HomeKewanganWTU MARA: Program Universiti Terbaik Dunia

WTU MARA: Program Universiti Terbaik Dunia

PROGRAM UNIVERSITI TERBAIK DUNIA | WORLD’S TOP UNIVERSITIES PROGRAMME (WTU) MARA

Tahukah anda bahawa MARA menawarkan pinjaman pelajaran boleh ubah kepada pelajar cemerlang melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda di universiti terbaik dunia. 

Program ini bertujuan melahirkan pemacu ekonomi profesional dan meningkatkan bilangan tenaga kerja kompetitif yang berdaya saing tinggi di peringkat antarabangsa.

Berikut merupakan maklumat lanjut tentang program ini.

Apakah itu World’s Top Universities (WTU)?

World’s Top Universities (WTU) adalah program pinjaman pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar cemerlang bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti terpilih luar negara mengikut bidang tertentu.

Pinjaman pelajaran di bawah WTU ini merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup (ESH) dan elaun-elaun lain tertakluk pada kelulusan.

Apakah Maksud Pinjaman Boleh Ubah?

Pinjaman Boleh Ubah (PBU) bermaksud keseluruhan pinjaman pelajaran yang diterima boleh dipertimbangkan pengurangan (conversion) bayaran balik berdasarkan prestasi akademik pemohon setelah tamat pengajian tertakluk kepada dasar yang ditetapkan.

Maklumat Program

World’s Top Universities (WTU) adalah inisiatif MARA yang merangkumi:

  1. Pinjaman Boleh Ubah: Pelajar berpeluang mendapat pengurangan bayaran balik berdasarkan pencapaian akademik setelah tamat pengajian.
  2. Pembiayaan Komprehensif: Meliputi yuran pengajian, elaun sara hidup (ESH), dan elaun lain tertakluk kepada syarat kelulusan.
  3. Universiti Terbaik Dunia: Dikhususkan untuk universiti terkemuka di luar negara yang menawarkan kursus dalam bidang yang disokong MARA.

Tarikh Permohonan 2025

Memandangkan permohonan bagi tahun ini masih belum dibuka, anda boleh merujuk pelaksanaan program ini pada tahun sebelumnya sebagai panduan.

Poster Promosi Pinjaman Pelajaran MARA 2024 | Program Universiti Terbaik Dunia | World’s Top Universities Programme (WTU)

Oleh yang demikian, sekiranya program ini ditawarkan lagi pada tahun 2025, kita boleh menjangkakan bahawa tempoh permohonan mungkin akan dibuka dalam jangka masa yang hampir sama seperti tahun sebelumnya. 

Walau bagaimanapun, pemohon disarankan untuk sentiasa menyemak pengumuman rasmi daripada MARA melalui laman web dan saluran komunikasi rasmi bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai tarikh dan syarat permohonan.

Syarat Kelayakan

Berikut merupakan syarat umum dan syarat khusus WTU MARA sebagaimana rujukan pada  tahun-tahun lalu. 

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan dan lengkap sahaja akan dipertimbangkan untuk tawaran WTU.

Syarat Umum

  1. Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa mesti bertaraf Bumiputera serta warganegara Malaysia.
  2. Had umur bergantung kepada universiti dan peringkat pengajian. Contohnya, bagi pengajian di universiti luar negara peringkat Ijazah Sarjana Muda, umur tidak melebihi 30 tahun.
  3. Tidak menerima tajaan lain bagi peringkat pengajian yang sama.
  4. Kesihatan pemohon mesti baik dan bebas daripada penyakit kronik.

Syarat Khusus

  1. Surat Tawaran: Memiliki surat tawaran pengajian bersyarat atau tanpa syarat daripada universiti yang diiktiraf.
  2. Pengajian Sepenuh Masa: Program ini hanya terbuka kepada pengajian sepenuh masa di universiti terpilih.
  3. Kelayakan Akademik: Memenuhi keperluan akademik dan kompetensi bahasa (seperti IELTS, TOEFL, atau SAT).
  4. Pendapatan Keluarga: Pendapatan bercukai tahunan keluarga tidak melebihi RM600,000, dengan syarat pembiayaan tertentu berdasarkan kategori pendapatan.

Senarai Negara/Universiti dan Bidang/Kursus

Permohonan WTU dibuka kepada pengajian secara sepenuh masa di negara/universiti terpilih dan bidang/kursus tertentu berdasarkan senarai yang telah ditetapkan sahaja. 

Maklumat ini boleh dijadikan rujukan bagi pelajar yang berminat memohon program WTU MARA untuk memastikan universiti dan bidang yang dipilih memenuhi syarat serta diiktiraf.

1. Senarai Universiti Terpilih

Berpandukan QS World University Rankings 2024, universiti berikut layak untuk program WTU MARA:

a. Universiti di Amerika Syarikat

  1. Massachusetts Institute of Technology (MIT)
  2. Stanford University
  3. Harvard University
  4. University of California, Berkeley (UCB)
  5. University of Chicago
  6. University of Pennsylvania
  7. Cornell University
  8. California Institute of Technology (Caltech)
  9. Yale University
  10. Columbia University
  11. Johns Hopkins University
  12. University of California, Los Angeles (UCLA)
  13. University of Michigan-Ann Arbor
  14. University of California, San Diego (UCSD)
  15. Northwestern University

b. Universiti di United Kingdom

  1. University of Oxford
  2. University of Cambridge
  3. Imperial College London
  4. UCL (University College London)
  5. The University of Edinburgh
  6. King’s College London
  7. London School of Economics and Political Science (LSE)

c. Universiti di Australia

  1. The University of Melbourne
  2. Australian National University (ANU)
  3. The University of Sydney
  4. University of Queensland
  5. The University of New South Wales (UNSW)

d. Universiti di Asia

  • Singapura:
    • National University of Singapore (NUS)
    • Nanyang Technological University (NTU)
  • China (Mainland):
    • Peking University
    • Tsinghua University
    • Fudan University
    • Zhejiang University
  • Korea Selatan: Seoul National University
  • Hong Kong:
    • The University of Hong Kong (HKU)
    • The Chinese University of Hong Kong (CUHK)

e. Universiti di Eropah

  • Switzerland:
    • ETH Zurich
    • École Polytechnique Fédérale de Lausanne (EPFL)
  • Perancis: Institut Polytechnique de Paris
  • Jerman: Technical University of Munich
  • Belanda: Delft University of Technology

