HomeInfoPulau Langkawi: 5 Tempat Wajib Pergi Untuk Percutian

Pulau Langkawi: 5 Tempat Wajib Pergi Untuk Percutian

Pulau Langkawi merupakan antara tempat yang menjadi tumpuan untuk bercuti di Malaysia. Dikenali juga sebagai Permata Kedah dan Pulau Bebas Cukai, sudah pasti Langkawi menjadi destinasi pilihan untuk anda merehatkan diri. 

Sekiranya anda merancang untuk bercuti di Langkawi, ini 5 Tempat wajib yang anda perlu pergi:

1.  Kereta Kabel Langkawi

Kereta Kable di Pulau Langkawi
Photo by Pranesh Ravi on Unsplash

Tempat pertama Wajib Pergi kalau bercuti di Langkawi sudah pastilah Kereta Kabel Langkawi. 

Terletak di Gunung Mat Cincang, Kereta Kabel Langkawi ini mempunyai 3 stesen dan panjangnya adalah 2200 meter. 

Dalam perjalanan menuju ke atas, anda boleh melihat tujuh buah air terjun di kaki bukit yang dikenali  sebagai Telaga Tujuh. Airnya yang putih dan jernih serta mengalir bertingkat-tingkat pasti memukau mata anda. 

Di pertengahan stesen, anda boleh berhenti dan turun untuk melihat permandangan laut yang indah sekali. 

Manakala di puncak, anda akan sampai ke Langkawi Skybridge yang merupakan titian gantung yang berbentuk melengkung /bengkok yang dijadikan sebagai pelantar tinjau. 

Di sini anda dapat melihat dengan jelas kecantikan dan panorama Lautan Hindi dan Laut Andaman yang luas terbentang. Sekiranya cuaca baik, anda dapat pasti teruja melihat beberapa pulau-pulau di selatan Thailand. 

2. Muzium 3D Langkawi

Muzium 3D Langkawi

Tempat kedua wajib pergi adalah di muzium 3d Langkawi. Ia terletak berhampiran dengan kereta kabel Langkawi. 

Bagi yang kaki selfie, anda pasti akan teruja dengan keunikan dan kecantikan lukisan 3d yang berada di dalam Muzium ini. Pastikan memori dan bateri handphone anda mencukupi agar tidak menyesal nanti. 

Untuk maklumat lanjut tentang Muzium 3D Langkawi, anda boleh layari website ini ;

http://www.panoramalangkawi.com/3d-art-langkawi/.

3. Pantai Cenang

Pantai Cenang, Langkawi

Pantai Cenang menjadi tempat wajib ke tiga untuk pergi. Tempat ini adalah  port yang paling sempoi untuk lepak sambil menikmati keindahan Pantai yang cantik dan indah. 

Keadaan Pantai yang halus seperti kristal dan dikelilingi pokok kelapa yang cantik, menjadikan ia tumpuan ramai untuk ke sini. 

Dengan perjalanan  kira-kira 25 minit dari jeti kuah, anda pasti tidak sabar untuk ke sini kerana terdapat pelbagai  kemudahan seperti hotel, restoran yang sedap dan kedai cenderamata yang senang ditemui di sepanjang lokasi ini.

Ketika matahari terbenam, anda dapat menikmati keindahan cahaya yang begitu mempersonakan. 

4. Haji Ismail Group 

Perniagaan Haji Ismail Group

Percutian anda tidak lengkap sekiranya anda tidak membeli belah di Kompleks Haji Ismail Group. Ini kerana, harga barangan disini adalah jauh lebih murah berbanding di tempat lain kerana Pulau Langkawi merupakan pulau yang bebas cukai. 

Disebabkan barang-barang yang dijual di sini amatlah murah, anda boleh buat pilihan samaada untuk borong coklat, set pinggan mangkuk, set dapur, kain batik dan macam-macam lagi. 

5. Dataran Lang

Dataran Lang

Akhir sekali, tidak sah sekiranya anda tidak selfie di Dataran Lang (Datarang Helang). Ia merupakan tempat wajib selfie dan bergambar bersama gergasi replika burung helang yang menjadi mercu kepada pulau Langkawi. 

Sebenarnya ada berpuluh lagi tempat menarik yang boleh anda pergi sekiranya bercuti di Langkawi seperti Makam Mahsuri, Under Waterworld, Pulau Dayang Bunting, Pantai Pasir Hitam dan lain lain lagi. 

Namun 5 Tempat ini adalah tempat yang wajib pergi. Kalau tak, tak lengkap percutian anda di sini. 

Sekiranya anda ada pengalaman menarik percutian di Langkawi, kongsikan dalam ruangan komen dibawah untuk kita share bersama dengan rakan-rakan lain. 

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments