Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengagihkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 bagi sesi persekolahan 2024/2025, bermula pada 13 Januari 2025 (Isnin).
Bagi pelajar Tingkatan 6 semester 2 dan murid Tahun 1 sesi 2025/2026, agihan akan bermula 16 Februari, manakala pelajar Tingkatan 6 baharu akan menerima bantuan mulai 1 Julai.
Secara keseluruhannya, kerajaan MADANI telah memperuntukkan RM791.25 juta bagi membantu lebih 5.2 juta murid.
Pada tahun ini, buat pertama kali, inisiatif BAP akan turut diperluaskan kepada pelajar Tingkatan 6.
Pihak sekolah akan menguruskan agihan bantuan melalui serahan tunai, pengkreditan ke akaun bank murid atau ibu bapa yang dijangka bermula pada tahun 2025.
Inisiatif BAP menyerlahkan keprihatinan Kerajaan MADANI untuk membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang bakal menjelang.


Apa itu Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Bantuan Awal persekolahan (BAP) merupakan salah satu daripada bantuan yang disediakan oleh kerajaan bagi meringankan kewangan keluarga yang berpendapatan rendah.
Mula diperkenalkan pada tahun 2012, ia bertujuan membantu ibubapa atau penjaga pada sesi persekolahan setiap tahun.
Bantuan ini diberikan kepada semua murid tanpa had pendapatan ibu bapa.
Pada tahun ini, buat pertama kali, inisiatif BAP akan turut diperluaskan kepada pelajar Tingkatan 6.
Tarikh Pengagihan BAP
Pembayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan diagihkan mengikut kategori pelajar dan tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut:
Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 (Sesi Persekolahan 2024/2025):
- Bermula 13 Januari 2025.
Pelajar Tingkatan 6 Semester 2 dan Murid Tahun 1 (Sesi Persekolahan 2025/2026):
- Bermula 16 Februari 2025.
Pelajar Tingkatan 6 Baharu:
- Bermula 1 Julai 2025.
*pihak sekolah akan mengeluarkan kenyataan atau surat rasmi mengenai agihan bantuan ini berdasarkan tarikh yang ditetapkan masing-masing oleh pihak sekolah.

Syarat dan Kriteria Kelayakan
Bagi tahun 2025, Kementerian Pendidikan Malaysia belum menyatakan kriteria kelayakan BAP ini.
Namun jika diimbas kembali BAP tahun 2024, ia diberikan kepada murid-murid berdasarkan kriteria-kriteria seperti berikut:
- Murid warganegara Malaysia;
- Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi sesi persekolahan 2024/2025; dan
- Murid bersekolah di:
- Sekolah Kerajaan (SK).
- Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK).
- Sekolah Agama.
- Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Swasta, KPM (kecuali sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat).
- Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih.
- Sekolah Integriti.
- Sekolah Henry Gurney.
- Sekolah Rendah Sains MARA.
- Maktab Tentera Diraja.
Jumlah Bayaran
Murid yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).
Cara Bayaran
Cara pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan dilakukan melalui pihak sekolah dengan kaedah berikut:
- Serahan tunai kepada:
- Ibu bapa bagi sekolah rendah.
- Ibu bapa atau murid bagi sekolah menengah.
- Pengkreditan ke akaun bank murid.
- Pengkreditan ke akaun bank ibu bapa (kaedah ini akan mula dilaksanakan pada tahun 2025).
Kaedah ini bertujuan memastikan bantuan dapat diagihkan dengan efisien dan mencapai semua murid yang layak.

Bagi ibu bapa yang memilih kaedah serahan tunai, dokumen yang WAJIB dibawa bersama ialah:
- Kad pengenalan / MyKad Ibu Bapa (asal).
- Surat Beranak / Sijil Lahir Anak (asal).
Pihak sekolah berhak menangguhkan agihan bantuan tersebut jika ibu bapa/penjaga murid gagal mengemukakan dokumen seperti di atas.
Cara Membuat Permohonan
Untuk bantuan ini, murid tidak perlu mengisi apa-apa dokumen atau borang permohonan.
Dokumen Yang Diperlukan
Tiada dokumen yang diperlukan bagi bantuan ini.
Info Dan Maklumat Lanjut
Info lanjut tentang BAP, sila layari laman portal Kementerian Pendidikan Malaysia berikut;
https://www.moe.gov.my/km-berhubung-agihan-bantuan-awal-persekolahan-bermula-januari-2025
SUMBER: Kementerian Pendidikan Malaysia
Soalan Lazim (FAQ)
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) adalah inisiatif kerajaan untuk membantu meringankan beban kewangan keluarga berpendapatan rendah bagi menyediakan keperluan persekolahan anak-anak.
– Ia mula diperkenalkan pada tahun 2012.
– Pada tahun 2025, BAP akan turut diperluaskan kepada pelajar Tingkatan 6 buat pertama kali.
– Semua murid layak menerima bantuan tanpa had pendapatan ibu bapa.
Setiap murid yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM150 secara one-off (sekali bayar).
Pembayaran BAP akan diagihkan mengikut kategori pelajar seperti berikut:
– Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 (Sesi 2024/2025): Bermula 13 Januari 2025.
– Pelajar Tingkatan 6 Semester 2 dan Murid Tahun 1 (Sesi 2025/2026): Bermula 16 Februari 2025.
– Pelajar Tingkatan 6 Baharu: Bermula 1 Julai 2025.
Pengagihan akan dilaksanakan melalui pihak sekolah dengan kaedah berikut:
1. Serahan tunai kepada:
– Ibu bapa (sekolah rendah).
– Ibu bapa/murid (sekolah menengah).
2. Pengkreditan ke akaun bank murid.
3. Pengkreditan ke akaun bank ibu bapa (akan bermula pada tahun 2025).
Tidak perlu. Agihan bantuan ini akan dilakukan secara automatik oleh pihak sekolah tanpa keperluan dokumen atau borang permohonan.
Lihat Juga:
– Intipati Belanjawan Madani 2025: Senarai Inisiatif & Bantuan