HomeBiasiswaBiasiswa Pahang Sekolah Rendah Tahun 4 Sesi 2025 Kini Dibuka

Biasiswa Pahang Sekolah Rendah Tahun 4 Sesi 2025 Kini Dibuka

Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang kini membuka permohonan baharu bagi Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah) untuk murid-murid tahun 3 sesi persekolahan 2024 di Sekolah Kebangsaan / Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) / Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) dalam negeri Pahang.

Biasiswa ini adalah untuk sesi persekolahan tahun 2025 bagi pelajar tahun 4.

Ibu bapa atau penjaga yang berkelayakan bolehlah memohon biasiswa ini bagi meringankan beban kewangan keluarga untuk anak-anak yang bersekolah.

Apa itu Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah)?

Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah), sebelumnya dikenali sebagai Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) telah diperkenalkan pada tahun 2002. Biasiswa ini diberikan kepada murid-murid Tahun 4 hingga 6 yang sedang belajar di sekolah-sekolah rendah kebangsaan, jenis kebangsaan dan sekolah agama bantuan kerajaan di seluruh negeri Pahang Darul Makmur.

Pada peringkat awal biasiswa ini diperkenalkan, kumpulan sasar adalah anak-anak dari keluarga miskin/daif dengan pendapatan keluarga di bawah paras RM700 sebulan. Kini telah diperluaskan kepada keluarga yang berpendapatan di bawah paras RM2,500 sebulan.

Mulai tahun 2012, kadar baharu Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah) telah dinaikkan daripada RM250 setahun kepada RM300 setahun bagi murid Tahun 4 hingga 6.

Yayasan Pahang telah menambah baik proses permohonan di mana permohonan dibuat hanya melalui sekolah dan dibuat secara dalam talian. Selain itu, pihak sekolah tidak perlu menghantar borang permohonan ke YP.

Sebagai penambahbaikan tahun 2022, Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) telah diberi penjenamaan baharu dan akan dikenali sebagai Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah).

Tempoh Permohonan 

Tarikh permohonan bermula 19 Ogos 2024 sementara tarikh tutup adalah pada 1 Oktober 2024.

Biasiswa Pahang Sekolah Rendah Tahun 4 Sesi Persekolahan 2025 yang kini dibuka.

Syarat dan Kelayakan Permohonan

Kriteria kelayakan Biasiswa (Sekolah Rendah) adalah seperti berikut:

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia.
  • Ibu atau bapa atau penjaga warganegara Malaysia.
  • Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai: Pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga mesti dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
  • Pemohon dan ibu bapanya atau penjaganya yang lahir di luar Pahang, serta ibu bapanya yang bukan warganegara Malaysia, TIDAK LAYAK MEMOHON.
  • Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa atau penjaga tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
  • Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal yang tiada pendapatan tetap atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
  • Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) akan dinilai berdasarkan pemilihan pada tahun tersebut.
  • Pemohon mestilah sedang belajar di Tahun 3 bagi tahun semasa di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil), dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dalam Negeri Pahang Darul Makmur.
  • Murid yang pernah digantung/dibuang sekolah tidak layak memohon.

Cara Memohon

  • Permohonan boleh dibuat melalui sekolah atau ADUN/Wakil yang dilantik oleh Yayasan Pahang.
  • Dibuka kepada murid Tahun 3 sesi persekolahan 2024 yang bersekolah di SK/SJK (C)/SJK (T) dalam negeri Pahang.

Info dan Maklumat Lanjut

Sebarang info dan maklumat lanjut berkaitan dengan biasiswa ini, boleh hubungi 09-5181800 atau layari  www.yp.org.my 

Ikuti Yayasan Pahang di:

  1. Facebook
  2. X (Twitter)
  3. Instagram
  4. YouTube
  5. TikTok

Sumber: Yayasan Pahang


Lihat Juga:
Biasiswa Pahang Sekolah Menengah Tingkatan 6 Rendah 2024

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments