HomeBiasiswaProgram LSPM 2024: Pelajar Cemerlang SPM 2023 (Tajaan JPA)

Program LSPM 2024: Pelajar Cemerlang SPM 2023 (Tajaan JPA)

TAWARAN PENAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) BAGI PROGRAM KHAS LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA DALAM NEGARA (LSPM) TAHUN 2024.

Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara (LSPM) merupakan antara biasiswa berprestij tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar cemerlang lepasan SPM 2023.

Pilihan program pengajian adalah dari peringkat Persediaan hingga Ijazah Pertama di IPT dalam negara.

Apakah itu Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara (LSPM) 2024?

Program Khas LSPM Tahun 2024 merupakan penajaan Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA) kepada pelajar cemerlang lepasan SPM yang mendapat keputusan
sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara.

Calon-calon akan ditawarkan penajaan untuk mengikuti pengajian peringkat
Persediaan hingga ke Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Government Linked
Universities
(GLU) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara yang
dikenal pasti, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Iklan Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara (LSPM) 2024

Tempoh Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di laman web JPA mulai 29 Mei 2024 (Rabu) jam 2.00 petang hingga 9 Jun 2024 (Ahad) jam 5.00 petang. 

Pemohon hendaklah membaca dan memahami kesemua panduan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi program ini sebelum membuat permohonan.

Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Bentuk Penajaan

Penajaan program ini adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dan tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:

  1. Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian;
  2. Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian;
  3. Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian; dan
  4. Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar bali sepenuhnya nilai pinjaman.

Syarat Kelayakan Program LSPM 2024

Syarat Umum 

  1. Warganegara Malaysia; 
  2. Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik/ berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian;
  3. Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA; 
  4. Menduduki peperiksaan SPM 2023 buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah atau calon-calon persendirian;
  5. Tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama;
  6. Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki; dan
  7. Keutamaan diberikan kepada calon daripada latar belakang keluarga dengan kategori pendapatan B40 dan M40

Syarat Khusus

  • Pelajar hendaklah mendapat keputusan SPM sekurang-kurangnya 9A+ dalam mana-mana mata pelajaran tanpa mengambil kira mata pelajaran selebihnya (sekiranya ada); dan
  • Memulakan pengajian peringkat Persediaan sebelum 31 Disember tahun penawaran biasa.

Cara Memohon

Calon yang berminat perlu mengisi profiling secara dalam talian (online) di https://bmipenajaan.jpa.gov.my yang dibuka khusus kepada senarai calon yang dipaparkan dalam laman web berkenaan sahaja.

 >>Senarai Calon LSPM 2024

Student Assessment Centre (SAC)

Calon-calon yang memohon akan disenarai pendek dan dipanggil untuk menghadiri SAC. SAC diadakan bertujuan bagi menyediakan profil interpersonal pelajar dan menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA.

Program SAC dijadualkan berlangsung mulai 24 hingga 28 Jun 2024 mengikut zon pusat temu duga.

Tarikh-tarikh Penting

TARIKH-TARIKH PENTING

AktivitiTarikh / Hari
Permohonan dibuka29 Mei 2024 (Rabu) | 2.00 petang
Permohonan ditutup9 Jun 2024 (Ahad) | 5.00 petang
Pengisian UKPP & IBK 29 Mei 2024 (Rabu) | 2.00 petang

9 Jun 2024 (Ahad) | 5.00 petang
Semakan Panggilan SAC19 Jun 2024 (Rabu) | 9.00 pagi

21 Jun 2024 (Jumaat) | 4.00 petang
Tempoh SAC24 Jun 2024 (Isnin) – 28 Jun 2024 (Jumaat)
Jangkaan Keputusan25 Julai 2024 (Khamis) | 12.00 tengah hari

*Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa

Kelebihan Program LSPM 2024 dan Cabaran

Kelebihan Program

  1. Peluang Kerjaya: Graduan dari program ini biasanya mempunyai peluang kerjaya yang baik kerana program direka untuk memenuhi keperluan industri.
  2. Jaringan Profesional: Peluang untuk membina rangkaian profesional semasa belajar.

Cabaran

  1. Persaingan: Tinggi dan tawaran hanya terhad kepada pelajar cemerlang sahaja.
  2. Keperluan Akademik: Keperluan untuk mengekalkan prestasi akademik yang baik sepanjang pengajian.

Permohonan & Maklumat Lanjut

Layari https://www.jpa.gov.my atau https://bmipenajaan.jpa.gov.my untuk maklumat lanjut mengenai Program LSPM 2024.

Saluran Pertanyaan (pepanjang tempon permohonan sahaja);

Maklumat Berkaitan;

Sumber: Portal Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara (LSPM) 2024?

Program Khas LSPM Tahun 2024 merupakan penajaan Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA) kepada pelajar cemerlang lepasan SPM yang mendapat keputusan
sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara.

Calon-calon akan ditawarkan penajaan untuk mengikuti pengajian peringkat
Persediaan hingga ke Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Government Linked
Universities
(GLU) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara yang
dikenal pasti, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Bilakah permohonan dibuka?

Permohonan dibuka mulai 29 Mei 2024 (Rabu) jam 2.00 petang hingga 9 Jun 2024 (Ahad) jam 5.00 petang.

Apakah bentuk penajaan yang ditawarkan dalam program ini?

Penajaan adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU).

Apakah syarat umum untuk memohon program ini?

a) Warganegara Malaysia.
b) Bebas daripada penyakit kronik/berjangkit.
c) Ibu/bapa tidak disenarai hitam oleh JPA.
d) Menduduki peperiksaan SPM 2023 buat kali pertama.
e) Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari agensi lain untuk peringkat pengajian yang sama.
f) Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM.
g) Keutamaan kepada calon dari keluarga kategori pendapatan B40 dan M40.

Apakah syarat khusus untuk memohon program ini?

a) Mendapat keputusan SPM sekurang-kurangnya 9A+.
b) Memulakan pengajian peringkat Persediaan sebelum 31 Disember tahun penawaran biasa.

Bagaimana cara untuk memohon Program LSPM 2024?

Permohonan dibuka secara dalam talian di https://bmipenajaan.jpa.gov.my


Artikel Berkaitan;

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments