Permohonan Young Talent Development Programme (YTP) MARA 2025.
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan peluang kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 untuk memohon Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah (PBU) melalui Young Talent Development Programme (YTP) 2025.
Program ini bertujuan membiayai pengajian bermula dari peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah sarjana muda di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam negara atau di universiti luar negara yang terpilih, mengikut bidang pengajian tertentu.
YTP memberi keutamaan kepada bidang berkaitan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), sejajar dengan hasrat negara untuk melahirkan modal insan berkemahiran tinggi bagi keperluan masa depan.
Lihat Juga: Ranking MRSM 2025: Berdasarkan Keputusan SPM 2024
Apakah itu Young Talent Development Programme (YTP)?
Young Talent Development Programme (YTP) adalah program penajaan pinjaman pelajaran berbentuk pinjaman boleh ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Ia ditawarkan kepada pelajar cemerlang lepasan SPM 2024 untuk melanjutkan pengajian dari peringkat Persediaan hingga Ijazah Pertama di IPT dalam negara dan universiti luar negara terpilih mengikut bidang tertentu.
Pinjaman Boleh Ubah (PBU) bermaksud keseluruhan pinjaman pelajaran yang diterima boleh dipertimbangkan pengurangan (conversion) bayaran balik berdasarkan prestasi akademik pemohon setelah tamat pengajian tertakluk kepada dasar yang ditetapkan.
Tempoh Permohonan
Permohonan dijangka dibuka pada 28 April 2025 (Isnin) dan ditutup pada 9 Mei 2025 (Jumaat).

Syarat Kelayakan
Berikut adalah syarat kelayakan umum dan khusus bagi YTP MARA 2025;
Syarat Umum
- Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa adalah bertaraf Bumiputera DAN warganegara Malaysia.
- Had umur pemohon pada 31 Disember 2025 tidak melebihi 20 tahun.
- Tidak menerima tajaan/bantuan kewangan daripada mana-mana penaja/agensi lain bagi peringkat pengajian yang sama.
- Pemohon dan penjamin adalah warganegara Malaysia pemastautin yang tidak diisytihar muflis (rujuk kelayakan menjadi penjamin di Panduan Permohonan).
- Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga Sah/Penjamin tidak termasuk dalam senarai hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang-Undang MARA semasa permohonan, sepanjang tempoh pengajian pelajar dan sehingga selesai bayaran balik pinjaman.
- Pemohon perlu mempunyai kesihatan yang baik dan bebas dari sebarang penyakit kronik untuk melanjutkan pengajian (senarai penyakit kronik rujuk di Lampiran GP1). Pengesahan tahap kesihatan (medical examination report) perlu dilakukan sekiranya pemohon menerima tawaran YTP.
- Keutamaan diberikan kepada calon daripada latar belakang Status Sosio Ekonomi (SES) keluarga (ibu bapa/penjaga sah) dengan kategori pendapatan B40 dan M40.
Syarat Khusus
- Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama pada tahun 2024.
- Pemohon telah memenuhi semua syarat kelayakan program yang ditetapkan bagi mengikuti kursus yang dipilih.
- Proses temu duga hanya melibatkan kursus laluan luar negara pilihan pertama dan kursus tertentu dalam negara. Permohonan yang memenuhi syarat dan melepasi saringan sahaja akan disenarai pendek untuk menghadiri temu duga. Tiada sebarang rayuan akan diproses sekiranya pemohon gagal disenarai pendek menghadiri temu duga.
- Sebarang hebahan berkaitan temu duga akan dimaklumkan kepada pemohon dari semasa ke semasa melalui e-mel yang telah didaftar semasa permohonan YTP dibuat.
Senarai Bidang/Kursus Di Bawah Program YTP MARA 2025
- Keutamaan bidang/kursus adalah berkaitan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
- Bidang-bidang pengajian yang TIDAK DITAJA adalah seperti di bawah:
- Program Perubatan, Pergigian, Farmasi, Perubatan Veterinar (kecuali laluan dalam negara);
- Program Undang-undang dan Seni bina;
- Bidang Pendidikan;
- Bidang berlesen seperti penerbangan dan sebagainya;
- Program-program berkembar/ijazah dual/francais; dan
- Program kejururawatan, separa perubatan dan program pra-perkhidmatan.
- Senarai program, syarat kelayakan dan maklumat pengajian YTP lepasan SPM 2024 yang telah ditetapkan adalah seperti di Lampiran GP2.
Cara Memohon YTP MARA 2025
- Permohonan dibuka secara dalam talian (online) sahaja mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan. Tiada permohonan secara manual sama ada melalui surat, borang, e-mel atau apa sahaja cara selain permohonan di atas talian sistem MyEduloan.
- Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) melalui sistem MyEduloan https://educationloan.mara.gov.my bermula 28 April 2025 (Isnin) sehingga 9 Mei 2025 (Jumaat), 3.00 petang.
- Pemohon perlu membaca, meneliti dan memahami Manual Permohonan ini iaitu Garis Panduan Permohonan, Panduan Permohonan, Soalan Lazim (FAQ) dan Lampiran yang ditetapkan sebelum mengisi maklumat.
- Pemohon yang memohon program ini adalah tertakluk kepada semua syarat dan peraturan yang dinyatakan dalam Manual Permohonan di para 3 di atas.
- Panduan lengkap mengenai dokumen sokongan yang perlu dimuat naik ke dalam sistem MyEduloan adalah seperti yang tertera dalam manual Panduan Permohonan Pinjaman Pendidikan MARA.
- Pemohon hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap sebelum permohonan dihantar.
