HomeBiasiswaProgram Biasiswa FGV 2024: Bidang & Syarat Kelayakan

Program Biasiswa FGV 2024: Bidang & Syarat Kelayakan

FGV Holdings Berhad mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan membuat permohonan bagi Program Biasiswa FGV 2024.

Program yang ditawarkan ini adalah peluang yang tidak patut dilepaskan oleh pelajar yang memenuhi kriteria kelayakan. Ini adalah langkah pertama untuk mencapai masa depan yang cerah dengan sokongan daripada syarikat agribisnes terkemuka di Malaysia. 

Berikut adalah maklumat mengenai program biasiswa yang ditawarkan.

Mengenai Program Biasiswa FGV 2024

FGV Holdings Berhad, salah satu syarikat agribisnes terkemuka yang berpengkalan di Malaysia.

Program biasiswa yang ditawarkan ini ini bertujuan untuk menyokong generasi pemimpin dan inovator masa depan dalam mengejar pendidikan tinggi mereka.

Tempoh Permohonan

Permohonan boleh dibuat mulai 21 Mei hingga 15 Jun 2024.

Kriteria Kelayakan

Untuk melayakkan diri dalam program biasiswa ini, calon mesti memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke bawah
  • Lepasan SPM bagi batch 2023
  • Mendapat minimum 8A
  • Mempunyai kualiti kepimpinan yang mantap melalui pelbagai jawatan kepimpinan

Bidang Pengajian Yang Ditawarkan

Program Biasiswa FGV 2024 menawarkan biasiswa dalam pelbagai bidang pengajian iaitu:

  • Accounting & Finance (Perakaunan & Kewangan)
  • Agriculture & Agronomy (Pertanian & Agronomi)
  • Business Management & Economics (Pengurusan Perniagaan & Ekonomi)
  • Engineering & Automation (Kejuruteraan & Automasi)
  • Environment, Social & Governance (Alam Sekitar, Sosial & Tadbir Urus)
  • Food Science & Technology (Sains Makanan & Teknologi)
  • ​​Hospitality (Hospitaliti)
  • Information & Technology (IT)
  • Logistics Supply Chain (Rantaian Bekalan Logistik)
  • Science & Statistics (Sains & Statistik)

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan berikut;

https://eform.fgvholdings.com/fgvscholarship/Account/SignIn

Atau scan pada kod QR melalui iklan di bawah;

Program Biasiswa FGV 2024

Faedah Yang Di Tawarkan

  • Yuran tuisyen
  • Tiket penerbangan & visa
  • Elaun bulanan
  • Perlindungan perubatan & insurans
  • Bantuan pembelajaran
  • Bantuan kos sara hidup

Mengapa Memilih Program Biasiswa FGV?

Peluang Pendidikan Berkualiti Tinggi

Dengan program biasiswa ini, FGV menyediakan peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang kritikal yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran kerja. 

Pelajar akan mendapat akses kepada pendidikan berkualiti tinggi yang dapat membantu mereka mengembangkan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk berjaya dalam kerjaya masing-masing.

Sokongan Kepimpinan

Program Biasiswa FGV tidak hanya memberi fokus kepada prestasi akademik tetapi juga kualiti kepimpinan. Melalui sokongan dan bimbingan, pelajar diberi peluang untuk mengembangkan potensi kepimpinan mereka, yang merupakan elemen penting untuk menjadi pemimpin yang berwibawa di masa hadapan.

Komitmen FGV Terhadap Komuniti

FGV komited untuk memberi impak positif kepada komuniti yang dilayaninya. Dengan menyediakan biasiswa ini, FGV membantu membina masyarakat yang lebih baik dengan memberi peluang kepada pelajar untuk mencapai impian mereka dan memberi sumbangan kepada pembangunan negara.

Mengenai FGV

FGV ialah sebuah syarikat agribisnes yang berpangkalan di Malaysia dan salah satu pengeluar Minyak Sawit Mentah (MSM) terbesar di dunia, menyumbang 3% daripada pengeluaran MSM global dan 14% daripada pengeluaran MSM Malaysia. 

Sejak penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad pada 2012, FGV terus komited untuk mencapai matlamat strategiknya dan memanfaatkan sinergi untuk mencipta nilai bagi pemegang kepentingannya.

FGV beroperasi di tujuh negara di seluruh Asia, Eropah dan Amerika Utara.

Ia pada mulanya diperbadankan sebagai cabang komersial Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pada 2007 untuk menyelia pelaburan dalam perniagaan minyak sawit huluan dan hiliran serta perniagaan tani lain.

Operasi FGV tertumpu terutamanya pada empat sektor perniagaan teras; Perniagaan Perladangan, Gula, Pertanian Bersepadu dan Logistik & Sokongan yang disokong oleh tenaga kerja lebih 51,000 orang.

Dengan kepakaran industri selama 50 tahun, FGV komited untuk terus memacu perniagaan yang mampan, sambil memanfaatkan aliran hasil baharu daripada ekonomi pekeliling untuk mencipta lebih banyak nilai.

Info Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan permohonan, layari  https://career.fgvholdings.com/portal 

Ikuti FGV di;

Soalan Lazim (FAQ)

Bilakah permohonan untuk Program Biasiswa FGV 2024 ditutup?

Permohonan ditutup pada 15 Jun 2024.

Apakah syarat kelayakan?

1) Warganegara Malaysia
2) Berumur 18 tahun dan ke bawah
3) Lepasan SPM bagi batch 2023
4) Mendapat minimum 8A
5) Mempunyai kualiti kepimpinan yang mantap melalui pelbagai jawatan kepimpinan

Apakah bidang pengajian yang ditawarkan dalam Program Biasiswa ini?

– Perakaunan & Kewangan
– Pertanian & Agronomi
– Pengurusan Perniagaan & Ekonomi
– Kejuruteraan & Automasi
– Alam Sekitar, Sosial & Tadbir Urus
– Sains Makanan & Teknologi
– Hospitaliti
– IT
– Rantaian Bekalan Logistik
– Sains & Statistik

Bagaimanakah cara untuk memohon Program Biasiswa FGV 2024?

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan berikut: https://eform.fgvholdings.com/fgvscholarship/Account/SignIn
Anda juga boleh scan pada kod QR melalui iklan yang disediakan.

Apakah faedah biasiswa yang ditawarkan?

1) Yuran tuisyen
2) Tiket penerbangan & visa
3) Elaun bulanan
4) Perlindungan perubatan & insurans
5) Bantuan pembelajaran
6) Bantuan kos sara hidup


RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments