HomePanduan40 Idea Hadiah Bersempena Sambutan Hari Guru

40 Idea Hadiah Bersempena Sambutan Hari Guru

Bersempena sambutan Hari Guru tidak lama lagi, mesti ada ibu bapa atau anak-anak sedang berbincang dan mencari idea apakah hadiah paling sesuai diberikan pada tahun ini.

Sebenarnya tradisi memberi hadiah pada guru ni bukanlah sesuatu yang wajib. Cuma sebagai tanda penghargaan kepada guru yang sedang atau telah mendidik kita selama ini.

Jika tidak mampu berikan hadiah, cukuplah ucapan tulis ikhlas dari hati sahaja. 

Namun, jika ada yang ingin berikan hadiah, berikut adalah beberapa panduan dan idea yang anda boleh pertimbangkan.

Lihat Juga:

Panduan Memilih Hadiah

Apabila memilih hadiah, beberapa perkara berikut seharusnya dipertimbangkan supaya hadiah yang diberikan itu sesuai dan bermakna. 

Berikut adalah beberapa panduan umum untuk memilih hadiah bersempena sambutan Hari Guru pada tahun ini:

  1. Berdasarkan kemampuan kewangan 
  2. Sesuatu yang praktikal yang boleh digunakan
  3. Sesuatu yang boleh disimpan sebagai kenangan
  4. Bersesuaian dengan jantina guru
  5. Sesuatu yang bermanfaat
  6. Mempunyai nilai kasih sayang
  7. Hadiah berdasarkan minat, kegemaran atau hobi guru – Kalau guru suka pokok hiasan, boleh hadiahkan sepasu kecil pokok hiasan.
  8. Sesuatu yang boleh menaikkan semangat dan motivasi guru
  9. Berdasarkan tema sambutan Hari Guru pada tahun ini “Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara MADANI”
  10. Hadiah tidak menyentuh sensitiviti agama, bangsa dan jantina

Contoh Hadiah

Terdapat pelbagai hadiah  yang boleh anda fikirkan untuk di diberikan kepada cikgu bersempena Hari Guru pada tahun ini. Anda juga boleh DIY hadiah atau balut dan meletakkan ucapan hari guru. Yang penting, hadiah itu adalah ikhlas dari seorang murid / pelajar kepada guru.

Hadiah-hadiah ini boleh terdiri daripada alat tulis, pakaian, hiasan, makanan dan sebagainya.

Contoh atau idea yang anda boleh pertimbangkan adalah;

  1. Marker Pen (paling popular)
  2. Set Alat Tulis (paling popular)
  3. Kotak pensil
  4. Kertas A4 (praktikal)
  5. Stapler (praktikal)
  6. Frame Khat (kenangan)
  7. Pen ukiran nama ((kenangan)
  8. ​​Sabun mandi/tangan (praktikal)
  9. Sabun basuh *letak sikit reben dan tulisan (praktikal)
  10. Kipas tangan (Tulisan selamat hari guru)
  11. Pokok kaktus kecil (hiasan)
  12. Keychain (kenangan)
  13. Notebook (buku nota)
  14. Fridge magnet
  15. Tumbler (Botol air)
  16. Mug
  17. Jam dinding
  18. Jam digital meja
  19. Gubahan Bunga
  20. Hamper buah-buahan
  21. Telekung
  22. Handsock
  23. Kopiah / Songkok
  24. Sejadah / Mini Sejadah
  25. Kain batik
  26. Kain pelikat
  27. Set tuala (berbungus cantik)
  28. Fail sijil
  29. Tupperware
  30. Minyak wangi
  31. Buku motivasi
  32. Buku agama
  33. Tudung
  34. Kerongsang
  35. Jute bag
  36. Biskut
  37. Set bantal kecil
  38. Lilin aroma terapi (menghilangkan stress guru)
  39. Peralatan memasak / makanan – Sudu, garfu, periuk, set rempah ratus dan sebagainya
  40. Penanda buku / Book mark

Marker Pen

White Board Marker Hari Guru
Kredit: Hizandie Shuaib

Marker pen merupakan hadiah paling popular dan paling praktikal diberikan kepada cikgu-cikgu. Pada masa yg sama, harganya yang berpatutan dan senang untuk di sediakan!

Selain itu, jika ada ramai guru yang ingin diberikan hadiah, dia boleh dibalut secara berasingan dan diletakkan kad ucapan beserta nama murid agar cikgu-cikgu boleh mengingati pemberian hadiah tersebut.

Set Alat Tulis

Alat Tulis Hari Guru
Kredit: Azie Bayu

Sesuai dengan kerjaya guru yang banyak mengajar dan menulis, set alat tulis merupakan antara yang anda boleh pertimbangkan untuk diberikan sebagai hadiah.

Katakan ramai guru yang ingin diberikan hadiah, cadangan satu set alat tulis terdiri daripada;

  1. Buku nota kecil
  2. Pen 
  3. Pembaris 
  4. Highlighter
  5. Klip kertas

Anda juga boleh berikan dalam bentuk per item seperti;

Notebook Hadiah Hari Guru
Kredit: Jasliza Abdul Hamid
  1. Kertas A4
  2. Fail sijil
  3. Stapler
  4. Notebook

Handwash atau Shower gel

Hadiah Handwash Hari Guru
Kredit: Noreen Masran

Hand wash atau shower gel juga  merupakan hadiah yang praktikal bersempena   Hari Guru. Jika berkemampuan, hadiah ini boleh disertakan bersama-sama dengan barangan lain seperti losyen badan, sabun dan sebagainya.

Hadiah ini mudah untuk dicari dan disediakan. Boleh dapatkan secara online atau beli secara borong di pasaraya MyDin, mart berdekatan atau sebagainya.

Gubahan Bunga

Bunga ialah hadiah popular untuk Hari Guru yang boleh  menyampaikan perasaan terima kasih, rasa hormat dan kasih sayang. Beberapa contoh atau hadiah bunga yang sering diberikan pada Hari Guru termasuk:

Bunga Carnation

Mewakili kekaguman, rasa terima kasih, dan rasa hormat, dan datang dalam pelbagai warna. Carnation merah jambu melambangkan kesyukuran, carnation putih mewakili cinta tulen dan nasib baik, dan carnation merah menandakan kekaguman dan kasih sayang yang mendalam.

Bunga Ros

Pilihan abadi yang melambangkan cinta dan kecantikan, dan datang dalam pelbagai warna. Mawar merah melambangkan kasih sayang dan rasa hormat, manakala mawar kuning melambangkan persahabatan dan kesyukuran.

Orkid

Gubahan Bunga Hadiah Hari Guru
Kredit:  Sakina Raadiyah

Orkid ungu melambangkan maruah, kekaguman dan kerabat, manakala orkid putih melambangkan kesucian, keanggunan dan kesederhanaan. Orkid merah jambu melambangkan keseronokan dan keanggunan.

Bunga tulip

Melambangkan permulaan baharu dan permulaan baharu, dan boleh digabungkan dengan mawar untuk susunan yang bertenaga.

Coklat

Coklat adalah hadiah yang baik untuk guru kerana ia boleh memberikan hidangan manis selepas seharian bekerja. Ia juga mudah untuk dicari dan disediakan

Beberapa idea hadiah coklat untuk Hari Guru termasuk:

  • Kotak coklat
  • Hamper coklat
RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments