PERMOHONAN PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL PROFESSIONAL DEVELOPMENT PROGRAMME (Pro-P) 2024.
Dalam usaha meramaikan lagi Bumiputera berkepakaran dalam bidang akauntan bertauliah, doktor pakar dan lain-lain, MARA membuka penajaan di bawah Program Pembangunan Profesional untuk belajar di dalam dan luar negara.
Maklumat permohonan bagi Program Pembangunan Profesional (Pro-P) adalah sebagaimana berikut;
Apakah itu Program Pembangunan Profesional (Pro-P) 2024?
Professional Development Programme (Pro-P) adalah program pinjaman pelajaran dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk graduan cemerlang bagi mengikuti pengajian ke peringkat Profesional / Kepakaran di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan Universiti terpilih dalam dan luar negara dalam bidang profesional atau kepakaran tertentu yang memberi impak besar kepada keperluan guna tenaga negara.
Pinjaman Boleh Ubah (PBU) bermaksud keseluruhan pinjaman pelajaran yang diterima boleh dipertimbangkan pengurangan (conversion) bayaran balik berdasarkan prestasi akademik pemohon setelah tamat pengajian tertakluk kepada dasar yang ditetapkan.
Tempoh Permohonan
Permohonan dibuka bermula 06 Mei 2024 (Isnin) sehingga 24 Mei 2024 (Jumaat), 12.00 tengahari.
Syarat KelayakanÂ
Pemohon yang berminat bagi Program Pembangunan Profesional (Pro-P) mestilah memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:-
Syarat Umum
- Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa adalah bertaraf Bumiputera DAN warganegara Malaysia.
- Had umur pemohon pada 31 Disember 2024:
- Memiliki kelayakan akademik yang ditetapkan oleh MARA.
- Tidak menerima tajaan/bantuan kewangan daripada mana-mana penaja/agensi lain bagi peringkat pengajian yang sama.
- Penjamin adalah warganegara Malaysia yang tidak diisytihar muflis (rujuk kelayakan menjadi penjamin di Panduan Permohonan).
- Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga/Penjamin/Pasangan tidak termasuk dalam senarai hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.
- Pemohon perlu mempunyai kesihatan yang baik iaitu bebas dari sebarang penyakit kronik untuk melanjutkan pengajian (senarai penyakit kronik rujuk di Lampiran GP1). Pengesahan tahap kesihatan (medical examination report) perlu dilakukan sekiranya pemohon menerima tawaran Pro-P..
- Pemohon tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana badan penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undangundang negara dan tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana IPT atas masalah akademik/disiplin.
- Pemohon yang telah memiliki kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang sama atau dinilai setaraf dengan program Profesional / Kepakaran TIDAK akan dipertimbangkan.
Tempoh Pengajian
Tempoh pinjaman (maksimum) bagi setiap peringkat pengajian adalah seperti berikut:
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal MARA, https://educationloan.mara.gov.my
Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan.
Pemohon perlu MEMBACA DAN MEMAHAMI GARIS PANDUAN PERMOHONAN Pro-P yang disediakan sebelum membuat permohonan.
Info dan Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh dibuat dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 4.30 petang (Isnin-Jumaat) seperti berikut:
- Mengenai program, sila e-mel ke: [email protected]Â Â
- Mengenai masalah teknikal semasa permohonan, sila e-mel ke: [email protected]Â
Maklumat lanjut berkaitan PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL PROFESSIONAL DEVELOPMENT PROGRAMME (Pro-P) 2024;
- Pautan Permohonan: https://educationloan.mara.gov.my
- Pautan Panduan Pengguna: https://online.anyflip.com/shdgj/bjet/mobile/index.html
- Garis Panduan Permohonan: https://mara.b-cdn.net/…/05/GARIS-PANDUAN-PERMOHONAN-1.pdf
- Soalan Lazim: https://mara.b-cdn.net/…/upl…/2024/05/SOALAN-LAZIM-1.pdf
Sumber: Facebook MARA & Laman Web MARA
Soalan Lazim (FAQ)
Berikut merupakan beberapa soalan lazim mengenai PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL PROFESSIONAL DEVELOPMENT PROGRAMME (Pro-P) yang ditawarkan;
Professional Development Programme (Pro-P) adalah program pinjaman pelajaran
dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA)
untuk graduan cemerlang bagi mengikuti pengajian ke peringkat Profesional /
Kepakaran di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan Universiti terpilih dalam dan
luar negara dalam bidang profesional atau kepakaran tertentu yang memberi
impak besar kepada keperluan guna tenaga negara..
Pinjaman Boleh Ubah (PBU) bermaksud keseluruhan pinjaman pelajaran yang
diterima boleh dipertimbangkan pengurangan (conversion) bayaran balik
berdasarkan prestasi akademik pemohon setelah tamat pengajian tertakluk
kepada dasar yang ditetapkan.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal MARA,
https://educationloan.mara.gov.my. Pemohon hendaklah mendaftar terlebih
dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan. Pemohon perlu
MEMBACA DAN MEMAHAMI GARIS PANDUAN PERMOHONAN Pro-P yang
disediakan sebelum membuat permohonan.
Permohonan dibuka selama 19 hari mulai 06 Mei 2024 (Isnin) sehingga 24 Mei
2024 (Jumaat), 12.00 tengahari.
Kursus dan syarat kelayakan bagi permohonan Pro-P boleh dirujuk dalam GARIS
PANDUAN PERMOHONAN Pro-P semasa permohonan dibuka.
Permohonan yang memenuhi syarat dan melepasi saringan sahaja akan disenarai
pendek untuk menghadiri temuduga/ujian kelayakan. Sebarang maklumat
berkaitan temuduga/ujian kelayakan akan dimaklumkan kepada pemohon dari
semasa ke semasa melalui e-mel.
Bolehkah saya memohon Pro-P 2024 sekiranya Ibu / Bapa / Penjaga / Penjamin / Pasangan dan saya dalam senarai hitam MARA?
Tidak boleh. Ibu, bapa, penjaga, penjamin, pasangan dan pemohon perlu bebas
dari senarai hitam MARA. Pemohon dinasihatkan segera menyemak status
senarai hitam di Bahagian Kawalan Kredit MARA sebelum memohon Pro-P.
Sila hubungi Bahagian Kawalan Kredit MARA :-
Talian Utama MARA / MARA Call Centre : 03-2613 2000
Talian Careline BAHAGIAN KAWALAN KREDIT MARA (BKK) :
03- 2613 2399 / 2288 / 2286 / 2133 / 2132 / 2131 / 2178 / 2143 / 2147
memohon secara manual menggunakan surat permohonan?
TIDAK DIBENARKAN. Tiada permohonan melalui surat atau borang.