HomeUcapanSelamat Hari Guru 2024: Contoh Ucapan dan Poster Untuk Cikgu

Selamat Hari Guru 2024: Contoh Ucapan dan Poster Untuk Cikgu

Selamat Hari Guru / Happy Teacher’s Day

Tarikh 16 Mei setiap tahun merupakan hari yang istimewa buat insan yang bergelar guru. Sambutan ini penting bagi menghargai segala jasa dan pengorbanan mereka dalam mendidik kita sebagai insan yang berguna

Kejayaan kita pada hari ini tidak mampu tercapai tanpa bimbingan dan dorongan daripada guru sewaktu kita menuntut ilmu. 

Bagi menghargai jasa guru, marilah sama-sama kita meraikan ucap selamat kepada guru-guru yang telah mendidik kita selama ini.

Baca juga:

Tema Hari Guru 2024

Pada tahun ini, tema bagi sambutan Hari Guru 2024 adalah;

“Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara MADANI”

Tema Hari Guru 2024

Tema ini dipilih selari dan bersesuaian dengan situasi senario pada masa sekarang kerana digital itu adalah sangat rapat dalam kehidupan kita termasuklah juga dalam bidang pendidikan.

Ucapan Umum

Hanya ingin mengatakan betapa kami bersyukur telah menjadi muridmu.

SELAMAT HARI GURU 
Untuk semua guru yang mulia;
Jasa kalian akan selalu kami kenang;
Tetaplah menjadi pelita untuk anak bangsa
“SELAMAT HARI GURU”

“Sesungguhnya Allah dan seluruh malaikat-Nya serta penghuni langit dan bumi, memohon kerahmatan ke atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia”

(Hadis Riwayat At-Tirmizi)
Selamat Hari Guru 2024

Semoga semua guru menjiwai profesyen perguruan, istiqamah mendidik dengan hati yang murni dan ikhlas dalam beramal membangun pemimpin ummah masa hadapan.
Mungkin kecil fizikalnya tetapi tetap BESAR peranannya.

Selamat Hari Guru 
Kepada Semua Pendidik Yang Bergelar…

 “Cikgu, Teacher, Ustaz, Ustazah, Profesor Dan Sebagainya”

TERIMA KASIH

Kerana Mengajar Kami Tentang Adab Dan Ilmu Sehingga Kami Menjadi Orang Yang Berguna… 

Selamat Hari Guru
Biar penat berdiri;
Jangan penat memberi.

Biar lelah terduduk;
Jangan lelah membentuk.

Biar penat bercakap;
Jangan penat berharap

SELAMAT HARI GURU “TERIMA KASIH CIKGU!”
Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik, terima kasih cikgu! Teruskan memberi inspirasi kepada anak bangsa dan pendidikan yang terbaik buat Malaysia.
Kepada semua warga pendidik “SELAMAT HARI GURU”.

Semoga jadi guru yg berdedikasi & cemerlang. Semoga dipermudahkan urusan buat semua guru.
SELAMAT HARI GURU kepada semua insan yg bergelar pendidik, semoga segala usaha baik guru dalam membentuk pelajar dikira sebagai amal soleh disisi Allah.
Terima kasih guruku.

Kata al-Imam al-Ghazali bermaksud: “Sesungguhnya ibu bapa adalah sebab kewujudan seorang anak di muka bumi ini, namun kehidupan ini akan binasa. Sedangkan guru sebab kepada kejayaan abadi seseorang di akhirat yang kekal selamanya.

(al-Ghazali, Ihya Ulum al-Din)
Wahai guru pengasuh jiwa,
Jasamu tidak akan ku lupakan,
Terima kasih kerana telah mendidiku,
Terima kasih guruku.

Pantun Hari Guru

Mudik ke hulu mencari palas,
Buat ketupat di hari raya;
Jasa guru tidak terbalas,
Mendidik kami sehingga berjaya.
Pergi ke hutan hendak berburu;
Pulang ke rumah singgah di kota,
Kalau kita sayangkan guru, 
Jagalah adab dan tutur kata.
Bunga melati bunga kemboja,
Harum mewangi di ruang tamu;
Jasa guru tidak terkira,
Mendidik kami tanpa jemu.
Burung kedidi di tepi perigi,
Menyusur lalu mencari makan;
Guru kita sentiasa di hati,
Moga hidup sejahtera dan aman.
Pergi ke sawah menanam padi,
Pulang ke rumah lewat petang;
Jasa guru sentiasa di hati,
Akan sentiasa kami kenang.
Bakar, sumbu dibakar,
Cairlah lilin menyinar cahaya;
Sukar, memanglah sukar,
Murid dipimpin sampai berjaya.

Ucapan Selamat Hari Guru Bahasa Inggeris

Thank you For being such a great teacher

Happy Teacher’s Day
The Way You Teach…
The Knowledge You ShareThe Care You Take…
The Love You Shower…
Makes You.The World’s Best Teacher…

Happy Teachers’ Day! 
The best teachers always teach from the heart and not just from the books.
Blessed & Happy Teachers Day
Teaching,
The profession that creates all other professions.
Happy Teacher’s Day
Good Teachers,
Are the reason why ordinary students dream to do extraordinary things.
HAPPY TEACHERS’ DAY

Ucapan Hari Guru Lucu 

“Guru umpama waze” menunjukkan jalan agar kita tidak sesat. 

Ucapan Selamat Hari Guru Yang Menyentuh Hati 

Guru, 

Tanpamu dunia ini gelap gelita,

Tanpamu sudah pasti kami tidak tahu membaca,

Tanpamu juga kami akan meraba-raba.

Selamat Hari guru
Guru, 

Kau mencurah ilmu, tak kenal lelah, tak tahu jemu; itulah cikgu, itulah guru,besar jasanya sejak dahulu.
Guru,

Dalam ajarnya ada harapan,
Dalam tegurnya ada doa,
Dalam marahnya ada sayang,
Dalam tawanya ada mesra,
Dalam diamnya ada kebijaksanaan,
Dalam tangannya sahsiah kita terbina.

Selamat Hari Guru

Ucapan Inspirasi Untuk Guru

Tidak tergambar oleh bicara mahupun tutur kata,
Kerana banyaknya jasa kalian,
Semoga Allah merahmati jasa yang telah dicurahkan.
Yang menjadikan kami insan mengenal tuhan.
Semoga segala kebaikan yang telah dicurahkan menjadi asbab untuk para guru ke syurga.
Kami Sayang Cikgu,
Kaum Umpama lilin yang menerangi kegelapan,
Semoga usahamu yang murni akan melahirkan insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Wahai guru pengasuh jiwa,
Jasamu tidak akan ku lupakan
Terima kasih kerana telah mendidiku
Selamat hari guru kepada semua guru-guruku.
Terima kasih cikgu

Ucapan Sweet Untuk Cikgu

Sedetik bersama cikgu, lebih bermakna dari seribu tahun mencari ilmu.

Terima kasih Cikgu

Puisi/Sajak Usman Awang Tentang Guru 

GURU OH GURU – Usman Awang 1979

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa;
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta;
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara;
Jika hari ini seorang ulama yang mulia;
Jika hari ini seorang peguam menang bicara;
Jika hari ini seorang penulis terkemuka;
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Contoh Poster Hari Guru

Poster ini anda boleh gunakan atau edit bagi menghantar ucapan kepada guru-guru anda atau boleh dijadikan panduan sekiranya ingin menciptanya sendiri.

Poster Selamat Hari Guru 01
Poster Selamat Hari Guru 02
Poster Selamat Hari Guru - Terima Kasih Cikgu
Poster Happy Teacher's Day
Terima Kasih Cikgu 02
Terima Kasih Cikgu

Kredit: theinspirasi.my

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments