HomeBiasiswaTNB PRIME Scholarship 2024: Permohonan Biasiswa YTN

TNB PRIME Scholarship 2024: Permohonan Biasiswa YTN

Yayasan Tenaga Nasional (YTN) mempelawa calon-calon yang berminat dan berkelayakan untuk memohon TNB PRIME Scholarship bagi tahun 2024.

Biasiswa ini menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di universiti-universiti terkemuka luar negara dan juga Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). 

TNB PRIME Scholarship merupakan  salah satu inisiatif Yayasan Tenaga Nasional (YTN) yang bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar cemerlang melanjutkan pengajian mereka di peringkat yang lebih tinggi. 

Dengan sejarah penajaan yang bermula sejak tahun 1993, YTN terus komited dalam usaha membangunkan modal insan berkualiti tinggi melalui program biasiswa ini.

Apa Itu TNB PRIME Scholarship?

TNB PRIME Scholarship adalah program biasiswa yang ditawarkan oleh YTN kepada pelajar yang menunjukkan prestasi akademik yang cemerlang dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan. 

Biasiswa ini meliputi kos pengajian, elaun sara hidup, dan beberapa kos tambahan lain yang berkaitan dengan pengajian pelajar di luar negara atau di UNITEN. 

Program ini direka untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan luas dalam bidang kritikal seperti kejuruteraan, sains data, dan pengurusan.

Tempoh Permohonan

Permohonan untuk TNB PRIME Scholarship 2024 dibuka dari 27 Mei 2024 hingga 6 Jun 2024. 

Pelajar yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan digalakkan untuk mengemukakan permohonan mereka dalam tempoh yang ditetapkan. 

Iklan TNB PRIME Scholarship 2024

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang ditawarkan di bawah TNB PRIME Scholarship adalah dalam bidang-bidang yang mempunyai permintaan tinggi dalam industri. 

Antara bidang pengajian yang layak untuk biasiswa ini termasuk:

  • Kejuruteraan Elektrik
  • Kejuruteraan Kimia
  • Kelestarian Alam Sekitar
  • Sains Data dan Analitik
  • Perakaunan
  • Sains Komputer

Syarat Kelayakan

Untuk memohon TNB PRIME Scholarship, calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak melebihi 23 tahun pada 1 Januari tahun permohonan 
  • Tidak mempunyai adik-beradik yang sedang menerima tajaan Biasiswa YTN.
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan mempunyai keperibadian serta ciri kepimpinan yang tinggi.
  • Tidak menerima bantuan kewangan atau tajaan dari mana-mana badan penaja untuk pengajian di peringkat yang sama.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web rasmi Yayasan Tenaga Nasional di [ytn.tnb.com.my](https://ytn.tnb.com.my). Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

  • Layari laman https://ytn.tnb.com.my/scholarships.html 
  • Klik pada butang ‘Apply Now’
  • Pemohon dikehendaki mendaftar akaun di laman portal tersebut sebelum mengisi maklumat permohonan.
  • Isi maklumat dengan lengkap seperti maklumat peribadi, keputusan SPM, maklumat ibubapa atau penjaga, dan lain-lain yang berkaitan.

Info Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai, calon boleh menghubungi Yayasan Tenaga Nasional melalui;

Pelajar juga boleh melayari laman web rasmi YTN untuk mendapatkan maklumat terkini dan panduan permohonan.

Sumber: Yayasan Tenaga Nasional


Artikel berkaitan;

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments