
  • JPN Gua Musang

TERENGGANU

  • JPN Dungun
  • JPN Besut

MELAKA

  • JPN Negeri Melaka

WILAYAH PERSEKUTUAN

  • JPN WP Kuala Lumpur
  • JPN WP Putrajaya

PULAU PINANG

  • JPN Negeri Pulau Pinang
  • JPN Bertam

PAHANG

  • JPN Negeri Pahang
  • JPN Raub
  • JPN Temerloh

KEDAH

  • JPN Negeri Kedah
  • JPN Kulim

JPN UTC CAWANGAN

Semenanjung

  • JPN Cawangan UTC Johor
  • JPN Cawangan UTC Pasir Gudang
  • JPN Cawangan UTC Kedah
  • JPN Cawangan UTC Sungai Petani
  • JPN Cawangan UTC Melaka
  • JPN Cawangan UTC Negeri Sembilan
  • JPN Cawangan UTC Pahang
  • JPN Cawangan UTC Pulau Pinang
  • JPN Cawangan UTC Perlis
  • JPN Cawangan UTC Selangor
  • JPN Cawangan UTC Terengganu
  • JPN Cawangan UTC Kuala Lumpur
  • JPN Cawangan UTC Sentul
  • JPN Cawangan UTC Keramat

Sarawak

  • JPN Cawangan UTC Sarawak
  • JPN Cawangan UTC Sibu
  • JPN Cawangan UTC Miri

Sabah

  • JPN Cawangan UTC Tawau
  • JPN Cawangan UTC Sabah
  • JPN Cawangan UTC Keningau
  • JPN Cawangan UTC W.P Labuan
Senarai Pejabat JPN (Pusat Cetakan Teragih)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi JPN di www.jpn.gov.my atau ikuti media sosial rasmi JPN di platform berikut:


Lihat Juga

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments