HomePendidikanSemakan Semula Keputusan SPM 2023: Panduan Kepada Calon

Semakan Semula Keputusan SPM 2023: Panduan Kepada Calon

Sekiranya ibu bapa atau pelajar yang kurang berpuas hati dengan keputusan SPM yang dikeluarkan dan yakin berkemungkinan besar Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah melakukan kesilapan, anda berpeluang untuk membuat permohonan semakan semula keputusan SPM 2023.

Untuk makluman, Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan adalah merujuk kepada proses kerja yang dilaksanakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan sekiranya terdapat permohonan daripada calon peperiksaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan pada tahun semasa

Pelajar dan ibu bapa yang curiga atau tidak berpuas hati dengan keputusan SPM yang dikeluarkan, boleh membuat permohonan semakan semula keputusan SPM melalui panduan-panduan berikut;

2 Kategori Semakan Semula 

Permohonan penyemakan ini akan dikenakan bayaran adalah bagi 2 kategori seperti yang berikut: 

  1. Penyemakan semula gred keputusan bagi setiap mata pelajaran yang didaftarkan; dan 
  2. Penyemakan semula keputusan peperiksaan Kes ‘T’

Permohonan Semakan Semula Keputusan SPM 2023

Tempoh permohonan semakan semula keputusan adalah dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan iaitu dari 27 Mei 2024 hingga 26 Jun 2024.

Untuk permohonan semakan semula ini, bayaran RM100 akan dikenakan bagi setiap mata pelajaran yang dipohon untuk semakan semula.

Permohonan, semakan status dan keputusan boleh dibuat melalui portal https://elp.moe.gov.my atau melalui aplikasi e-Lembaga Peperiksaan.

Setelah semakan dibuat, sekiranya;

  • Kekal – Slip keputusan yang sedia ada adalah terpakai
  • Berubah –
    • 1) Calon sekolah – hubungi SUP untuk slip baharu
    • 2) Calon persendirian – hubungi SPP, JPN, untuk slip baharu
Semakan Semula Keputsan SPM 2023

Semakan Semula Keputusan Peperiksaan “Kes T”

Bagi calon yang mendapat keputusan “T”, boleh membuat permohonan penyemakan semula keputusan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan iaitu dari 27 Mei 2024 hingga 26 Jun 2024.

Permohonan boleh dibuat melalui https://elp.moe.gov.my atau melalui aplikasi e-Lembaga Peperiksaan.

Pembayaran RM100 dikenakan bagi setiap mata pelajaran.

Setelah pengeluaran keputusan, sekiranya;

  • Kekal- Slip keputusan yang sedia ada adalah terpakai
  • Berubah- Pulangan bayaran
Semakan semula keputusan kes (T)

Peraturan Pentadbiran Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan

  1. Calon yang ingin membuat semakan semula keputusan peperiksaan boleh membuat permohonan penyemakan semula keputusan dalam tempoh 30 hari mulai dari tarikh pengumuman rasmi keputusan (27 Mei 2024 hingga 26 Jun 2024). 
  2. Permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan dikenakan bayaran RM100.00 bagi setiap mata pelajaran. 
  3. Permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan dibuat sepenuhnya secara dalam talian di elp.moe.gov.my atau aplikasi eLembaga Peperiksaan (e-LP):
    • pemohon yang belum pernah menggunakan aplikasi e-LP hendaklah mendaftar dengan maklumat yang betul dan tepat. 
    • pilih menu Semak Semula untuk membuat permohonan.
    • pilih menu Semak Status untuk:
      • menyemak status permohonan setelah pembayaran dibuat; atau 
      • menyemak keputusan KEKAL/BERUBAH. 
  4. Sekiranya pemohon memperolehi keputusan KEKAL, slip keputusan yang sedia ada adalah terpakai.
  5. Sekiranya pemohon memperoleh keputusan BERUBAH:
    • calon sekolah perlu menghubungi Setiausaha Peperiksaan sekolah untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan yang baharu. 
    • calon persendirian perlu menghubungi Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan yang baharu. 
Peraturan Pentadbiran Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan

Peraturan Pentadbiran Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan Kes ‘T’

  1. Calon yang mendapat keputusan ‘T’ boleh membuat permohonan penyemakan keputusan peperiksaan Kes ‘T’ dalam tempoh 30 hari mulai dari tarikh pengumuman rasmi keputusan (27 Mei 2024 hingga 26 Jun 2024). 

Peringatan: Calon hadir Ujian Bertulis dan melaksanakan Ujian Bertutur/Ujian Mendengar/Ujian Amali Sains/Pentaksiran Pusat bagi mata pelajaran tersebut (sekiranya berkaitan).

  1. Permohonan penyemakan keputusan peperiksaan Kes ‘T’ dikenakan bayaran RM100.00 bagi setiap mata pelajaran namun akan mendapat pulangan bayaran jika keputusan BERUBAH. 
  2. Permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan Kes ‘T’ dibuat sepenuhnya secara dalam talian di elp.moe.gov.my atau aplikasi e-Lembaga Peperiksaan (e-LP):
    • pemohon yang belum pernah menggunakan aplikasi e-LP hendaklah mendaftar dengan maklumat yang betul dan tepat.
    • pilih menu Semak Semula untuk membuat permohonan. 
    • pilih menu Semak Status untuk:
      • menyemak status permohonan setelah pembayaran dibuat; atau 
      • menyemak keputusan permohonan.
Peraturan Pentadbiran Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan Kes ‘T’

Info dan Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh: 

  • melayari portal rasmi LP di https://lp.moe.gov.my. 
  • merujuk manual e-LP untuk keterangan lanjut. 
  • mengemukakan e-mel kepada [email protected]
  • menghubungi meja bantuan Lembaga Peperiksaan di talian: 03-8884 3785 / 3787 / 3439 / 3365 / 3261 / 3443 
    • Isnin hingga Khamis: 8.15 pagi hingga 4.30 petang
    • Jumaat: 8.15 pagi hingga 12.00 tengah hari, 2.45 petang hingga 4.30 petang

Soalan Lazim (FAQ)

1. Apakah itu semakan semula keputusan SPM?

Semakan semula keputusan SPM merujuk kepada proses di mana Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) menilai semula keputusan peperiksaan jika terdapat permohonan daripada calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan mereka. Ini bertujuan untuk memastikan tiada kesilapan berlaku dalam penilaian awal.

2. Apakah kategori semakan semula yang tersedia?

Terdapat dua kategori semakan semula:
a) Penyemakan semula gred keputusan bagi setiap mata pelajaran yang didaftarkan.
b) Penyemakan semula keputusan peperiksaan Kes ‘T’.

3. Apakah tempoh permohonan semakan semula keputusan SPM 2023?

Tempoh permohonan semakan semula keputusan adalah dari 27 Mei 2024 hingga 26 Jun 2024, iaitu dalam tempoh 30 hari selepas keputusan diumumkan.

4. Berapakah bayaran yang dikenakan untuk semakan semula keputusan?

Bayaran sebanyak RM100 dikenakan bagi setiap mata pelajaran yang dipohon untuk semakan semula.

5. Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan semakan semula keputusan SPM?

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal e-Lembaga Peperiksaan atau aplikasi e-Lembaga Peperiksaan (e-LP).

6. Apa yang perlu dilakukan jika keputusan semakan adalah KEKAL atau BERUBAH?

a) KEKAL: Slip keputusan yang sedia ada adalah terpakai.
b) BERUBAH:
i) Calon sekolah: Hubungi Setiausaha Peperiksaan (SUP) sekolah untuk mendapatkan slip keputusan baharu.
ii) Calon persendirian: Hubungi Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan (SPP), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), untuk mendapatkan slip keputusan baharu.


Artikel Berkaitan:

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments