HomeUcapanSelamat Hari Pekerja 2025: Contoh Ucapan & Poster Hari Buruh

Selamat Hari Pekerja 2025: Contoh Ucapan & Poster Hari Buruh

Bersempena Hari Pekerja yang di sambut setiap 1 Mei, mungkin ramai dalam kalangan kita yang ingin menyampaikan ucapan Selamat  Hari Pekerja sebagai tanda  penghargaan kepada golongan bekerja di Malaysia yang telah banyak memberikan sumbangan sama ada dari sektor awam mahu pun swasta. 

Ucapan ini boleh ditujukan kepada diri sendiri mahupun kepada pekerja-pekerja yang lain sebagai satu penghargaan dan memeriahkan suasana bersempena sambutan hari pekerja tahun ini.

Sama ada di Facebook, TikTok, Instagram, WhatsApps atau media sosial yang lain, jom kita meriahkan sambutan Hari Pekerja tahun ini.

Tema Hari Pekerja 2025

Setiap tahun, terdapat satu tema istimewa yang dipilih bagi menyemarakkan sambutan Hari Pekerja di Malaysia.

Bagi tahun 2025, tema yang dikekalkan adalah “Pekerja KESUMA Bangsa”, sama seperti tema yang digunakan pada tahun 2024.

Pemilihan tema ini menzahirkan komitmen berterusan Kerajaan dalam melahirkan modal insan yang berbudaya tinggi, berpegang kepada nilai murni dan aspirasi nasional, serta berkemampuan untuk berinovasi dan meneroka bidang-bidang baharu.

Semua ini merupakan faktor utama dalam memperkukuh daya saing dan kemakmuran negara untuk jangka masa panjang.

Sambutan Hari Pekerja 2025

Majlis Sambutan Hari Pekerja 2025 peringkat kebangsaan dengan tema “Pekerja Kesuma Bangsa” akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia pada 1 Mei 2025 (Khamis) bermula jam 9.00 pagi bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Siaran langsung sambutan ini boleh ditonton RTM – Radio Televisyen Malaysia Saluran TV1 atau strim langsung di https://rtmklik.rtm.gov.my/live/tv1

Contoh Ucapan Selamat Hari Pekerja 2025

Ucapan Rasmi Hari Pekerja 2025 – Bahasa Melayu

  • SELAMAT HARI PEKERJA 2025 “Pekerja Kesuma Bangsa” -Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada kita semua untuk bersungguh-sungguh melunaskan tanggungjawab dan amanah dengan cara terbaik yang diredhai Allah SWT.
  • Selamat menyambut Hari Pekerja kepada seluruh rakyat Malaysia dan khususnya kepada [Nama Organisasi]. Terima kasih atas segala sokongan dan dedikasi anda.
  • Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua warga kerja di Malaysia. Bertemakan “Pekerja Kesuma Bangsa”, marilah kita terus meningkatkan iltizam untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang demi pembangunan negara.
  • #SelamatHariPekerja – Semoga Allah mengurniakan kesihatan, kekuatan, dan keikhlasan dalam kita semua berkhidmat dan berbakti.

Kata-Kata Inspirasi Hari Pekerja 2025

  • 1 Mei 2025 – SELAMAT HARI PEKERJA – Setiap daripada kita memiliki potensi dan peluang yang sama. Jangan sesekali berputus asa. Teruskan usaha gigih dan lakukan yang terbaik dalam setiap pekerjaan seharian.

Ucapan Hari Pekerja 2025 – Bahasa Inggeris

  • Happy Labour Day 2025 and Happy Holiday! To everyone who wakes up early, works hard, and never gives up — your efforts are appreciated and valued. Remember to take time for rest and relaxation. Recharge, enjoy moments with loved ones, and prepare for the journey ahead.
  • Happy Labour Day to all workers! | Your hard work has continuously contributed to the advancement of our nation. Today, we celebrate you.
  • Wishing everyone a Happy Labour Day! Let’s take a moment to appreciate and celebrate the contributions of workers across the world. #LabourDay2025
  • Happy Labor Day to all workers! | Thank you for making our world a better place to live and work. Now, kick back, relax, and enjoy your well-deserved break. “Without labor, nothing prospers.”

Penghargaan Hari Pekerja: Semangat dan Dedikasi

  • HAPPY LABOUR DAY Hari ini, kita bersama-sama menghargai usaha gigih para pekerja di seluruh dunia. Ia adalah hari untuk mengenang komitmen, dedikasi tanpa mengenal lelah, dan sumbangan berharga pekerja kepada masyarakat, ekonomi, dan negara kita.
  • Setiap sumbangan individu adalah benang penting yang menenun fabrik kemajuan dan kemakmuran bersama.

Contoh Poster

Poster ini anda boleh gunakan atau edit bagi menghantar ucapan kepada rakan-rakan anda atau boleh dijadikan panduan sekiranya ingin menciptanya sendiri.

Selamat Hari Pekerja 2025 “Pekerja Kesuma Bangsa”
Kartun Selamat Hari Buruh & Labour Day
Selamat hari pekerja - pekerja kesuma bangsa
Selamat hari Pekerja 1 mei
Ucapan Hari Buruh 1 mei
Ucapan Hari Pekerja 1 Mei
Happy Labour Day
happy labor day - Your hard work is appreciated!
Happy Labor Day May 01
Happy Labor Day
RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments