HomeBiasiswaLaluan Khas MARA Utk 87 Anak Orang Asli Cemerlang SPM 2024

Laluan Khas MARA Utk 87 Anak Orang Asli Cemerlang SPM 2024

MARA terus memperkasa akses pendidikan kepada komuniti terpinggir apabila mengumumkan satu laluan khas pembiayaan penuh kepada 87 pelajar Orang Asli yang memperoleh 5A ke atas dalam SPM 2024.

Inisiatif ini selari dengan komitmen MARA untuk memastikan tiada pelajar berpotensi tercicir daripada arus pendidikan tinggi.

Ia juga membuka lebih banyak ruang mobiliti sosial kepada komuniti Orang Asli melalui sokongan akademik dan latihan profesional yang berkualiti.

Pengumuman Rasmi oleh Pengerusi MARA

Laluan Khas MARA untuk Anak Orang Asli SPM 2024
Sumber: DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

Menurut Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi MARA, perkara berkaitan Laluan Khas MARA untuk anak Orang Asli ini dimaklumkan menerusi satu hantaran rasmi di Facebook beliau, selepas menerima arahan daripada YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sebagaimana yang diarahkan oleh YAB TPM Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kelmarin, MARA akan menawarkan kepada semua 87 pelajar dari kalangan anak Orang Asli yang cemerlang dengan mendapat 5A ke Atas dalam SPM 2024 laluan khas dengan pembiayaan penuh ke Institusi-institusi Pendidikan MARA (IPMA) termasuk Kolej Profesional MARA, Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Institut Kemahiran MARA, UPTM dan UniKL.
Bagi pelajar-pelajar yang mendapat 9A pula akan ditawarkan untuk ke universiti-universiti terkemuka dalam bahkan ke luar negara di bawah Young Talent Development (YTP) programme.
Bagi tujuan memastikan pelajar-pelajar ini mendapat pendedahan dan maklumat secukupnya mengenai peluang-peluang pengajian di peringkat tertinggi yang seiring dengan minat dan potensi mereka, MARA akan mengadakan satu program khas dengan kerjasama JAKOA untuk menghimpunkan semua 87 pelajar cemerlang ini.
Mudah-mudahan dengan ilmu dan kemahiran yang diperolehi kelak dapat dimanfaatkan untuk mereka kembali menyumbang kepada kebangunan masyarakat Orang Asli.

Beliau menyatakan bahawa MARA akan menaja kesemua 87 pelajar tersebut untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pendidikan MARA (IPMA) dengan pembiayaan penuh.

Institusi Pendidikan MARA Terlibat (IPMA)

Antara institusi yang ditawarkan kepada pelajar anak orang asli melalui laluan khas MARA ini ialah:

  • Kolej Profesional MARA (KPM)
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  • Institut Kemahiran MARA (IKM)
  • Universiti Poly-Tech MARA (UPTM)
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)

Peluang Keemasan untuk Pelajar 9A Ke Atas

Bagi pelajar yang berjaya meraih 9A ke atas dalam SPM 2024, mereka akan ditawarkan peluang istimewa ke universiti terkemuka dalam dan luar negara melalui program Young Talent Development Programme (YTP MARA 2025).

Kerjasama MARA dan JAKOA

Untuk memastikan pelajar mendapat maklumat jelas tentang laluan pendidikan dan potensi kerjaya, MARA akan bekerjasama dengan JAKOA untuk menganjurkan satu program khas.

Program ini bertujuan:

  • Mengumpulkan kesemua 87 pelajar Orang Asli yang layak
  • Memberi taklimat, bimbingan, dan pendedahan laluan pendidikan tinggi
  • Membantu pemilihan kursus yang seiring dengan minat dan potensi pelajar

Harapan dan Impak Masa Depan

Dr Asyraf Wajdi menegaskan bahawa inisiatif ini penting untuk membina masa depan cerah pelajar Orang Asli dan berharap mereka akan kembali menyumbang kepada pembangunan komuniti.

“Ilmu sahaja boleh merubah kehidupan.” – Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Info Lanjut

Untuk info lanjut dan terkini mengenai MARA layari

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments