PERMOHONAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN ZAKAT PULAU PINANG, MAINPP SESI 2024 DIBUKA BERMULA 02 APRIL SEHINGGA 30 NOVEMBER 2024.
Sukacitanya Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah membuka permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian melalui Zakat Pulau Pinang untuk tahun 2024.
Calon berkelayakan di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) boleh memohon bagi mendapatkan skim agihan zakat pendidikan ini.
Mereka yang ingin memohon bantuan ini perlulah meneliti syarat-syarat yang telah ditetapkan agar bantuan yang dipohon dapat dipertimbangkan.
Apa Itu Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang?
Ia merupakan salah satu daripada Skim Bantuan Zakat IPT Negeri Pulau Pinang yang bertujuan membantu meringankan beban pelajar-pelajar untuk menampung perbelanjaan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPTA/ IPTS) dalam dan luar negara.
Tempoh Permohonan
Untuk tahun 2024, Skim Dermasiswa Pengajian akan dibuka bermula 2 April 2024 sehingga 30 November 2024.
*Sebarang perubahan tertakluk kepada keadaan semasa.
Syarat-syarat Umum Bantuan
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Pulau Pinang
- Tidak menerima bantuan tajaan, pembiayaan, biasiswa atau pinjaman/pinjaman boleh ubah dari mana-mana pihak kecuali Perbadanan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Bantuan Kewangan Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang SAHAJA
- Permohonan hendaklah dilakukan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh mendapat keputusan peperiksaan kecuali bagi pelajar luar negara.
- Permohonan sekali sahaja dalam tempoh setahun.
- Permohonan adalah atas nama pelajar.
Syarat-Syarat Asas Kelayakan
- Pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat umum bantuan Zakat.
- Pemohon yang telah ada rekod permohonan perlu kemaskini:
- Surat pengesahan belajar TERKINI (Tahun Semasa) – Diperolehi dari IPT
- Surat Pengesahan bermastautin pelajar dan pengesahan pendapatan ibu bapa yang tidak mempunyai penyata gaji TERKINI hendaklah disertakan bersama Tarikh Semasa memohon.
- Keputusan peperiksaan/laporan kemajuan TERKINI – Tahun Semasa.
- Belajar di Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)/Kerajaan Malaysia/MAINPP kecuali Politeknik, Kolej Kemahiran / MARA dan Kolej Komuniti atau seumpamanya tidak akan dipertimbangkan.
- Permohonan hendaklah dilakukan secara dalam talian dan memuat naik (upload) dokumen yang benar di tempat yang telah ditetapkan. SENARAI DOKUMEN
- Pemohon mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dalam semua bidang atau mendapat kelulusan dari Jawatankuasa Dermasiswa Pengajian dan Pendidikan Zakat Pulau Pinang.
- Keputusan nilai purata semester CGPA 2.75 dan ke atas sahaja yang layak dipertimbangkan bagi pelajar dalam negara manakala bagi pelajar luar negara mereka yang lulus sahaja akan dipertimbangkan. Kecuali Indonesia Pengajian Islam (keputusan nilai purata sama dengan Malaysia).
- Permohonan bagi peringkat Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) dibuka kepada semua bidang pengajian dengan menyertakan ‘Laporan Kemajuan Pembelajaran ’ / CGPA.
- Ibubapa yang bekerja dan layak membayar zakat mestilah membayar zakat pendapatan / harta mereka di Zakat Pulau Pinang, MAINPP.
- Pemohon yang menetap dan tinggal di luar Pulau Pinang tidak layak memohon kecuali ibubapa membayar zakat harta di Pulau Pinang.
- Pemohon mestilah tidak memohon/menerima bantuan zakat dari negeri lain.
- Pemohon yang telah tamat pengajian semasa tawaran ini dibuka adalah tidak layak memohon kecuali Pengajian Islam di Mesir, Jordan dan Maghribi sahaja.
- Kelulusan Skim Dermasiswa Pengajian adalah muktamad berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Dermasiswa Pengajian dan Pendidikan Zakat Pulau Pinang, MAINPP serta prestasi kewangan semasa.
- Diploma lanjutan adalah tidak layak memohon dan tidak akan dipertimbangkan.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui pautan berikut;
Pemohon perlu mendaftar akaun bagi mereka yang pertama kali ingin log masuk ke portal.
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan tersebut bergantung kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Dermasiswa Pengajian dan Pendidikan Zakat Pulau Pinang, MAINPP.
Info dan Pertanyaan Lanjut
Sebarang info dan maklumat lanjut sila hubungi;
Bahagian Akademik dan Pendidikan Unit Pendidikan & Dermasiswa, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang |
- Tel: 04-549 8088 (Ext: 125/129/151/155/168)
- WhatsApp: +60111 507 1117 / +6019 431 9199
- E-mel: [email protected]
Sumber: Zakat Pulau Pinang
Soalan-soalan Lazim (FAQ) Skim Dermasiwa Pengajian, Zakat Pulau Pinang
Pemohon (pelajar) perlu mendaftar di dalam Portal Zakat Pulau Pinang di laman web www.zakatpenang2u.com dan memilih permohonan Skim Dermasiswa Pengajian.
Permohonan adalah atas nama pelajar.
Permohonan tersebut tidak akan dipertimbangkan.
Untuk tahun 2024, Skim Dermasiswa Pengajian akan dibuka bermula 2 April 2024 sehingga 30 November 2024.
Anda boleh memohon semula kata laluan yang baru dengan meng’klik’ Lupa Kata Laluan dan Kata Laluan Baru akan dikirim ke emel anda. Pastikan emel anda adalah emel aktif.
Ya, anda layak.
Maaf, anda tidak layak
Anda tidak layak, kerana anda belum mempunyai keputusan peperiksaan semester semasa.
Pengesahan bermastautin pelajar (pemohon) / surat pengesahan pendapatan ibu bapa boleh diperolehi dari portal semasa mengisi permohonan dan pemohon hendaklah mendapatkan cop pengesahan kariah serta tandatangan daripada Pengerusi/Timbalan Pengerusi/Setiausaha Masjid di mana pemohon bermastautin sahaja.
Semua dokumen wajib dilampirkan dan pemohon hendaklah melampirkan dokumen tahun semasa permohonan iaitu :
1. Surat pengesahan belajar tahun 2024
2. Surat pengesahan bermastautin & pendapatan tahun 2024
3. Keputusan peperiksaan / Laporan Kemajuan (Progress Report) bagi pelajar peringkat Ijazah Sarjana (Master) dan PhD tahun 2024
Maklumat anda tidak hilang jika anda menekan butang SIMPAN BORANG sebelum keluar (log out) dan ia akan menjadi draf. Anda boleh menyambung semula permohonan jika anda memasukinya semula.
Setelah semua maklumat dan dokumen yang benar telah dimuat naik secara atas talian, sila tekan butang HANTAR BORANG. Permohonan yang lengkap akan diberi slip penerimaan sebagai bukti penghantaran permohonan.
Ya, jika masih menepati syarat yang telah ditetapkan.
Keputusan Skim Dermasiswa Pengajian akan diumumkan tiga bulan selepas tarikh penghantaran dilakukan. Namun demikian jika permohonan terlalu banyak dalam satu-satu masa maka keputusan tersebut juga terpaksa dipanjangkan. Semua pemohon boleh menyemak keputusan tersebut di laman portal www.zakatpenang2u.com dengan log masuk menggunakan nama pengguna pemohon. (Nama pengguna yang sama semasa permohonan dilakukan)
Jumlah bantuan tersebut bergantung kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Dermasiswa Pengajian dan Pendidikan Zakat Pulau Pinang, MAINPP.