2. Bidang dan Kursus Yang Ditawarkan

Bidang pengajian yang disokong oleh program ini adalah seperti berikut:

a. Economy, Business & Management

  • Economics
  • Logistics Management
  • Supply Chain Management
  • Statistics
  • Risk Management

b. Engineering

  • Chemical Engineering:
    • Environmental, Nuclear, Petroleum
  • Civil Engineering:
    • Construction, Mining, Transportation
  • Electrical Engineering:
    • Computer, Communication, Electronics
  • Mechanical Engineering:
    • Aerospace, Automotive, Manufacturing

c. Food Security

  • Agriculture
  • Biotechnology
  • Food Science

d. Natural Sciences

  • Pharmacy
  • Biomedical Science
  • Chemistry
  • Physics
  • Mathematics

e. Information Technology & Computer Science

  • Artificial Intelligence
  • Cybersecurity
  • Software Engineering
  • Data Science
  • Machine Learning

Nota Penting

  1. Pengiktirafan Kursus: Semua kursus mesti diiktiraf oleh badan profesional seperti Board of Engineers Malaysia (BEM) atau Lembaga Farmasi Malaysia (LFM).
  2. Kursus Tertakluk Kepada Syarat MARA: Hanya kursus di universiti yang disenaraikan dan bidang yang diluluskan layak untuk pembiayaan.

Cara Memohon WTU MARA

Memandangkan permohonan WTU MARA 2025 masih belum dibuka, berikut adalah maklumat umum mengenai cara memohon berdasarkan proses pada tahun sebelumnya:

  • Permohonan Secara Dalam Talian
    • Permohonan perlu dilakukan secara atas talian (online) sahaja melalui sistem MyEduloan di laman web rasmi MARA: https://educationloan.mara.gov.my.
    • Tiada permohonan secara manual atau menggunakan borang fizikal dibenarkan.
  • Muat Turun dan Baca Garis Panduan
    • Pemohon disarankan membaca, meneliti, dan memahami manual Garis Panduan Permohonan, Panduan Permohonan, serta Soalan Lazim (FAQ) sebelum mengisi maklumat dalam sistem.
  • Dokumen Sokongan
    • Semua dokumen sokongan perlu dimuat naik dalam format PDF sahaja seperti yang dinyatakan dalam panduan.
    • Pastikan saiz setiap dokumen tidak melebihi 10MB.
  • Pengisian Maklumat Lengkap
    • Pemohon perlu memastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dan tepat sebelum permohonan dihantar.
    • Permohonan yang telah dihantar TIDAK boleh diubah atau dikemaskini.
  • Semakan Status Permohonan
    • Cetakan ‘slip pengesahan permohonan telah dihantar’ akan menunjukkan permohonan telah dibuat. Namun, slip ini tidak bermaksud bahawa permohonan lengkap atau layak diproses.
    • Pemohon perlu menyemak status permohonan secara berkala melalui sistem MyEduloan.
  • Keputusan Permohonan
    • Permohonan yang tidak lengkap, lewat, atau tidak memenuhi syarat tidak akan diproses.
    • Jika pemohon tidak menerima maklum balas daripada pihak MARA selepas 90 hari dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya, dan keputusan adalah muktamad.
  • Tindakan Pemohon yang Berjaya
    • Hanya pemohon yang berjaya dan menerima tawaran perlu mencetak dan menghantar dokumen berkaitan kepada pihak MARA dalam tempoh 14 hari selepas tarikh Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan MARA.
  • Dasar dan Perubahan MARA
    • Pertimbangan tawaran pinjaman tertakluk kepada:
      • Peruntukan sedia ada.
      • Merit kelayakan.
      • Perubahan dasar MARA dari semasa ke semasa.
    • MARA berhak membuat perubahan kepada syarat, kriteria, atau menarik balik tawaran pinjaman tanpa notis jika diperlukan.

Proses Temuduga atau Ujian Kelayakan

  • Permohonan yang memenuhi syarat akan disenarai pendek untuk temuduga/ujian kelayakan.
  • Sebarang maklumat berkaitan temuduga/ujian kelayakan akan dimaklumkan kepada pemohon dari semasa ke semasa melalui e-mel/sms.
  • Tiada sebarang rayuan akan diproses sekiranya pemohon gagal disenarai pendek menghadiri temuduga/ujian kelayakan.

Semakan Keputusan Permohonan WTU MARA

Pemohon perlu sentiasa menyemak status permohonan yang telah dihantar dalam sistem Myeduloan dari semasa ke semasa di pautan https://educationloan.mara.gov.my

Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas 90 hari daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.

Pertanyaan dan Info Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh dibuat dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 4.30 petang (Isnin-Jumaat) seperti berikut:

Follow Telegram MARA >> https://t.me/majlisamanahrakyat

Sumber: Facebook MARA & Laman Web MARA


Lihat Juga:
ProSPEC MARA 2024: Kelebihan dan Kelayakan Bidang Veterinar

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments