HomeBantuanBiasiswa Baitulmal Perak 2025: Tawaran Penajaan Bantuan MAIPk

Biasiswa Baitulmal Perak 2025: Tawaran Penajaan Bantuan MAIPk

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) mempelawa pelajar yang memenuhi syarat kelayakan untuk memohon TAWARAN PENAJAAN BANTUAN BIASISWA BAITULMAL TAHUN 2025.

Bantuan biasiswa ini adalah untuk pelajar tingkatan 4 dan 5 sesi persekolahan tahun 2025 yang berasal dari kalangan anak asnaf di negeri Perak. 

Biasiswa ini bertujuan membantu pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum, tetapi berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan tidak melebihi had kifayah (Fakir Miskin). 

Bantuan ini hanya terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan (tidak termasuk Kolej Vokasional) serta tidak menerima biasiswa daripada mana-mana agensi lain.

Lihat Juga: Zakat Fitrah Perak 2025: Kadar dan Cara Bayaran Online

Tempoh Permohonan

Permohonan boleh dibuat mulai 𝟐𝟐 𝐅𝐄𝐁𝐑𝐔𝐀𝐑𝐈 𝐇𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀 𝟏𝟒 𝐌𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟓.

Syarat Kelayakan

Pelajar yang ingin memohon Skim Bantuan Biasiswa Baitulmal Perak MAIPk perlu memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia yang beragama Islam
  • Bermastautin di negeri Perak
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi had kifayah (Fakir Miskin)
  • Pelajar tingkatan 4 dan 5 sesi persekolahan tahun 2025 dari Sekolah Menengah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan (tidak termasuk Kolej Vokasional)
  • Cemerlang dalam pelajaran dan kokurikulum tahun sebelumnya berdasarkan merit
  • Tidak menerima biasiswa daripada mana-mana agensi

Dokumen Yang Perlu Dilampirkan

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah disertakan bersama dengan dokumen dokumen-dokumen berikut;

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan semua ahli isi rumah.
  2. Salinan penyata pendapatan (slip gaji atau pengesahan pendapatan daripada penghulu) ibu/bapa atau penjaga.
  3. Salinan sijil nikah, cerai, atau kematian (jika berkaitan).
  4. Salinan surat pengesahan sakit oleh Pegawai Perubatan Kerajaan (jika berkaitan).
  5. Salinan keputusan peperiksaan akhir tahun 2024.
  6. Salinan Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Cara Permohonan

Jika anda menepati semua syarat yang ditetapkan, sila dapatkan borang permohonan melaui kaedah-kaedah berikut

  • Borang boleh diperolehi melalui pautan https://rb.gy/p1p1r4 
  • Atau imbas kod QR pada iklan untuk akses pantas.
  • Hadir ke kaunter MAIPk berdekatan untuk mendapatkan borang.
TAWARAN PENAJAAN BANTUAN BIASISWA BAITULMAL TAHUN 2025 PERAK MAIPk

Prosedur Mengisi Borang

  • Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap.
  • Setiap permohonan mestilah dibuat atas nama pelajar.
  • Hanya borang yang lengkap akan diproses.
  • Borang permohonan hendaklah dihantar ke Pejabat Pentadbiran MAIPk Daerah mengikut alamat tempat tinggal pemohon.
  • Permohonan hendaklah dihantar dalam tempoh yang ditetapkan.

CARA PENGHANTARAN BORANG PERMOHONAN

Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta dokumen sokongan boleh dihantar melalui dua kaedah berikut:

  1. Serahan tangan
    • Pemohon boleh menghantar borang permohonan ke Pejabat Pentadbiran MAIPk yang berdekatan mengikut alamat tempat tinggal. *lihat alamat di bawah
  2. Penghantaran melalui pos
    • Borang permohonan juga boleh dihantar melalui pos ke alamat berikut:

Unit Pemerkasaan Pendidikan Asnaf, Bahagian Agihan Zakat,
Aras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.

Nota Penting:

  • Permohonan yang tidak lengkap atau dihantar selepas tarikh tutup tidak akan diproses.
  • Pastikan semua dokumen sokongan yang diperlukan disertakan bagi mengelakkan kelewatan dalam proses permohonan.
  • Pemohon boleh menyemak status permohonan dengan menghubungi pejabat MAIPk yang berdekatan atau melalui nombor telefon yang disediakan.

Maklumat Lanjut

Hubungi untuk maklumat lanjut berkenaan Biasiswa Baitulmal Perak 2025;

  • Telefon: 05-208 4000
  • WhatsApp: 019-571 1383

Laman Web: www.maipk.gov.my

Alamat Pejabat Pentadbiran MAIPk Mengikut Daerah:

Borang permohonan Biasiswa Baitulmal perlu dihantar mengikut alamat tempat tinggal ke pejabat Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) berikut:

  1. Ipoh (Ibu Pejabat):
    Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak
    Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak
    Tel: 05-208 4000, Faks: 05-241 4257
  2. Batu Gajah:
    Pejabat Pentadbiran Daerah Batu Gajah
    No. 27, Jalan Mat Saman, 31000 Batu Gajah
    Tel: 05-365 1290, Faks: 05-365 3504
  3. Bagan Serai:
    Pejabat Pentadbiran Daerah Bagan Serai
    Jalan Matang Buluh, 34300 Bagan Serai
    Tel: 05-721 2926, Faks: 05-721 9862
  4. Parit Buntar:
    Pejabat Pentadbiran Daerah Parit Buntar
    JKR 1540N, Jalan Persiaran Permai, Taman Kerian Permai
    34200 Parit Buntar
    Tel: 05-716 7090, Faks: 05-716 2141
  5. Seri Iskandar:
    Pejabat Pentadbiran Daerah Seri Iskandar
    No. 8 & 3A, Jalan PP7, Bandar Universiti, 32610 Seri Iskandar
    Tel: 05-366 5310, Faks: 05-366 3445
  6. Kampong Gajah:
    Pejabat Pentadbiran Daerah Kampong Gajah
    Tingkat 2, Kompleks Pentadbiran Daerah, Jalan Tanjung Tualang
    36800 Kampong Gajah
    Tel: 05-631 2208, Faks: 05-631 3078
  7. Lenggong:
    Pejabat Pentadbiran Daerah Lenggong
    Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong
    Tel: 05-767 8869, Faks: 05-767 8542
  8. Pengkalan Hulu:
    Pejabat Pentadbiran Daerah Pengkalan Hulu
    Jalan Tasek, 33100 Pengkalan Hulu
    Tel: 04-477 8077, Faks: 04-477 8917
  9. Kuala Kangsar:
    Pejabat Pentadbiran Daerah Kuala Kangsar
    Jalan Raja Chulan, 33000 Kuala Kangsar
    Tel: 05-776 8371, Faks: 05-777 3400
  10. Taiping:
    Pejabat Pentadbiran Daerah Taiping
    Jalan Muzium Hulu, 34000 Taiping
    Tel: 05-806 6564, Faks: 05-805 8048
  11. Selama:
    Pejabat Pentadbiran Daerah Selama
    Lot 463, Jalan Wan Mohd Razally, 34100 Selama
    Tel: 05-839 3744, Faks: 05-839 1064
  12. Manjung:
    Pejabat Pentadbiran Daerah Manjung
    No. 7 & 7A, Persiaran PM 3/6, Pusat Bandar Seksyen 3
    32040 Seri Manjung
    Tel: 05-688 6957, Faks: 05-688 7599
  13. Kampar:
    Pejabat Pentadbiran Daerah Kampar
    Lot 105 & 106, Jalan Idris, 31900 Kampar
    Tel: 05-465 1143, Faks: 05-465 1151
  14. Muallim:
    Pejabat Pentadbiran Daerah Muallim
    Jalan Rumah Rehat, 35800 Slim River
    Tel: 05-452 0653, Faks: 05-452 6221
  15. Tapah:
    Pejabat Pentadbiran Daerah Tapah
    Lot 569, Jalan Bukit Baldwin, 35000 Tapah
    Tel: 05-401 4853, Faks: 05-401 0490
  16. Teluk Intan:
    Pejabat Pentadbiran Daerah Teluk Intan
    Kompleks Tadbir Jalan Intan, Jalan Raja Musa
    36000 Teluk Intan
    Tel: 05-621 6194, Faks: 05-621 2263
  17. Gerik:
    Pejabat Pentadbiran Daerah Gerik
    Jalan Haji Meor Yahya, 33300 Gerik
    Tel: 05-791 3755, Faks: 05-791 0137
  18. Bagan Datoh:
    Pejabat Pentadbiran Daerah Bagan Datoh
    Rumah Kedai Pekan Selekoh, 36200 Selekoh

Lihat Juga: Bantuan Persekolahan Perak (MAIPk): Permohonan Tahun 2025

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments