HomeKewanganBiasiswa IJM 2024: Bidang Pengajian & Syarat Kelayakan

Biasiswa IJM 2024: Bidang Pengajian & Syarat Kelayakan

IJM Corporation Berhad (IJM) yang merupakan sebuah syarikat terkemuka dalam bidang pembinaan dan pembangunan hartanah di Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi memohon Biasiswa IJM bagi tahun 2024.

Biasiswa IJM adalah peluang keemasan bagi pelajar untuk melanjutkan pelajaran tanpa beban kewangan. Dengan manfaat yang komprehensif, ia tidak hanya menyokong aspek kewangan tetapi juga memberi pendedahan industri dan peluang kerjaya. 

Jangan lepaskan peluang ini dengan memohon sebelum tarikh tutup yang ditetapkan.

Apa itu Biasiswa IJM?

Biasiswa IJM adalah inisiatif oleh IJM Corporation Berhad, sebuah syarikat terkemuka dalam bidang pembinaan dan pembangunan hartanah di Malaysia. 

Program Biasiswa IJM bertujuan untuk melahirkan pemimpin masa depan selaras dengan visinya dalam pembangunan negara. Anda mungkin sebahagian daripada belia Malaysia yang berpotensi untuk merealisasikan aspirasi dalam menyumbang kepada kemajuan negara kita.

Melalui program ini, IJM menawarkan lebih daripada sekadar bantuan kewangan. Ia memberikan laluan menyeluruh ke arah masa depan yang lebih cerah, menandakan permulaan perjalanan transformasi. 

Ini memastikan generasi pemimpin dan inovator seterusnya mempunyai sokongan dan sumber yang diperlukan untuk berjaya dan menyumbang dengan bermakna kepada masyarakat.

Sejak 1994, Program Biasiswa IJM telah membantu sebanyak 361 pelajar yang mencerminkan dedikasi mereka dalam membangunkan bakat yang berkualiti di Malaysia.

Tarikh Tutup Permohonan

15 Jun 2024.

Bidang Pengajian

Biasiswa IJM terbuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa dalam bidang berikut:

  • Kejuruteraan Awam (Civil Engineering)
  • Kejuruteraan Elektrik (Electrical Engineering)
  • Kejuruteraan Mekanikal (Mechanical Engineering)
  • Ukur Bahan (Quantity Surveying)
  • Seni Bina (Architecture)
  • Ekonomi ( Economics)
  • Ukur Bangunan / Pengurusan Pembinaan (Building Surveying / Construction Management )
  • Analitis Perniagaan / Sains Data (Business Analytics / Data Science)
  • Pentadbiran Perniagaan (Business Administration)
  • Pengurusan Sumber Manusia (Human Resource Management)
  • Pengurusan Operasi Maritim (Maritime Operation Management)
  • Sains Logistik / Pengurusan Pengangkutan (Science Logistics / Transportation Management)
  • Harta Tanah / Perancangan Bandar (Property / Real Estate / Urban Planning)
  • Sains Alam Sekitar dan Kelestarian (Environmental Science and Sustainability )
  • Teknologi Maklumat / Kejuruteraan Perisian (Information Technology / Software Engineering)
  • Pemasaran / Komunikasi (Marketing / Communication)

Kelayakan Permohonan

Untuk memohon Biasiswa IJM, calon mesti memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Mendapat sekurang-kurangnya 3A/CGPA 3.50 dalam STPM atau setaraf (contohnya, Matrikulasi, A-Level, Asasi, Diploma)
  • Mendaftar di mana-mana institusi pendidikan terkemuka untuk melanjutkan pengajian sepenuh masa pertama Ijazah Sarjana Muda di universiti awam dan swasta tempatan
  • Calon yang sedang mengikuti pengajian ijazah sarjana muda mesti mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.50 daripada 4.00 dalam semester terkini
  • Penguasaan bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia yang baik, dalam penulisan dan pertuturan
  • Aktif dalam sukan dan aktiviti kokurikulum
  • Tidak menerima mana-mana biasiswa lain, pinjaman pendidikan atau bantuan kewangan dari mana-mana organisasi lain
  • Penguasaan bahasa Mandarin adalah satu kelebihan
  • Sedia berkhidmat dengan IJM untuk tempoh tertentu selepas tamat pengajian
Iklan Permohonan Biasiswa IJM 2024

Syarat Biasiswa

Penerima biasiswa yang berjaya dikehendaki berkhidmat sebagai pekerja IJM atau mana-mana anak syarikatnya untuk tempoh yang ditetapkan selepas tamat pengajian mereka.

Cara Memohon Biasiswa IJM

Permohonan hendaklah dibuat melalui laman web IJM melalui pautan berikut;

https://scholarship.ijm.com/Scholarship/2024

Garis Panduan Permohonan:

  • Pemohon baru mesti mendaftar sebelum memohon. Selepas pendaftaran, gunakan e-mel dan kata laluan yang sama untuk log masuk.
  • Anda di syorkan menggunakan versi terkini Internet Explorer atau Google Chrome untuk prestasi laman web yang optimum.
  • Anda boleh menyimpan progress anda dan kembali untuk melengkapkan permohonan kemudian. Pastikan semua medan yang diperlukan bertanda (*) telah diisi dan klik “Simpan” sebelum log keluar.
  • Hendaklah mengisi semua medan dan lampirkan sebarang dokumen yang diperlukan sebelum menghantar permohonan anda.
  • Setelah submit, anda tidak boleh membuat perubahan selanjutnya. Sila semak semula semua butiran sebelum penyerahan.

Nota: Pemohon yang disenarai pendek akan menerima pemberitahuan melalui  e-mel  untuk ke peringkat seterusnya.

Pertanyaan dan Info Lanjut

Sebarang pertanyaan sila e-mel kepada [email protected] 

Untuk info lanjut, anda boleh layari; https://www.ijm.com/ijm-scholarship 

Sumber: IJM Corporation Berhad (IJM)

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments