Saban tahun bermula tahun 1972, 16 Mei merupakan suatu hari dan tarikh yang cukup penting di mana kita meraikan Hari Guru khas buat warga pendidik dan para guru yang memberikan segalanya untuk mendidik anak-anak muda dan generasi seterusnya.
Setiap tahun, satu tema dipilih untuk sambutan Hari Guru bagi tahun tersebut.
Walaupun tidak diisytiharkan sebagai cuti umum di Malaysia, namun terdapat pelbagai acara atau aktiviti yang dilakukan dalam meraikannya.
Tema Hari Guru 2024
Di Malaysia, tema bagi sambutan Hari Guru 2024 adalah;
Tema ini dipilih selari dan bersesuaian dengan situasi senario pada masa sekarang kerana digital itu adalah sangat rapat dalam kehidupan kita termasuklah juga dalam bidang pendidikan.
Oleh yang demikian, apabila disebut Guru Jauhari Digital bermaksud sekumpulan guru-guru yang mempunyai potensi yang tinggi dalam bidang digital. Melalui kompetensi yang tinggi itu, kita mengharapkan mereka boleh mendidik anak-anak kita menjadi anak-anak yang fasih digital.
Tema yang dipilih ini merupakan salah satu daripada 7 teras utama Kementerian Pendidikan Malaysia;
- Kementerian mahu menjadikan komunikasi antara kementerian dan sekolah lebih cekap dan telus
- KPM memberi penekanan kepada aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti
- Memberi perhatian terhadap isu kemiskinan multidimensi murid daripada keluarga B40
- Memberi perhatian kepada isu keciciran pendidikan serta masalah literasi dan numerasi
- Fokus kepada kebajikan guru kerana guru adalah teras utama keberkesanan penyampian pendidikan
- Memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk mengubahsuai dan menaik taraf sekolah-sekolah yang mempunyai bangunan daif, terutamanya di Sabah dan Sarawak
- Meningkatkan keupayaan pendidikan digital di sekolah
Dalam teras yang ketujuh adalah bertujuan memastikan murid dapat menghadapi cabaran dunia digital dengan lebih baik.
Pendidikan Digital juga merupakan kesinambungan kepada inisiatif yang telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan dengan sekolah bestari sebelum ini.
Tema Hari Guru Malaysia Sebelum Ini
Untuk panduan dan rujukan kita semua, berikut adalah senarai tema hari guru sejak ia mula diperkenalkan sehingga yang terkini;
2024 | Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara MADANI |
2023 | Guru Insani Pemangkin Generasi Madani |
2022 | Guru Tunjang Sekolah Sejahtera |
2021 | Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu |
2020 | Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu |
2019 | Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi |
2018 | Guru Pemacu Transformasi Pendidikan |
2017 | Guru Pembina Negara Bangsa |
2016 | Guru Pembina Negara Bangsa |
2015 | Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak |
2014 | Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi |
2013 | Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda |
2012 | Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara |
2011 | Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara |
2010 | Guru Pembina Negara Bangsa |
2009 | Guru Pembina Negara Bangsa |
2008 | Guru Cemerlang Negara Terbilang |
2007 | Guru Penjana Modal Insan Cemerlang |
2006 | Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan |
2005 | Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan |
2004 | Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan |
2003 | Guru Berkualiti Aspirasi Negara |
2002 | Guru Berkualiti Aspirasi Negara |
2001 | Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama |
2000 | Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan |
1999 | Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang |
1998 | Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama |
1997 | Guru Bestari Sekolah Bestari |
1996 | Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia |
1995 | Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan |
1994 | Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan |
1993 | Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan |
1992 | Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan |
1991 | Ke Arah Pendidikan Cemerlang |
1990 | Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera |
1989 | Guru Pembina Budaya Ilmu |
1988 | Guru Pengasas Budaya Membaca |
1987 | Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan |
1986 | Pendidikan Teras Nasionalisme |
1985 | Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan |
1984 | Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan |
1983 | Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan |
1982 | Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu |
1981 | Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat |
1980 | Pendidikan Teras Perpaduan Negara |
1979 | Murid Sejahtera Negara Jaya |
1978 | Guru Pembentuk Generasi Akan Datang |
1977 | Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan |
1976 | Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan |
1975 | Guru dan Pembangunan Negara |
1974 | Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi |
1973 | Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan |
1972 | Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara |
Sambutan Hari Guru Di Malaysia
Sambutan Hari Guru di peringkat kebangsaan kebiasaannya dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pada tahun lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan ke-52 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
Ketika sambutan ini, anugerah tokoh-tokoh guru akan diumumkan iaitu Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan sebagai kemuncak sambutan peringkat kebangsaan.
Pada tahun ini, KPM memaklumkan bahawa Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-53 Tahun 2024 akan di adakan pada 14 hingga 16 Mei 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC), Kuantan, Pahang.
Pelbagai perkhidmatan dan aktiviti akan dilaksanakan di pentas utama dan reruai.
Sementara itu, sambutan di peringkat sekolah pula biasanya dibuat mengikut kesesuaian sekolah masing-masing dengan pelbagai aktiviti dan program menarik untuk meraikan para guru dan pendidik.
Ada dalam kalangan guru yang akan memakai pakaian mengikut tema Hari Guru yang dipilih masing-masing.