HomeInfoSukarelawan Skuad Waja: Kelebihan dan Cara Menyertai

Sukarelawan Skuad Waja: Kelebihan dan Cara Menyertai

Skuad WAJA merupakan skuad sukarelawan di bawah seliaan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) yang dilancarkan pada Oktober 2021.

Skuad Waja berfungsi sebagai agen perubahan dalam komuniti dengan membantu meningkatkan kesedaran mengenai jenayah. 

Ahli skuad menerima latihan menggunakan Modul E.A.R.S yang menekankan empati, atensi, respon, dan sokongan bagi memperkasakan komuniti dalam menangani isu keganasan.

Sehingga 31 Disember 2023, seramai 329,221 orang telah mendaftar menjadi sukarelawan Skuad Waja.

Apa itu Skuad Waja?

Skuad waja bermaksud Skuad Wanita Anti Jenayah merupakan program sukarelawan yang dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran seluruh masyarakat untuk mengambil tindakan bagi menghentikan keganasan terhadap wanita.

Skuad waja bermaksud Skuad Wanita Anti Jenayah merupakan program sukarelawan yang dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran seluruh masyarakat untuk mengambil tindakan bagi menghentikan keganasan terhadap wanita.

Penubuhan Skuad Waja ini merupakan inisiatif yang amat bertepatan dengan objektif Kementerian dalam memastikan golongan wanita dilindungi dan masyarakat cakna akan perilaku jenayah yang berlaku di sekeliling mereka.

Ia berperanan sebagai ejen serta mata dan telinga kerajaan dalam komuniti bagi membantu meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai jenayah. 

Ahli Skuad Waja akan menerima latihan berstruktur menggunakan Modul Skuad Waja yang dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)

Modul yang dikenali sebagai E.A.R.S memberi penekanan terhadap aspek menolong. Terdapat empat (4) aspek utama telah dikenal pasti dalam proses membantu iaitu:

  • Empati (Empathy) 
  • Atensi (Attention) 
  • Respon (Response) 
  • Sokongan (Support) 

Objektif SKUAD WAJA

  • Menjadi agen WAJA (menangani keganasan terhadap wanita) dalam komuniti.
  • Memperkasa komuniti melalui aktiviti psikososial dalam menangani isu keganasan.
  • Membantu dalam membina sebuah masyarakat yang harmoni.

Apakah Peranan SKUAD WAJA?

  • Menggunakan kemahiran E.A.R.S dan mematuhi nilai dan etika sebagai seorang sukarelawan
  • Menerapkan amalan positif dalam diri, keluarga dan komuniti agar menjadi contoh yang baik.
  • Membuat rujukan pakar hospital kerajaan atau mana-mana agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sekiranya individu yang dibantu memerlukan bantuan kadar segera.

Kelebihan

  • Anda akan mendapat latihan dan bimbingan secara PERCUMA daripada tenaga pakar yang terlatih.
  • Pengalaman berharga menyantuni pelbagai latar kehidupan masyarakat.
  • Kemahiran berkomunikasi dan semangat kerja berpasukan.
  • Sijil Penyertaan SKUAD WAJA.

Syarat-syarat Penyertaan

Syarat penyertaan bagi program ini adalah

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas,
  • Bersemangat tinggi dalam bidang sukarelawan,
  • Suka membantu dan berkhidmat kepada komuniti secara sukarela,
  • Mempunyai minat dalam melaksanakan program atau aktiviti kemasyarakatan,
  • Bersemangat kental dalam usaha menangani keganasan terhadap wanita dalam komuniti.

Cara Penyertaan

Sekiranya berminat, anda boleh mengisi borang penyertaan Sukarelawan Skuad Waja 2024 melalui pautan Google Form di bawah;

https://forms.gle/GmnRoj2pUcGKuJHB7

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman portal rasmi Jabatan Pembangunan Wanita https://www.jpw.gov.my/ 

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments