Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2024) kembali lagi pada tahun ini untuk edisi ke-41 dari 24 Mei hingga 2 Jun 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTCKL).Â
Acara tahunan yang dinanti-nantikan ini terus menjadi platform utama untuk pencinta buku, penerbit, penulis, dan pembaca dari seluruh dunia untuk berkumpul dan berkongsi minat mereka terhadap dunia perbukuan.
Dengan pelbagai acara menarik dan pameran buku yang komprehensif, PBAKL 2024 menjanjikan pengalaman yang memukau untuk semua pengunjungnya.
Sejarah PBAKL
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) mula dianjurkan pada tahun 1981 sebagai platform untuk mempromosikan budaya membaca dan industri perbukuan negara.
Sejak itu, PBAKL telah berkembang menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh pencinta buku dari seluruh dunia.
Kini ia telah berkembang menjadi acara buku terbesar di Malaysia dan merupakan titik pertemuan penerbit, penulis, dan pembaca dari seluruh negara.
Pada tahun-tahun sebelumnya, pesta buku ini mencatatkan lebih daripada 1.5 juta pengunjung setiap tahun, menunjukkan betapa pentingnya acara ini dalam kalendar perbukuan tempatan
Tarikh, Tempat dan Waktu Pameran
- Tarikh: 24 Mei 2024 hingga 2 Jun 2024
- Tempat: Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTCKL)
- Waktu: 10 pagi hingga 10 malam setiap hari
Senarai dan Lokasi Pempamer
Pada tahun ini lebih daripada 972 reruai yang mempamerkan pelbagai judul buku dan melibatkan penulis-penulis terkenal di lokasi-lokasi berikut;
- Dewan Tun Dr Ismail
- Dewan Tun Razak 4
- Dewan Tun Razak 3
- Dewan Merdeka
- Legar Putra
- Dewan Tun Hussein On
- Pelantara Putra
- Bilik Mawar
- Anjung
Berikut adalah beberapa booth yang mungkin menjadi pilihan anda;
- Akademi Jawi Malaysia:Â No Booth – 3060 – 3063 (Dewan Tun Razak 3)
- Ana Muslim:Â L01 – L03, L028 – L035 (Legar Putra)
- Anjung Bonda Nor: 3117 – 3119 (Dewan Tun Razak 3)
- Arkib Negara Malaysia: 3109 (Dewan Tun Razak 3)
- Balai Seni Negara: TL25: TL26 (Dewan Tun Dr Ismail
- BC BOOKCAFE.COM.MY: HL11 – HL18 (Dewan Tun Hussein Onn)
- Buku Liar: 4019 – 4021 (Dewan Tun Razak 4)
- Cahaya Ilmu Sdn Bhd: 3236 (Dewan Tun Razak 3)
- Dakwah Corner Bookstore: 207-216 (Pelantara Putra)
- Galeri Ilmu: 3100 – 3103, 3136 – 3143 (Dewan Tun Razak 3)
- Hasani Books: 3075 – 3084 (Dewan Tun Razak 3)
- Hijanah: M33 – M34, 4063 – 4066, 4074 (Bilik Mawar (M33), (Dewan Tun Razak 4) (4063)
- Hilal Asyraf: 4159 – 4166 C (Dewan Tun Razak 4)
- Iham Books: 3151 – 3156 (Dewan Tun Razak 4)
- ITBM: K24 (Bilik Perak)
- Inteam Marketing: 3243 – 3244 (Dewan Tun Razak 3)
- Jejak Tarbiah: 4034, 4039 – 4044 (Dewan Tun Razak 4)
- Karangkraf: 3028 – 3034, 3045 – 3051, 3068 – 3074, 3085 – 3091, 4037 – 4038 (Dewan Tun Razak 3 (3028), Dewan Tun Razak 4 (4037)
- Kawah Buku: 3018 – 3019 (Dewan Tun Razak 3)
- Kedai Buku Biblio: 3064 – 3065, 3095 – 3097 (Dewan Tun Razak 3)
- MAPIM: 4085 – 4089, 4096 – 4011, 4109 – 4113, 4117 – 4121, 4138 – 4141 (Dewan Tun Razak 4)
- MPH Bookstore: 3169 – 3173, 3188 – 3192 (Dewan Tun Razak 3)
- Oxford University Press: Tl37 (Dewan Tun Dr Ismail)
- Patriots Publishing: 4026 – 4027, 4051 – 4052, 4061 – 4062, 4075 – 4076 (Dewan Tun Razak 4)
- Pelita Dhihin: 3054 – 3056 (Dewan Tun Razak 3)
- Penerbitan Pelangi: J064 – J073, J084 – J093 (Dewan Merdeka)
- Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor: 3289 (Dewan Tun Razak 3)
- Perpustakaan Kuala Lumpur: A17Â (Anjung (Aras 4))
- Perpustakaan Negara Malaysia: 3012 – 3017 (Dewan Tun Razak 3)
- Pesta Buku Komik: 3042, 3261 – 3262 (Dewan Tun Razak 3)
- PTS Media Group: L014 – L019, 4101 – 4108, 4122 – 4125, 4134 – 4137, 4142 – 4145 (Legar Putra (L014), Dewan Tun Razak 4 (4142)
- Pujangga Baru: 3148 (Dewan Tun Razak 3)
- Santai Ilmu: 3005, 3104Â (Dewan Tun Razak 3)
- Skuad Misi: 4114 – 4115 (Dewan Tun Razak 4)
- Stesen Buku: A06Â (Anjung (Aras 4)
- Tadabbur +: 3132 – 3135 (Dewan Tun Razak 3)
- Tarbiah Sentap: 3125 – 3128 (Dewan Tun Razak 3)
- Telaga Biru Sdn Bhd: 3184 – 3187, 3198 – 3201, 3205 – 3211, 3219 – 3225 (Dewan Tun Razak 3)
- The Biblio Press: 4004 – 4005 (Dewan Tun Razak 4)
- UTM Press: A07 (Anjung (Aras 4)
Panduan Lokasi dan Arah
Bagi memudahkan urusan anda di sepanjang pameran buku ini, anda boleh menggunakan direktori yang dibangunkan oleh penganjur bagi mencari senarai pempamer dan lokasi yang terletak PWTC.
Anda boleh rujuk laman web berikut untuk tujuan rujukan;
https://klibf.my/v2/senarai-pempamer-dan-pelan-lantai
Anda juga boleh menggunakan app PBAKL bagi maklumat umum dan panduan mencari arah sepanjang berada di pesta buku PBAKL 2024 tahun ini.
Aplikasi PBAKL boleh dimuat turun melalui Google Play atau App Store;
Direktori WTCKL
Bagi anda yang pertama kali ke WTCKL, berikut adalah penerangan ringkas untuk anda. Selain senarai di bawah, tandas terletak di semua aras. Sekiranya anda memerlukan bantuan, Duta Buku Sedia membantu!
ARAS 2
Pintu masuk utama terletak di aras 2. Ada 11 bilik dan 2 dewan. Antara yang terdapat di aras 2 adalah:
- Kaunter Pendaftaran
- Pentas Utama
- Riverside Cafe
- Pelantaran Putra
- Legar Putra
- Dewan Tun Hussien Onn
- Dewan Tun Dr. Ismail
- Bilik Mawar
- Bilik Melaka
- Bilik Kelantan
- Bilik Kedah
- Bilik Johor
- Bilik Kenanga
- Bilik Negeri Sembilan
- Bilik Pahang
- Bilik Perak
- Bilik PerlisÂ
- Bilik Pulau Pinang
- Anggerik Suite
- Teratai Suite
- Kedai Serbaneka
- WTC KL Mediclinic
- Bank CIMB
- Surau (Berhampiran pintu masuk Hotel Seri Pacific)
ARAS 3
Aras 3 mempunyai 1 dewan dan 7 bilik. Antara yang terdapat di aras 3 adalah:
- Dewan Tun Razak 3
- Bilik Sabah
- Bilik Sarawak
- Bilik Selangor
- Bilik Terengganu
- Bilik Pangkor
- Bilik Redang
- Bilik Perhentian
- Klinik/Bilik Rawatan
- Surau Ar-Rahman (Pintu ke surau di dalam Dewan Tun Razak 3 atau tangga naik bersebelahan Kedai Serbaneka di aras 2. Solat Jumaat juga dilakukan di sini.)
ARAS 4
Terdapat 2 dewan di aras 4 iaitu:
- Dewan Merdeka
- Dewan Tun Razak 4
- Selain itu terdapat Bilik Melor, Anjung Dewan Merdeka (kawasan reruai pempamer) dan Serambi Garden (Tempat makan aras 4)
Aktiviti dan Acara Menarik
PBAKL 2024 bukan sahaja menawarkan pelbagai jenis buku dari penerbit tempatan dan antarabangsa, tetapi juga menyediakan pelbagai aktiviti sampingan yang mengujakan.
Dari pelancaran buku, seminar, konvensyen, hingga cosplay, acara ini memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat dan menjadikan budaya membaca lebih meriah dan inklusif.Â
Bagi mengetahui jadual aktiviti di sepanjang pesta buku berlangsung; anda boleh rujuk panduan di pautan berikut:
https://klibf.my/v2/activities-2024
Berikut adalah beberapa acara utama yang akan diadakan:
- Pelancaran Buku dan Seminar: Pelbagai buku baharu akan dilancarkan, disertai dengan seminar dan konvensyen yang akan membincangkan topik-topik terkini dalam dunia perbukuan
- Cosplay@PBAKL: Acara cosplay yang akan diadakan dari 2 hingga 4 Jun 2024, menawarkan pertandingan dengan hadiah wang tunai. Ini termasuk pertandingan Cosplay Kanak-kanak dan Solo Skit Cosplay yang dinilai oleh juri khas
- Ruang Rehat & Baca: Ruang aktiviti untuk penerbit, penulis swaterbit, dan ilustrator untuk berinteraksi dengan pengunjung
- Ruang Mandiri: Menampilkan penulis persendirian, pembikin zine, dan ilustrator dengan 32 reruai disediakan untuk mereka mempromosikan karya mereka
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai PBAKL 2024, pengunjung boleh melayari laman web rasmi http://www.klibf.my
Anda juga boleh mengikuti laman sosial media berikutuntuk kemas kini terbaru;
- Facebook – Pesta Buku Antarabangsa Kuala LumpurÂ
- Instagram – KL International Book Fair
- Twitter: @KLIBF
- Telegram – klibf.my [PBAKL]