- Permohonan yang telah dihantar TIDAK BOLEH diubah dan dikemaskini.
- Cetakan ‘slip pengesahan permohonan telah dihantar’ menunjukkan permohonan telah dibuat. Slip pengesahan tersebut tidak bermaksud bahawa permohonan yang dihantar adalah lengkap dan layak diproses. Pemohon perlu sentiasa menyemak status permohonan yang telah dihantar dari semasa ke semasa di sistem MyEduloan.
- Permohonan yang tidak lengkap, lewat dihantar atau/dan tidak memenuhi syarat/kriteria yang telah ditetapkan adalah TIDAK layak dan TIDAK akan diproses.
- Keputusan semakan semula SPM yang diterima dalam tempoh permohonan sahaja akan diproses untuk semakan syarat kelayakan akademik pelajar. Keputusan semakan semula SPM selepas tarikh tutup permohonan YTP TIDAK akan dipertimbangkan.
- Pemohon perlu sentiasa menyemak status permohonan yang telah dihantar dari semasa ke semasa di e-mel pemohon yang telah didaftar di sistem MyEduloan.
- MARA pada bila-bila masa boleh membuat sebarang perubahan kepada tawaran permohonan ini termasuk syarat dan kriteria tanpa perlu memberikan sebarang notis pemberitahuan terlebih dahulu.
- Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas 90 hari daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK berjaya dan keputusan adalah muktamad.
- Hanya pemohon yang berjaya dan menerima tawaran sahaja perlu mencetak dan menghantar dokumen berkaitan kepada pihak Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam tempoh 14 hari dari tarikh Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan MARA atau pada tempoh yang akan ditetapkan.
Kouta Tawaran Pinjaman
- Kuota bagi pertimbangan tawaran pinjaman pelajaran MARA ini adalah tertakluk kepada peruntukan sedia ada, merit kelayakan akademik dan keutamaan syarat SES serta perubahan dasar MARA dari semasa ke semasa.
- Pihak MARA tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan yang diterima walaupun permohonan tersebut memenuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.
- Pemohon yang berjaya ditawarkan dan bersetuju menerima tawaran pinjaman pelajaran di bawah program ini tertakluk kepada terma-terma perjanjian yang akan ditandatangani.
- Pemohon yang telah menerima tawaran TIDAK DIBENARKAN menukar tawaran kepada program lain. Tawaran adalah muktamad dan tiada pindaan.
- MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman yang telah dikeluarkan tanpa memberikan sebarang notis pemberitahuan terlebih dahulu sekiranya didapati perlu atau/dan pemohon memberi maklumat palsu atau/dan maklumat bercanggah yang mana butiran diisi dalam permohonan berbeza dengan butiran pada salinan dokumen yang disertakan/dimuat naik.
Tarikh–Tarikh Penting YTP MARA 2025
- Permohonan dibuka – 28 April 2025
- Permohonan ditutup – 9 Mei 2025
- Hebahan MARA Students Assessment Programme (MSAP) – Minggu pertama Jun 2025
- MARA Students Assessment Programme (MSAP) – Minggu kedua Jun 2025
- Hebahan tawaran YTP – Minggu kedua Julai 2025
Nota: Tarikh-tarikh di atas tertakluk kepada pindaan.
Info dan Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui e-mel dari jam 09.00 pagi hingga jam 04.30 petang (Isnin–Jumaat) seperti berikut:
* e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja.
Saluran e-mel:
- Mengenai program, sila e-mel ke: [email protected]
- Mengenai masalah teknikal semasa permohonan, sila e-mel ke: [email protected]
Maklumat lanjut berkaitan Young Talent Development Programme (YTP) Lepasan SPM 2024;
- >>> Garis Panduan Permohonan
- >>> Syarat kelayakan program
- >>> Soalan Lazim
- >>> Panduan Permohonan
- >>> Pautan Permohonan Atas Talian
- >>> Manual Sistem
Sumber: Facebook MARA & Laman Web MARA
Soalan Lazim (FAQ)
Berikut merupakan beberapa soalan lazim mengenai Young Talent Development Programme (YTP) Lepasan SPM 2024;
Young Talent Development Programme (YTP) adalah program penajaan pinjaman
pelajaran berbentuk pinjaman boleh ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat
(MARA) untuk pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024
bagi mengikuti pengajian bermula di peringkat Persediaan hingga ke peringkat
Ijazah Pertama di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam negara dan universiti
luar negara yang terpilih mengikut bidang tertentu.
Pinjaman Boleh Ubah (PBU) bermaksud keseluruhan pinjaman pelajaran yang
diterima boleh dipertimbangkan pengurangan (conversion) bayaran balik
berdasarkan prestasi akademik pemohon setelah tamat pengajian tertakluk
kepada dasar yang ditetapkan.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal MARA,
https://educationloan.mara.gov.my. Pemohon hendaklah mendaftar terlebih
dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan. Pemohon perlu
MEMBACA DAN MEMAHAMI GARIS PANDUAN PERMOHONAN YTP yang
disediakan sebelum membuat permohonan.
Permohonan dibuka selama 11 hari mulai 28 April 2025 (Isnin) sehingga 9 Mei 2025 (Jumaat).
ditetapkan oleh pihak MARA?
Senarai program, syarat kelayakan dan maklumat pengajian yang telah ditetapkan
boleh dirujuk pada Lampiran GP2.
Tidak boleh. Permohonan hanya dibuka kepada pelajar-pelajar yang telah
menduduki SPM 2024 buat kali pertama sahaja.
Artikel Berkaitan: