Sukacitanya Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan Program Graduan Cemerlang (Graduate Excellence Programme – GrEP) iaitu pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah untuk graduan cemerlang lepasan ijazah Pertama/Sarjana bagi mengikuti pengajian peringkat pascasiswazah ijazah Sarjana (Dalam Negara), Ijazah Kedoktoran/PhD (Dalam Negara) di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan Ijazah Sarjana (Luar Negara) di universiti terpilih luar negara mengikut bidang tertentu yang memberi impak besar kepada keperluan guna tenaga negara.
Calon-calon yang berkelayakan berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan, bolehlah membuat permohonan sebelum tarikh tutup yang dinyatakan di bawah.
Apakah itu Graduate Excellence Programme (GrEP)?
Graduate Excellence Programme (GrEP) adalah program penajaan pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar cemerlang lepasan ijazah pertama atau sarjana bagi mengikuti pengajian di peringkat pascasiswazah Ijazah Sarjana (Dalam Negara), Ijazah Kedoktoran/PhD (Dalam Negara) dan Ijazah Sarjana (Luar Negara) di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan Universiti terpilih mengikut bidang tertentu yang memberi impak besar kepada keperluan guna tenaga negara.
Tempoh Permohonan
Permohonan dibuka bermula 6 Mei 2024 (Isnin) hingga 24 Mei 2024 (Jumaat).
Syarat KelayakanÂ
Pemohon yang berminat bagi Program Graduan Cemerlang (GrEP) mestilah memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:-
Syarat Umum
- Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa adalah bertaraf Bumiputera DAN warganegara Malaysia.
- Had umur pemohon pada 31 Disember 2024:
- Memiliki kelayakan akademik yang ditetapkan oleh MARA.
- Tidak menerima tajaan/bantuan kewangan daripada mana-mana penaja/agensi lain bagi peringkat pengajian yang sama.
- Penjamin adalah warganegara Malaysia yang tidak diisytihar muflis (rujuk kelayakan menjadi penjamin di Panduan Permohonan).
- Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga/Penjamin/Pasangan tidak termasuk dalam senarai hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.
- Pemohon perlu mempunyai kesihatan yang baik dan bebas dari sebarang penyakit kronik untuk melanjutkan pengajian (senarai penyakit kronik rujuk di Lampiran GP1). Pengesahan tahap kesihatan (medical examination report) perlu dilakukan sekiranya pemohon menerima tawaran GrEP.
- Pemohon tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana badan penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara dan tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana IPT atas masalah akademik/disiplin. Pemohon yang telah memiliki kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang sama atau dinilai setaraf dengan Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran/PhD TIDAK akan dipertimbangkan.
Tempoh Pengajian
Tempoh pinjaman (maksimum) bagi setiap peringkat pengajian adalah seperti berikut:
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal MARA, https://educationloan.mara.gov.my
Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan.
Pemohon perlu MEMBACA DAN MEMAHAMI GARIS PANDUAN PERMOHONAN GrEP yang disediakan sebelum membuat permohonan.
Info dan Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui e-mel dari pukul 09.00 pagi hingga
pukul 04.30 petang (Isnin-Jumaat) seperti berikut:
- Mengenai program, sila e-mel ke :
- [email protected] (bagi permohonan peringkat Sarjana dan Ijazah Kedoktoran/PhD (Dalam Negara)).
- [email protected] (bagi permohonan peringkat Sarjana dan Ijazah Kedoktoran/PhD (Luar Negara)).
- Mengenai masalah teknikal semasa permohonan, sila e-mel ke: [email protected]
Maklumat lanjut berkaitan Graduate Excellence Programme (GrEP);
- Pautan Permohonan: https://educationloan.mara.gov.my
- Pautan Panduan Pengguna: https://online.anyflip.com/shdgj/bjet/mobile/index.html
- Garis Panduan Permohonan: https://mara.b-cdn.net/…/05/GARIS-PANDUAN-PERMOHONAN.pdf
- Soalan Lazim: https://mara.b-cdn.net/…/uploads/2024/05/SOALAN-LAZIM.pdf
Sumber: Facebook MARA & Laman Web MARA
Soalan Lazim (FAQ)
Berikut merupakan beberapa soalan lazim mengenai Program Graduan Cemerlang (Graduate Excellence Programme – GrEP) yang ditawarkan;
Graduate Excellence Programme (GrEP) adalah program penajaan pelajaran
berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk
pelajar cemerlang lepasan ijazah pertama atau sarjana bagi mengikuti pengajian
di peringkat pascasiswazah Ijazah Sarjana (Dalam Negara), Ijazah
Kedoktoran/PhD (Dalam Negara) dan Ijazah Sarjana (Luar Negara) diInstitusi
Pendidikan Tinggi (IPT) dan Universiti terpilih mengikut bidang tertentu yang
memberi impak besar kepada keperluan guna tenaga negara.
Pinjaman Boleh Ubah (PBU) bermaksud keseluruhan pinjaman pelajaran yang
diterima boleh dipertimbangkan pengurangan (conversion) bayaran balik
berdasarkan prestasi akademik pemohon setelah tamat pengajian tertakluk
kepada dasar yang ditetapkan.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal MARA,
https://educationloan.mara.gov.my. Pemohon hendaklah mendaftar terlebih
dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan. Pemohon perlu
MEMBACA DAN MEMAHAMI GARIS PANDUAN PERMOHONANGrEP yang
disediakan sebelum membuat permohonan.
Permohonan dibuka selama 19 hari mulai 06 Mei 2024 (Isnin) sehingga 24 Mei
2024 (Jumaat), 12.00 tengahari.
GrEP?
Kursus dan syarat kelayakan bagi permohonan GrEP boleh dirujuk dalam GARIS
PANDUAN PERMOHONAN GrEP semasa permohonan dibuka.
Permohonan yang memenuhi syarat dan melepasi saringan sahaja akan disenarai
pendek untuk menghadiri temuduga/ujian kelayakan. Sebarang maklumat
berkaitan temuduga/ujian kelayakan akan dimaklumkan kepada pemohon dari
semasa ke semasa melalui e-mel.
Bolehkah saya memohon GrEP 2024 sekiranya Ibu / Bapa / Penjaga / Penjamin / Pasangan dan saya dalam senarai hitam MARA?
Tidak boleh. Ibu, bapa, penjaga, penjamin, pasangan dan pemohon perlu bebas
dari senarai hitam MARA. Pemohon dinasihatkan segera menyemak status
senarai hitam di Bahagian Kawalan Kredit MARA sebelum memohon GrEP.
Pemohon dinasihatkan segera menyemak status senarai hitam di Bahagian Kawalan Kredit MARA sebelum memohon Program GrEP.
Sila hubungi Bahagian Kawalan Kredit MARA :-
Talian Utama MARA / MARA Call Centre : 03-2613 2000
Talian Careline BAHAGIAN KAWALAN KREDIT MARA (BKK) :
03- 2613 2399 / 2288 / 2286 / 2133 / 2132 / 2131 / 2178 / 2143 / 2147
TIDAK DIBENARKAN. Tiada permohonan melalui surat atau borang.